Sunday, April 3, 2011

Melangkah Satu Tangga Lagi


Assalamualaikum...


Alam Mahasiswa telah berlalu.Kampus merupakan satu medan tarbiyah yang sungguh memberi nilai yang mendalam dalam diri..

Kini 2011 bermula satu langkah lagi. Ya, medan pekerjaan sebagai pendidik..Alhamdulillah dikurniakan rezeki oleh Allah berkhidamat ni negeri Bumi Kenyalang atau juga dikenali sebagai Bumi Bujang Senang.

InsyaAllah, moga entry yang akan mendatang lebih matang dan bermanfaat sesuai dengan keadaan insyaAllah.

Maaf dipinta, masih lagi tidak dapat memenuhi tuntutan menulis di Blog ini buat sementara waktu..InsyaAllah sedang berusaha untuk menulis kembali.

Saturday, September 18, 2010

Gelombang Hijau Syawal 1431 H

Warna-Warni Syawal 1431 H..Biarkan gambar ini bercerita mengukir sebuah kenangan setelah sekian kali. Syukur Ya Allah, atas nikmat cinta dan kasih keluarga yang Engkau anugerahkan padaku. Walaupun sekadar seketika, aku amat menghargai nikmat ini. Moga cinta dan kasih ini membawa aku menggapai keredhaan Mu Ya Rabb...



Entah sape candid gambar ni. Waktu ni tengah beratur nak salam dan tunggu duit raya..Abang chik kalut cari ampau untuk isteri tersayang. Saya tunggu giliran. Tapi sempat 'peace' dalam candid2 tu..=)


Ni la family saya.
Dari belakang: kak ogie (isteri abang chik), abang chik, adik, saya
Tengah: Abang long, kak ni (isteri abang long), ayah, mek, kak za (isteri abg ngah), abg ngah
Depan: Erfan, Amir, Syam
Kakak angkat saya takde waktu ni. Dia beraya di Pahang. Raya kedua baru ada.



Ni la adik beradik saya. Ayah saje merosakkan gambar kami berlima..hu =)



Bersama ayah mak dan adik beradik..Tiba-tiba kak ipar ku terselit seorang diri..Mengapakah? (^_^)


Mak ayah bersama menantu- menantu

Mak ayah bersama cucu-cucu. Harap-harap tahun depan dapat anak sedara baru. Tiga orang terus pun takpe. Dah boring dah dengan mereka bertiga ni. Nakal dan x mau dengar cakap..hehe

Saya bersama-sama kakak-kakak ipar


Abang Long dan keluarga.


Abang Ngah dan keluarga. Amir suka buat muka...aiyark!


Abang Chik dan isteri. Masih mood pengantin baru barangkali. First time Kak Ogie beraya di Kelata. Tahun depan Abg Chik pulak merasa beraya di Selancar iya..Makin melebar abang chik sekarang..ngee

Biar kenangan indah ini terpahat selama-lamanya. Kita tidak pasti tahun depan kita semua dapat berkumpul lagi. Yang pasti kebahagian pinjaman Allah ini cukup indah. Teringat satu kata-kata dalam sebuah drama..


Bila berbicara tentang cinta..
Hakikat kebahagian, Keindahan sebuah cinta itu ialah rasa cinta kepada Tuhan yang Esa..
Kerana Cinta pada Ilahi tidak pernah dikecewakn...
Rasa cinta dan kasih serta pengharapan pada manusia itu tidak pasti samada kecewa atau tidak, kekal atau tidak..

Biarlah semua itu sekadarnya. Agar tidak melebihi rasa cinta pada Sang Pencipta dan Rasulnya.

SALAM SYAWAL 1431 H UNTUK SEMUA YANG MENGENALI. MAAF DIPINTA JIKA ADA KETERLAJURAN KATA DAN KELAKUAN. TERIMA KASIH ATAS UCAPAN. MAAF SEBAB BARU SYAWAL YANG KE 11 BARU REPLY SEMUA MESEJ HARI RAYA. HANYA MESEJ YANG SAYA TERIMA PETANG 30 RAMADHAN DAN MALAMNYA SAHAJA SEMPAT SAYA BALAS AWAL.MAAF SANGAT-SANGAT.

p/s: Esok (21 Sept 2010) Anak saudara pertama saya, Syam akan menduduki UPSR. All The Best u dia...Tak sangka anak saudara saya dah nak menginjak ke alam remaja..huh..Masa sangat pantas!

Thursday, September 2, 2010

Lamunan yang entah kemana


Ramadhan kian melabuhkan tirai..Saya tidak tahu kenapa 10 Ramadhan terakhir ini hati rasa gundah. Rasa tidak tenang. Tidak tahu kenapa.Puas muhasabah diri namun masih tidak ketemu jawapan yang menenangkan jiwa..Semalam, sempat saya bersembang dengan abang chik saya tentang kelebihan Ramadhan, tentang 10 terakhir Ramadhan. Hati amat menggamit merindui keluarga. Itukah puncanya? Tidak juga. Perasaan rindu dan cinta saya pada mereka sudah sebati dalam jiwa walaupun sangat jarang bertemu. Perasaan rindu dan cinta itulah yang membuatkan saya masih gagah berdiri sehingga hari ini..

Ramadhan 1431H banyak membawa titik tolok dalam diri saya.Perubahan yang saya diluar jangkaan saya. Ramadhan kali ini juga Allah makbulkan doa saya supaya pulihkan kesihatan saya. Alhamdulillah, kata ustaz saya makin baik cuma saya perlu istiqamah dalam amalan. Terasa juga kelainan dalam diri saya. Terasa makin tenang dan yakin.

Namun, hati ini masih dihantui persoalan. Saya sendiri tidak tahu apa persoalan. Apa lagi jawapan dia. Seringkali saya termenung sekarang. Tidak tahu lamunan itu untuk apa. Lamunan itu tidak tahu hendak dicampak ke mana. Allahurabbi , terasa sarat sangat keadaan ini..

Minggu lepas, sudah usai satu program yang sudah lama dirancang. Program yang diadakan di Senawang. Sungguh hati terasa tenang bila selesai laksankan tanggungjawab. Tapi entah, sekembalinya dari Senawang. Hati ini ditimbulkan pelbagai soalan. Bukan satu tapi lebih. Apa? Kenapa? Huh, saya tiada jawapan..Puas pujuk hati..Puas tenangkan hati dengan ayat-ayat Allah. Tapi masih tidak dapat jawapan. Malah pokok persoalan pun menjadi makin rumit. Jawapan dia ada. Tapi jawapan dia tidak siapa dapat berikan pada saya. Jawapan dalam pengetahuan Allah..

Terkenang Ramadhan tahun lepas..Tekanan sangat hebat. Air mata pasti jatuh tatkala terkenangkan Ramadhan itu..Biarlah yang lepas itu berlalu. Kini apa kesudahan Ramadhan tahun ini? Sekali lagi saya termenung...Termenung yang entah kemana akan jatuh titik noktahnya..Moga berbakinya Ramadhan yang masih ada ini, Allah beri jawapan pada persoalan yang Dia campakkan pada saya...Allah menguji, sebab dia merindui rinthan kita...Tapi kita?..Dengan sangat ya Allah aku ingin tahu apa persoalannya dan apa jawapannya...

p/s: Abang-abang sudah bertanya, macamana pakaian raya tahun ni. Tema hijau yang mereka tetapkan. Entah la..Diri masih tidak bernafsu mencari pakaian raya. Pernah jumpa beberapa helai. Tapi hati masih tidak terbuka untuk membeli. Jubah hijau masih tidak saya cari lagi untuk raya tahun ini..

Sunday, August 22, 2010

Hafiz Hafizah


Hujung minggu baru-baru ini, saya merancang hendak pulang ke Puchong, rumah abang long saya. Hajatnya hendak berbuka dan berterawih disana. Tetapi perancangan tinggal perancangan. Kakak serumah saya sudah memaklumkan pada saya ada tadarus anak-anak di masjid dan meminta saya menjadi salah seorang pengajarnya. Rasa malas sangat waktu tu untuk pergi. Tapi apakan daya, tiada yang dapat memandu. Jadi terpaksa la saya gagahkan diri untuk turut serta.

Dek kerana kurang bersemangat. Pagi tu, saya hanya mengenakan jubah hitam dan memakai kain serban sebagai jilbab. Sebab itulah pakaian yang paling kemas dan sudah siap tergantung. Rasa amat malas untuk menyediakan baju yang masih kemas dalam lipatan.

Sesampai di masjid, kakak serumah saya meminta saya mengajar anak-anak yang saya kira dalam usia 12-18 tahun, anak-anak lelaki kesemuanya. Saya tidak tahu bagaimana penampilan saya sebagai guru pada hari itu. Yang pastinya saya cuba tenangkan diri dan mengukir senyuman sebanyak yang mampu. Kelihatan anak-anak lelaki ini amat malu dengan saya. Hairan saya. Mungkin mereka boleh mengagak saya ini seorang 'ustazah muda'.
"Adik-adik cepat datang sini. Jangan malu-malu" Panggil saya.

Sebagai seorang bakal guru tentu saya sudah biasa dengan anak-anak seusia ini. Tidak lama kemudian barulah mereka bergerak perlahan-lahan ke arah saya. Pandangan mereka ditundukkan. Alahai, pemalunya anak-anak ini dalam hati saya berbisik. Sebelum mulakan kelas bacaan Al-Quran, saya sempat taaruf nama mereka. Iqmal (15 tahun), Aminuddin(17 tahun) , Faris (12 tahun) dan seorang lagi saya tidak dapat menginati namanya sebab terlalu susah untuk menyebutnya.

Entah kenapa, selepas sahaja taaruf dengan anak-anak itu semangat saya datang kembali. Rasa seronok sangat melihat wajah-wajah anak-anak ini. Lagi menyejukkan hati apabila mendengar ayat-ayat suci yang dialunkan oleh mereka ini. Alhamdulillah. Bacaan mereka lancar. Tajwid mereka juga boleh dikatakan agak baik.

MasyaAllah itu sahaja yang terungkap dalam hati saya. Jauh disudut hati saya, saya mendoakan mereka terus dipancarkan hidayah oleh Allah supaya terpilih sebagai mata rantai perjuangan pada masa hadapan kelak. Tidak berapa lam kemudian, mereka makin selesa dengan saya. Walaupun kelihatan masih ada perasaan malu.

Usai kelas tadarus itu, saya ambil sedikit masa menceritakan tentang Al-Quran. Saya kaitkan hati manusia itu dengan ayat-ayat Al-Quran. Alhamdulillah, kelihatan mereka agak bersemangat mendengar pengisian tersebut. Moga perkongsian tersebut mereka akan jadikan panduan sehingga mereka besar kelak.

(Surah Al-Baqarah : 1-3)

Itulah perancangan Allah. Allah merancang saya untuk saya bertemu dengan anak-anak ini walaupun pada mulanya saya agak malas untuk datang. Perasaan malas, suka, benci, sayang, marah. rindu, cemburu dan lain-lain itu semua adalah fitrah dalam diri makhluk Allah yang bernama manusia. Terpulang pada kita samada hendak menuruti fitrah tersebut atau mendidiknya...

Moga lebih ramai generasi-generasi muda, kita dapat bentuk dengan Al-Quran.

Salam Ramadhan 1431H saya ucapkan pada semua. Kini Ramadhan telah memasuki fasa ke dua..Moga kita tidak digolongkan ke dalam golongan orang-orang yang rugi..Sama-sama kita doakan bertemu Lailatul Qadar..

p/s: Di Ramadhan kali ini, saya memohon moga Allah anugerahkan kepada saya sekurang-kurangnya seorang Hafiz dan Hafizah dari darah daging saya sendiri suatu hari kelak...Cukup nama saya "Hafiza" sebagai pemangkin semangat untuk saya terus berdoa..(^_^)...Orang kata doa Bonda ini Allah mudah nak perkenan * *

Monday, July 26, 2010

Jubah untuk ayah, Terjemahan Al-Quran untuk adik


" Jaa, kalau jaa dah kerja, satu benda sahaja yang ayah nak jaa beli kat ayah. Benda yang paling murah harganya. Benda yang ayah sendiri boleh beli. Tapi ayah nak rasa hasil tilik peluh jaa" bicara ayah.

Saya sendiri tidak tahu bila ayah membuat permintaan ini. Tapi saya terkedu. Otak berfikir. Benda apakah?

" Yah, kalau jaa mampu insyaAllah. Tapi jangan la kereta yah..tak mampu jaa..Jaa pun nak minta ayah belikan kereta untuk jaa.." Respon saya dalam gurauan.

" Benda paling murah..Nanti la jaa dah jadi cikgu ayah bagitau la" ucap ayah

"Ala tak nak la..Jaa nak tau sekarang. Boleh la" pinta saya

" Ayah nak jaa belikan ayah jubah. Tapi bukan jubah labuh tu. Yang sampai lutut tu. Ayah nak buat solat je. Biasakan jaa suka belikan ayah baju raihan" Ulas ayah.

" Oh, esok la jaa beli kat kedai ye kalau ayah nak pakai" cepat-cepat saya jawab

" La, kan ayah cakap nak duit hasil jaa kerja. Ayah pun boleh beli kalau ayah nak" Bagitau ayah sekali lagi agar saya faham.

Permintaan ayah itu selalu bermain diminda saya. Jarang saya belikan ayah barang. Malah jarang juga dia buat permintaan. Paling tidak saya belikan baju melayu ala raihan. Ayah kerap pakai baju yang saya beli. Kalau mak saya selalu belikan dia hadiah. Mungkin mak wanita jadi saya memahami apa yang sesuai untuk mak.

Kini saya bekerja. Walaupun bukan kerja tetap. Gaji hanya cukup untuk menampung diri sendiri. Saya dah niatkan dalam hati untuk belikan hadiah untuk ayah. Menunaikan permintaan ayah dengan segera yang mungkin. Takut saya tidak sempat menunaikannya.

Alhamdulillah gaji pertama saya belikan ayah sehelai jubah atau lebih dikenali dengan kurta. Gembira sungguh ayah bila saya telefon walaupun baju itu masih dia tidak lihat lagi. Abang Long bagitahu saya yang ayah menelefon dia dan bagitahu yang saya belikan jubah untuk dia. MasyaAllah pemberian yang tidak seberapa itu amat memberi kesan pada ayah. Untuk mak, saya belikan sehelai tudung berwarna pink. Tanda kasih sayang buat bonda tercinta walaupun tidak diminta.

InsyaAllah, esok 27hb Julai 2010 akan saya berikan hadiah ini untuk mereka sekembalinya saya ke negeri serambi mekah itu untuk bercuti.

Begitulah cinta ayah dan ibu tanpa syarat. Allahurabbi, akan ku bahagia kan ayah ibu selagi hayatku ada. Sungguh lahirnya Norhafizawati ke dunia ini bukan untuk ayah dan mak semata. Anakmu ingin berbakti untuk ummah. Redhai lah pilihan jalan anak mu ini.

Buat adikku, Akak hadiahkan senaskah terjemahan Al-Quran untuk mu. Terjemahan akak yang akak miliki hampir empat tahun. Betapa beratnya akak hendak lepaskan terjemahan Al-Quran itu kerana ianya peneman suka duka akak sepanjang akak berada di alam kampus.Walaupun akak mampu hadiahkan terjemahan baru , namun akak sudah niatkan untuk berikan terjemahan Al-Quran milik akak. Akak ingin kamu rasai ruh perjuangan yang akak bawa selama ini. Akak ingin sentuh hati mu dengan ayat-ayat Allah. Moga kamu manfaatkan. Moga Al-Quran menjadi pedoman hidupmu Muhammad Eizlan Amir B Mahmad Rozali....Kehadiranmu tidak ramai yang sedar kerana ramai yang menyangka akak anak bongsu. Namun akak bangga mempunyai adik seperti mu. Kamu imam keluarga kita...

p/s: entry ini mungkin peribadi. Namun jika umur saya panjang saya ingin menbaca nya semula di hari-hari akan datang. Jika umur saya tidak panjang, saya ingin keluarga saya membaca entry ini. Tidak mampu saya tinggalkan mereka dengan harta dunia. Cinta saya pada mereka dengan doa yang disandarkan pada Allah.

~SALAM NISFU SYAABAN...Bermula lembaran baru ~

Monday, July 19, 2010

Sebijak Aisyah Ummul Mukminin

Dalam ruang masa yang agak sempit disamping tanggungjawab yang makin bertambah, saya kira cukup saya berkongsi sebuah buku pada kali ini. Bukan untuk membedah isi kandungan disini ,sekadar berkongsi minat dan mempromosi buku yang sedang di baca. Objektifnya, moga dengan cara ini menjadi catalyst kepada para pengunjung yang mengunjungi blog yang tidak berisi ini untuk sama-sama menjadikan membaca sebagai hobi.

Sama-sama kita menghayati sirah Sayyidatina Aisyah Ummul Mukminin ini. Kecerdikan,ilmu, Personaliti dan karisma Aisyah tidak dapat disangkal lagi. Buku yang sarat dengan perjalanan hidup Aisyah dari Aisyah dilahirkan sehingga berkahwin dengan Rasulullah.

Aisyah, seorang wanita yang mendapat asuhan dan bimbingan daripada seorang ayah bernama Abu Bakar As-Siddiq. Dikukuhkan lagi dengan bimbingan dan pendidikan oleh suami tercinta yakni Rasulullah s.a.w... Beliau merupakan contoh terbaik untuk semua khasnya wanita Islam dalam pelbagai bidang ilmu. Sama-sama kita menghayati karya oleh Sulaiman An-Nadawi ini..

Ya Allah, moga buku ini menjadi pemangkin untuk diri supaya terus bersemangat menggali ilmu Mu...menjadikan diri mencintai ilmu Mu..Dan berharap moga diri ini mampu melahirkan generasi muda secerdik Aisyah Ummul Mukminin kelak..Bijak akalnya untuk perjuangan Islam...

p/s: Tengah merancang untuk menghayati sirah Siti Khadijah pula selepas buku Aisyah Ummul Mukminin...Yang pasti buku The Last Ember: Bara Disebalik Penggalian Bawah Tanah Al Aqsa tulisan Daniel Levin sedang menunggu..

Wednesday, June 30, 2010

Doa Seorang Sahabat


Buatmu srikandi....Semoga enti menjadi:

Seorang muslimat,
seorang mukminah,
seorang mujahidah,
seorang muslihah,
seorang insyirah,
Moga terus tabah...

Sejuknya jiwa bila mendapat pesanan sebegini..Terima kasih...(^_^)....Doa ini juga saya ungkapkan untuk semua srikandi..Moga terus gagah menghayunkan langkah dalam saff perjuangan...