Saturday, January 30, 2010

Ahlan Wa Sahlan Nur Amina

Alhamdulillah, syukur saya dikurniakan seorang lagi anak saudara beberapa minggu lepas. Ahlan Wa Sahlan Nur Amina Bt Nizam. Ibunya merupakan anak angkat keluarga saya. Kakak angkat saya yang sedari kecil lagi tinggal dengan keluarga saya. Jika tidak silap sewaktu ibunyanya meninggal pada umur kakak angkat saya 11 tahun. Tanpa pertalian darah, namun hubungan kami sekeluarga begitu akrab. Tambah-tambah saya tidak mempunyai kakak. Kehadiran dia, mengubat kesunyiaan saya. Alhamdulillah, dua tahun lepas dia telah bertemu jodoh dengan abang Nizam. Orang Felda Chemomoi, pahang. Sudah tentu jarang dia balik kampung sekarang,maklumlah tanggungjawab dia sudah di sana.

Nur Amina merupakan anak kedua beliau. Saya sendiri belum melihat anak saudara baru saya ini. Anak sulongnya ialah Nur Alifah Iliyana atau mesra dengan panggilan kak long..Beza umur kedua-duanya tidak jauh.Hanya setahun.

Jika sesiapa yang suka menontont cerita Nur Kasih, sudah tentu sudah biasa dengan nama Nur Amina. Tidak sangka gurauan saya dijadikan realiti oleh kakak angkat saya. Saya sememangnya suka nama nur amina. Tidak tahu kenapa. Suatu hari kakak saya meminta saya memberi cadangan nama anaknya. Saya dengan senang, terus mencadangkan Nur Amina. Saya cakap nama tu ringkas dan saya mendambakan sesiapa yang bernama Nur Amina akan dikurniakan akhlak yang baik. Perbincangan saya dengan kakak tentang nama anaknya berakhir disitu. Kakak cakap dia nak bertanya suaminya samada setuju atau pun tidak dengan cadangan saya sebab suaminya ada nama lain untuk puteri keduanya kedua tu.

Selang seminggu, saya menghantar mesej pada kakak bertanyakan nama anaknya. Terkejut saya..

"Jaa, nama anak akak Nur Amina"

Allahurabbi betul-betul dia ambil nama tu. Dia cerita nama anaknya itu bukan dia atau suaminya yang pilih. Dia ada tiga cadangan nama termasuk Nur Amina. Dia dan suami tulis ketiga-tiga cadangan nama yang berasingan dan letak dalam sebuah kotak. Dia mintak Nur Alifah, anak sulongnya untuk cabut satu nama. Dengan kuasa Allah, Nur Alifah memilih satu kertas. Bila buka, catatan yang terdapat pada kertas itu 'Nur Amina'

.
Nur Alifah Iliyana. Gambar Nur Amina belum ada

Tersenyum saya mendengar cerita dia. Walau apapun, moga besarnya Nur Alifah dan Nur Amina menjadi muslimat dan srikandi yang hebat. Walaupun tiada pertalian darah, tapi atas nama saudara sesama Islam, kasih sayang dan ukhwah yang kita bina terasa seperti kita adik beradik. Moga ciksu dapat bertemu Nur Alifah dan Nur Amina secepat mungkin.

“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”(Al-Anbiya,89)

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”(Ali-Imran,38)

Alhamdulillah- hadiah kemenangan

Tiada bait yang mampu diungkap selain Alhamdulillah...Ahlan wa sahlan ke alam kepimpinan MPP buat adik-adik..pahit maung itu lumrah..Teruskan perjuangan..Saya tinggalkan lagu ini,moga perjuagan kita sehebat hamzah..Moga lagu dan lirik lagu ini mampu menaikkan semangat kita semua..Moga kita semua terus istiqamah..





p/s : menang atau syahid

Buat jiwa yang senantiasa di uji

Rukun Iman Ke Enam

Pastinya sahabat semua maklum mengenai rukun iman ke enam yang wajib untuk kita beriman dan beramal dengannya iaitu percaya kepada qada’ dan qadar yakni kepada ketentuan dan sukatan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Soal mati, jodoh, rezeki semuanya telah ditetapkan di Lauh Mahfuzh sepertimana hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi:

‘Suatu hari aku pernah berada di belakang Nabi shallallaahu’alaihi wa sallam lalu beliau bersabda :‘Hai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat (artinya): Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu, Jagalah Allah niscaya kamu dapati Dia ada di hadapanmu, bila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan bila kamu minta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahwa umat, seandainya mereka bersepakat untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, niscaya mereka tidak akan dapat memberimu manfaat apa-apa kecuali dengan apa yang telah Allah taqdirkan buatmu, dan seandainya mereka bersepakat untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, niscaya mereka tidak dapat mencelakakanmu sedikitpun kecuali dengan apa yang Allah telah taqdirkan atasmu, pena-pena telah terangkat, dan lembar tulisan pun telah kering.’

Tidak saya berniat untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai qada’ dan qadar. Perkara yang ingin saya bincangkan di sini adalah bagaimana kita beramal dengan rukun iman ini.

Iman dan Amal

Acapkali apabila kita di uji kita disuruh untuk bersabar, selain bersabar Allah swt juga menganjurkan untuk kita bersolat (Al-Baqarah:45). Apabila kita bersabar, ia dikatakan sebagai sebahagian daripada iman,pernahkah sahabat persoalkan apakah kaitannya dengan iman?

Sabar dan Iman

Melalui jalan sabar ia membuka pintu untuk kita menerima dan redha pada ketentuan Allah swt yakni rukun iman yang ke enam.Tanpa sabar pastinya setiap diri yang di uji akan melatah dan tunduk pada pujukan dan hasutan syaitan yang durjana. Ketika diri di ujilah,segala bisikan syaitan akan cuba meracuni minda, pelbagai andaian yang timbul, kalaulah begini, kalaulah bagitu sedangkan Rasulullah saw telah bersabda:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Hati juga mula merasa gelisah, solat tidak dirasakan khusyuk lagi dan kehidupan seluruhnya menjadi tidak menentu hanya kerana ujian yang menimpa. Maka Allah swt tekankan bahawa ‘sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;’ (Al-Baqarah:45) di dalam ayat yang sama.

Ini kerana apabila merasa beban ujian dari Allah swt semakin sukar dirasakan untuk menghadirkan hati dan memperoleh khusyuk ditambah lagi dengan hasutan syaitan yang semakin rakus cuba untuk melemahkan lagi iman di hati.

Oleh itu, seharusnya kita sentiasa perlu menyedari keperluan untuk beramal dengan rukun iman ke enam ini dan bukan sekadar cukup untuk menghafalnya sahaja dari kecil sehingga dewasa tanpa ada sebarang tambahan nilai kepadanya. Moga dengan itu, apabila kita diduga oleh Allah swt kita sedar dan tidak terjerumus ke lembah yang hina.

Tiada siapa yang dapat lari dari ujian,bezanya adalah bagaimana seseorang hamba itu berdepan dan menghadapi ujian tersebut sepertimana Allah swt telah berfirman yang bermaksud:

‘Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).’ (Al-Baqarah:214)



Berpegang teguh kepada tali Allah swt

Hanya Allah swt yang mampu memberikan kekuatan kepada hati yang sememangnya dimilikiNya. Maka,apabila kita diuji oleh Allah swt seharusnya kita kembali merintih kepada Maha Pengasih dan bermuhasabah keadaan diri. Jangan pernah berputus asa kerana qada’ dan qadar yang ditetapkan pasti ada hikmahnya kerana Allah swt tidak akan menzalimi hamba-hambaNya sepertimana janjiNya dalam al-quran(Al-Imran:108).

Walaupun hakikat cubaan amat pahit untuk ditelan namun demi kebahagiaan yang lebih hakiki kita perlu untuk terus berpegang teguh kepada tali Allah swt, telusurilah perjalanan Rasulullah saw dan para sahabat yang hanya bertemankan jalan berduri dan bandingkanlah keadaan diri sendiri. Jangan pernah menipu dan mengaku bahawa ‘akulah orang yang paling malang di dunia’ kerana tiada yang lebih malang dari mereka yang jauh dari rahmat Allah swt yang dijanjikan azab yang kekal dan tidak terperi hebatnya.(Al-Imran:177)

Yakinlah ada pelangi di hujung jalan itu

Oleh itu marilah wahai sahabat semua, kita sematkan dan tambahkan keyakinan kita kepada rukun iman ke enam ini. Ketahuilah bahawa syurga yang penuh nikmat kebahagiaan dan kekal selama-lamanya itu hanya dijanjikan kepada meraka yang benar-benar layak sahaja.Dan jalan untuk melayakkan diri ke sana adalah melalui dugaan-dugaan yang diberikan di sepanjang kehidupan ini.

Walau apa jua dugaan yang kalian hadapi, ketahuilah Allah kan pasti sentiasa di sisimu, tersenyum melihat hambaNya yang sering bersyukur dan redha pada qada dan qadar Nya. Maka, tenanglah wahai jiwa-jiwa yang diuji.

Wallahu’alam


Artikel daripada:
www.iluvislam.com

Petikan di atas merupakan di ambil sepenuhnya di website iluvislam..moga dapat dijadikan panduan pada kita. Saya tinggalkan kalian dengan satu lagu. Sama-sama kita menghayati lirik lagu ini...


Wednesday, January 27, 2010

SELAMAT MENGUNDI


PILIHLAH MAHASISWA PENDIDIK..SELAMAT MENGUNDI
MAHASISWA PENDIDIK PEMANGKIN KEINTELEKTUALAN

Thursday, January 21, 2010

Perginya Mereka Tidak Kembali

Biar lagu ini menyingkap kenangan..Biar lirik lagu ini berbicara...Kelu lidah untuk mengugkap kisah ini...Jauh fikiran bermusafir bila terkenang semula...Sahabat seperjuangan pergi yang tidak akan kembali..Moga di syurga kelak kita semua berkumpul..Amin ya Rabb.



Tanggal 11 Januari 2010, dua sahabat seperjuangan Mohd Fadhiri b Mohamad Ariffin dan Mohd Faizol B Abdul Syukor telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh kedua-dua arwah ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman beramal soleh.

Ustaz Fadhiri:
Syukran atas doa ustaz. InsyaAllah ana akan sambung doa itu. Ana akan ingat pesan dan nasihat ustaz. Ana akan sambung doa itu selagi Allah izinkan. Apa sekalipun takdir yang Allah tentukan adalah yang terbaik dariNya. Moga ustaz bahagia di sana. Ana yakin ustaz aman di sana. Syukran ustaz. Amanah ustaz ana akan jaga hingga akhir hayat ana selagi Allah izinkan.

Ustaz Faizol:
Ana tidak sempat sembang lama dengan ustaz semester lepas. Kali terakhir kita berbincang waktu berbuka puasa dengan pusat Islam. Banyak guraun ustaz waktu itu. Terima kasih atas tunjuk ajar dan kata-kata semangat ustaz. Ustaz selalu tekankan tentang aqidah. Ustaz sentiasa berbicara tentang cinta Allah. Ana percaya ustaz sudah jumpa apa yang ustaz idamkan di sana.

AL-FATIHAH untuk kedua-dua arwah....

Tidak sabar ingin menyusuri kalian berdua... Terlalu rindukan syahid..Tidak sabar ingin berjumpa kekasih yang abadi yakni Allah..Tapi layakkah diri ini??? Moga pengakhiran yang baik buat diriku dan sahabat-sahabat. Perjuangan perlu diteruskan..

Friday, January 1, 2010

Mabruk Abe Yoe !

Tiada lafaz lain dapat diungkapkan selain Alhamdulillah pada Allah kerana mudahkan urusan walimah abang saya..Tanggal 20 Disember 2009 abang saya yang ketiga , Mohd Fakrorizal sah diijabkabul dengan Roziah Bt Othman di Masjid Felda Selancar 1, Pahang Darul Makmur..Mabruk abe..Moga menjadi suami yang baik..




Abang Yoe berdebar nih





Alhamdulillah, selamat sudah


Perjanjian seorang suami



Mabruk Abe Yoe dan Kak Ogie! (hensem jugak abag saya ni ye)..aik, macamana mak masuk gambar jugak nih




Rombongan dari Johor..YB Mahmood (paksu Mat saya-->doa untuk paksu)

Dari kiri: Mie (kawan baik abg), abg Yoe, Maksu, saya, Paksu



p/s: sangat gembira semuanya selamat..dalam kegembiraan sedih juga sebenarnya..sedih sebab saya dah tiada teman untuk jalan-jalan...Semua abang-abang dah nikah, dah tiada kawan nak bersiar-siar