Wednesday, February 24, 2010

Damia Arisya

Damia Arisya.. Baru berumur hampir satu minggu

Alhamdulillah, tahniah buat abang sepupu saya abang Ah dan Kak Ira atas kelahiran pertama hati pertama, Damia Arisya Binti Mohd Hazli. Alhamdulillah sempat saya bergerak ke hospital, tapi tak sempat tunggu Damia dilahirkan kerana berkejar untuk pulang ke Pengkalan Hulu yang tercinta. Saya kira Damia dilahirkan secara normal. Memang keluarga kami amat rapat. Bila balik cuti, saya selalu 'dipaksa' berniaga di kedainya. (^-^) .Tapi banyak pengalaman dapat. Tambah-tambah mengenai hal pengurusan perniagaan. Adik abang Ah iaitu Lina(kakak sepupu) dan Linda (adik sepupu) merupakan teman baik saya dirumah. Merekalah yang selalu menemai saya. Umpama adik beradik kami bertiga. Kalau saya nak pergi dengar kuliah Tok Guru Nik Aziz kat kota Bharu mereka berdua la peneman setia. (^-^)..

Abang Ah dan kak ira waktu kenduri menyambut menantu kak ipar saya baru-baru ni kat rumah .Kesian kak ira di dera olah Ah. Terpaksa bawak hadiah. Waktu ni kak ira sarat mengandungkan Damia.(^-^)

Sangat gembira dengan setiap kelahiran baru. Sebab itu saya akan pastikan setiap kelahiran baru saya akan post dalam blog. Dengan harapan, pembaca budiman doakan yang terbaik untuk "kain putih" yang baru hendak dicorakkan warna dan coraknya (^-^)

p/s:
-InsyaAllah, balik bulan 3 ni, cik jaa akan pergi jumpa Damia...Tapi macam papa Damia suruh berniaga je bulan 3 ni kat kedai..huhu...Bila agaknya dapat jumpa Nur Amina...
-Bila sebut nama Tok Guru Nik Aziz, terlintas satu hasrat..Jika panjang umur, teringin majlis akad nikah saya kelak disempurnakan oleh Tok Guru walaupun tidak tahu bila lagi.

Friday, February 19, 2010

Sia-sia je.......


Selepas perhimpunan, saya dan seorang rakan guru pelatih pergi ke kantin. Perut kami dah menyanyi macam-macam lagu dah menandakan lapar. Selepas ambil makanan, kami memilih duduk di sebelah cikgu senior. Memang itu kebiasaan kami supaya tidaklah nanti cikgu-cikgu merungut kami tidak bergaul. Rakan-rakan praktikal yang lain entah ke mana lesap. Mungkin di bilik guru. Malas saya hendak fikir.

Seperti biasa, saya lebih suka mendiamkan diri daripada bercakap. Saya hanya mendengar perbualan cikgu-cikgu di sekeliling. Ibarat menjadi pendengar setia. Kadang-kadang saya angguk jika saya bersetuju. Kadang-kadang saya senyum dan gelak jika saya rasa ianya kelakar.

Tiba-tiba rakan sepraktikal saya berborak dengan guru di sebelahnya sambil makan. Perbincangan mereka menarik minat saya. Tapi saya sekadar mendengar. Mereka berbincang tentang pengendalian makmal dan beberapa silibus yang perlu diajar. Ada juga yang saya mencelah, tetapi tidak banyak. Sedang rancak berbincang, tiba-tiba seorang guru menegur perbincangan tersebut..

"Boleh tak kalau waktu makan jangan bincang pasal kerja. Jangan bincang pasal kelas. Makan-makan la. Bukan waktu kelas. Sia-sia je usaha kita ni. Kita macam nak mati fikir untuk pelajar..tapi pelajar,...ada yang berubah??duk tang tu juga. Boleh tak hang semua jangan duk fikir kat sini? Tak tahu lah kalau cikgu-cikgu baru ni semangat berkobar-kobar. Tapi kami yang lama ni, entah..Sia-sia je..."

Sentap habis ayat. Padahal yang berbincang itu rakan saya dengan seorang cikgu senior sekolah tu. Tapi dia junior daripada cikgu yang menegur. Nasib baik cikgu yang berbincang dengan kawan saya pandai cover line..

" Aah, betul tu..tak elok bincang hal kerja di tempat makan..takpa ya, sat lagi kat bilik guru kita bincang na"..

Rakan saya tersenyum menandakan faham. Dia pandang saya. Terkebil-kebil matanya. Saya faham. Isyrat mata dia mampu menterjemahkan semua perkara yang terpedam dalam hati. Saya mengangguk tanda faham.

Jauh disudut hati saya, saya kecewa. Sangat-sangat kecewa. Saya pada mulanya tidak langsung meminata bidang ini. Tapi akhirnya saya akui, saya sudah jatuh cinta pada bidang ini. Banyak amanah perlu ditunaikan. Berjayanya seorang manusia itu ditangan seorang guru. Dan kata-kata seorang guru itu merupakan doa...

Semua pelajar itu perlu kita lihat sama rata. Tidak kira nakal ke mereka, baik ke mereka , mereka tetap anak-anak kita. Saya kecewa. Rasa jiwa seorang guru itu disentap begitu sahaja. Bukan sebab baru kita perlu bersemangat. Bukan sebab muda kita perlu berfikir.

Jika guru seperti ini mengajar anak saya bagaimana? Terfikir juga saya, bagaimana sekiranya dulu, Rasululullah SAW tidak kuat semnagat baginda. Bersemangat hanya dipertengahan jalan.Berfikir tentang ummat hanya separuh jalan. Agak-agak, sampaikah Islam pada kita hari ini?? Baginda tidak pernah jemu mendidik, menyeru ummat baginda. Walupun di herdik, dipulau. Baginda sentiasa bersemangat.

Terfikir juga saya jika sepasang suami isteri baru berkahwin. Masing-masing saling bersemangat melengkapi hidup pasangan masing-masing. Saling ingin memberi yang terbaik. Tapi bila di makan masa, pengantin baru akan bertukar pengantin lamakah?? Atau suami perlu berkahwin lain untuk menjadikan dirinya pengantin baru?? Fikir-fikirlah..Mereka akan tetap menjadi pengantin baru sampai bila-bila jika mereka faham konsep sebuah perkahwinan..

Begitu juga seorang guru. Tanya diri, siapa aku? Bila kita soalkan begitu kita akan tahu kita hanya khalifah dan hamba Allah dimuka bumi yang mempunyai terlalu banyak tanggungjawab. Tapi jika kita bertanya aku siapa?? Jawapan yang kita akan keluarkan tentulah aku orang kaya, aku orang hebat, aku dan aku..Semuanya aku yang lebih...

Imam Hassan Al-Banna pernah berkata " Tanggungjawab kita melebihi masa yang ada"

Kalau lah dulu mak kita cakap :

" Boring la jaga hampa ni...Suka hati hampa la nak buat apa..mak tak kisah dah..Sia-sia je besarkan hampa..duk tang tu jugak..Bukan nak dengar mak cakap.."

Jika perkataan itu yang terpancul pada mak kita macamana?? Fikir-fikirkan..

p/s: mulianya diri kita keran dipilih Allah menjadi seorang pendidik.

Thursday, February 18, 2010

Kini Aku Di Sini

Alhamdulillah sudah sebulan saya dan sahabat-sahabat yang lain menempuh alam praktikal. Seronok saya mendengar cerita dan pengalaman dari sahabat-sahabat. Kadang-kadang nak tergelak pun ada kerana stress dengan kerenah pelajar-pelajar mereka. Itulah lumrah seorang guru. Tidak seperti yang diperkatakan. Guru yang benar mengakui dirinya seorang guru akan sentiasa bermuhasabah diri untuk memastikan proses mendidik pelajarnya berkesan.

Kadang-kadang diri ini terfikir, kayu ukur yang bagaimana seorang guru itu gunakan untuk menggambarkan seorang guru itu hebat. Sentiasa diri ini mencuri masa untuk memahami diri, untuk mencari rentak yang terbaik untuk berpencak di medan pendidikan. Namun, setiap kali itu diri ini terasa gundah gulana dan resah. Ramai guru yang bersahaja ke sekolah untuk menghabiskan silibus, namun sejauh mana anak murid itu menghadam silibus yang disampaikan. Sejauh mana pelajar tersebut terdidik di setiap detik seorang guru itu habiskan bersama mereka?

Saya yakin. Malah saya amat yakin. Pelajar-pelajar tidak akan faham 100% apa yang disampaikan. Saya cukup yakin sebab kita pernah menjadi seorang pelajar. Teringat ketika bersembang dengan seorang rakan..

"Level pelajar ni lain-lain. Bukan mudah nak jadikan mereka pandai. Bagi aku pandai ke tak anak murid kita bukan ukuran. Aku tidak kisah. Yang penting, dengan tangan kita, kita didik mereka. Supaya besarnya mereka kelak, menjadi manusia. Manusia bukan sekadar manusia. Tetapi manusia yang berguna pada masyarakat. Jika hari ini kita bangga dengan kepandaian mereka, tetap kelak mereka tidak berguna untuk masyarakat, itu sia-sia"

Berada di Pengkalan Hulu, bukan sesuatu yang mudah bagi saya. Terlalu banyak dilema yang bermain diminda. Allah sahaja tahu dilema yang kian melanda. Kadang-kadang terlalu berserabut. Namun, setiap kali melihat anak mata anak-anak pelajar, diri ini semacam beroleh satu kekuatan. Jika hendak bercerita tentang nakal pelajar, saya kira masing-masing tahu itu semua.

Alhamdulillah, sebulan berkenalan dengan pelajar-pelajar, hati mula terasa sayang. Cuma pendekatan yang digunakan perlulah sesuai dengan jiwa mereka. Saya suka menggunakan kaedah give and take. Saya tidak suka menjadi seorang cikgu yang garang (memang tidak pandai jadi garang), cuma saya suka bersikap tegas dengan setiap perkara yang saya rasa perlu.

Di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Hulu (SMKPH), saya mengajar sains pelajar tingkatan 1 dan sains tingkatan 4. Dua karakter yang berbeza perlu ada pada diri saya. Bila bersama dengan pelajar tingkatan 1, saya tidak boleh terlalu mendidik mereka seperti orang dewasa. Mereka terlalu suka bermain. Jadi saya kena memikirkan kaedah yang sesuai dengan umur mereka. Bagi tingkatan 4 pula berlainan. Pelajar kadang-kadang lebih besar dari cikgu. Jadi metod yang lebih matang perlu digunakan bersama pelajar tingkatan 4.

Kelas pertama saya. Saya membuat beberapa perjanjian yang mana memerlukan mereka memberi persetujuan.

Perjanjian 1
Cikgu merupakan guru kamu. Kamu perlu hormati cikgu sebagai seorang guru. Kamu adalah pelajar cikgu, cikgu akan menghormati kamu sebagai pelajar cikgu. Tapi, pada masa yang sama, cikgu adalah kawan kamu. Kita boleh menjadi kawan yang paling baik, asalkan kita saling menghormati. Tiada antara kamu yang berbeza pada mata cikgu. Kamu semua, cikgu sayang sebagai pelajar sama rata. Point di sini, hormat menghormati.

Perjanjian 2
Cikgu memerlukan pelajar yang aktif bukan pasif. Cikgu tidak kisah kamu banyak bercakap, tetapi untuk pembelajaran. Baik putera atau puteri, kamu semua bebas bersuara dan memberi pendapat. Tiada pendapat yang salah pada cikgu kerana itu pendapat kamu. Pendapat adalah hak peribadi. Pendapat boleh diterima mahupun tidak diterima, tapi cikgu perlukan keberanian kamu. Point di sini berani bersuara, jangan takut salah.

Perjanjian 3
Siapkan kerja rumah yang cikgu berikan. Dan jumpa cikgu jika tidak faham. Mesti jumpa. Dan tegur cikgu bila jumpa kat mana-mana.

Perjanjian 4
Setiap kali mula kelas, bagi muslim dimestikan baca doa. Bukan muslim, berdoa mengikut agama masing-masing. Setiap kali usai kelas, dimestikan membaca doa penutup. Sebelum bersurau, pelajar perempuan perlu datang bersalaman dengan cikgu. Pelajar lelaki tidak perlu (sebab cikgu, cikgu perempuan). Tapi perjanjian ini bukan untuk kelas cikgu sahaja. Semua kelas kamu perlu buat. Lelaki perlu bersalaman dengan cikgu lelaki, perempuan dengan cikgu perempuan. Siapa yang ingkar, cikgu akan jumpa. Dan cikgu akan tanya cikgu lain, jika kamu tidak buat.

Itu antara perjanjian saya. Mereka bersetuju. Alhamdulillah setakat ini mereka masih lakukan. Paling terharu, mereka saling ingat mengingati jika ada antara mereka terlupa. Selesai sesi kelas, memang saya kawan mereka. Mereka boleh bersembang dan bergurau asalkan tidak melampaui batas.

Itu semua sekadar ingin mendisiplinkan mereka. Tidak mudah berada di tapak seorang pendidik. Moga ketabahan dan semangat sentiasa dikurniakan Allah.

p/s: Aku akan tenang, sekiranya setiap ilmu yang aku curahkan dan setiap didikan yang diberikan akan membentuk mereka menjadi manusia yang berguna. Sungguh aku akan pergi dengan tenang sekiranya setiap didikan aku itu mereka kenang dalam titip doa mereka.

Wednesday, February 10, 2010

Kerana Nila Setitik Habis Susu Sebelanga


" Huhu, fiza hari ini hari sedih kami sedunia" Tiba-tiba sapa seorang sahabat praktikum saya, Rina Hassan.

Saya memandangnya pelik. Mana tidaknya, baru sahaja beliau tiba di sekolah terus dia mengeluarkan kenyataan begitu. Petang itu saya dan dia ada latihan rumah sukan. Mula-mula saya agak tidak mengambil peduli dengan percakapan beliau..Ibarat input itu tidak di proses..Terus keluar melalui gegendang telinga saya tidak sampai ke otak..

Bicara Rina tidak berhenti di situ. Dia seakan-akan ingin meluahkan sesuatu yang terbuku di lubuk hatinya. Memang melalui raut wajahnya, dia amat terkilan sekali. Saya tarik nafas dalam-dalam, membuang segala persoalan diri dan kepenatan yang ada dalam diri waktu itu. Saya mula memberi respon pada setiap luahan dia.

" Kenapa Rina?"Saya mula merespon.

" Fiza, tadi saya dan faridah pergi makan dekat kedai makan selepas waktu sekolah. Awak tahu tak , waktu kami sedang makan, datang seorang lelaki menaiki motosikal. Lelaki itu berserban fiza. Awak tahu dia buat apa kat kami?? Dia cakap , oii muka je cantik kamu berdua, tapi sayang tak pakai tudung" Luah Rina tanpa memberi peluang saya merespon.

Saya hanya mengangguk tanda faham. Rina terus menyambung cerita dia.

" Bila lelaki tu cakap begitu, saya jawab la saya dan faridah bukan Islam. Awak tahu apa dia balas..Dia cakap kat kami, kesian kat kamu berdua"Luah Rina dalam pelat Sabahnya.

"Allah" kalimah itu sahaja yang terpancul dari bibir saya. Terasa malu semalu malunya pada Rina waktu itu.

"Dia tak sepatutnya fiza. Mungkin dia orang hebat tapi dia tidak boleh menuduh macam itu. Dia tidak boleh menegur begitu. Saya bukan Islam. Hari ini hari sedih kami. Sedih dan kecewa sangat. Ibarat hari sedi sedunia kami berdua" Sambung Rina.

Saya terdiam. Saya hanya pandang wajahnya dan mengangguk. Dia memahami perbuatan saya itu.

Pernah waktu kami makan di kantin. Rina bertanya. Kenapa ada orang Islam buat sesuatu perkara yang Allah tetapkan. Tetapi kenapa sesetengah mengingkari perintah Allah.

'Rina, kamu kristian kan? Adakah semua orang kristian itu taat pada ajaran Kristian? Adakah semuanya patuh pada ajaran agama kamu?"Soal saya sambil senyum.

Dia tunduk tanda faham..

" Begitu juga jawapan yang saya boleh bagi pada persoalan kamu. Kita manusia. Fikiran tidak sama. Kehendak tidak sama. Kita ada nafsu menguasai.." sambung saya lagi.

Dia tidak memanjangkan persoalan itu kerana dia faham dan boleh menerima persoalan saya. Alhamdulillah saya lega.

Rina dan Faridah merupakan guru pelatih seperti saya. Rina berketurunan Dusun, beragama kristian. Faridah Huda, free thinker, orang Temerloh dan berbangsa Asli. Itulah kedua-dua kenalan saya di sini. Mungkin wajah mereka persis melayu menyebabkan orang yang tidak mengenali mereka mentafsir mereka orang melayu dan Islam.

Namun, bukan mereka sahaja kecewa dengan tindakan lelaki yang berserban itu. Malah saya terasa tempisnya. Rasa malu sangat. Bila mana seorang yang sudah lengkap pemakaian tetapi bersikap begitu. Dimana qudwah yang sepatutnya kita tubjuk kepada orang bukan Islam??Jangan kerana perbuatan segelintir, habis tempiasnya kepada orang yang turut berpakain begitu.

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 tafsirnya :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."

Rasulullah SAW: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya.”
(HR Tirmidzi, dari abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, diriwayatkan juga oleh Ahmad. Disahihkan Al Bani dalam Ash Shahihah No.284 dan 751).

P/s: benar aku mengambil iktibar dari peristiwa ini..Allahurabbi, mengingati arwah Fadhiri dan arwah Faizol yang sangat suka berserban dan berjubah..Masih segar dalam ingatan, arwah faizol memastikan semua rakan exco kami memakai serban di setiap kali program anjuran LPS..Al-Fatihah untuk kedua-dua arwah..

Tuesday, February 9, 2010

Rintangan Si Daie

Perjalanan seorang pendakwah itu tidak mudah

Assalamualaikum...Sekadar ingin berkongsi dengan sahabat-sahabiah..Sedikit input yang saya kira sudah pasti setiap insan yang menggelarkan diri sebagai ahli gerakan dan telah memasakkan dalam jiwa sebagai seorang daie dan pejuang agama , sudah tentu maklum tentang hal ini.

Perjuangan untuk menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang batil tidak pernah senang dan tidak pernah selesai. Ini kerana yang hak dan yang batil tidak akan bercampur. Dugaan dan cabaran tidak kira kecil atau besar pasti ada bagi insan yang telah menginfakkan diri mereka untuk menegakkan Islam di alam ini. Makin hebat seseorang itu, makin kuat hubungan seseorang itu dengan Allah, semakin besar cabaran yang perlu dihadapi kerana Allah akan menguji hamba-hambanya mengikut kemampuan hamba-hambanya.

Lima cabaran yang akan menjadi resepi dan rencah kehidupan seseorang pendakwah


1. Orang mu'min yang dengki kepadanya
2. Orang munafik yang membencinya
3. Orang kafir yang mahu memeranginya
4. Syaitan yang hendak menyesatkannya
5. Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya


Ini merupakan asam garam dalam kehidupan seorang pendakwah.

Saya tinggalkan kalian dengan sepotong ayat Al-Quran, Surah Al-Taubah:Ayat 105 yang bermaksud:

" Katakanlah wahai Muhammad, hendaklah kalian berusaha, nescaya Allah SWT, RasulNya dan orang-orang beriman akan melihat usaha kalian, kelak kalian akan kembalikan ke alam ghaib dan syahadah, lalu Allah SWT menjelaskan kepada kalian apa sebenarnya yang telah kalian usahakan"

"Wahai saudara, dirikanlah negara Al-Quran di dalam hati sanubari saudara, nescaya ia akan terbina pula di tanahair saudara" (Pemimpin harakah)

Sumber rujukan : Bahtera Penyelamat (Fathi Yakan)

Monday, February 8, 2010

Aku Merindui Mereka


Aku amat merindui mereka..Bukan mereka sahaja, malah semua sahabat seperjuangan...Terima kasih atas mesej tanda ingatan...Terima kasih atas warkah rindu..Namun, maaf sahabat xmampu aku balas mesej tersebut..Tangan kaku setiap kali ingin membalas setiap mesej yang masuk dalam inbox..kerana apa?? kerana aku amat dan teramat merindui kalian..Allah, tetapkan kami di jalan ini.. Biarlah titipan rindu itu aku balas melalui doaku...Aku ingin berjuang hingga akhir hayatku..Aku ingin jadi seperti Khadijah..Di saat kematian, Khadijah masih menawarkan diri untuk Islam..Jika tulangnya mampu untuk perjuangan Islam, Khadijah akan korbankan..aku ingin seperti Itu..

Aqilah, Adriyani terima kasih..Ana tak mampu membalas mesej kalian kerana hanya Allah yang tahu betapa jiwa ini amat merindui kalian..Aqilah umpama kakak, marahnya ada sebab..Adriyani umpama adik, rajuknya minta di pujuk..Aku dambakan kenangan itu kembali..Tapi x mungkin, perjuangan perlu diteruskan..Dan ana nak antunna tahu, diamnya saya kerana ana sayangkan kalian...Aku juga rindu pada sahabat-sahabiah lain..Nama mereka biarlah tertulis di hati ini dan dalam doa...

Seorang ustazah mendekati aku diwaktu aku termenung...Adik, kamu kena ingat di mana kamu berada kamu kena tetap dengan diri kamu. Kena kuat dengan prinsip..Tiada yang lain selain Allah dalam hidup ini..InsyaAllah, yakinlah kamu mampu istiqamah...

"Akan aku biarkan angin masuk melalui pintuku, asalkan inaya tidak menganjakkan aku dari tempatku" -Togore

Aku rindukan kalian..

Saturday, February 6, 2010

Bangkitlah!!


Jiwa gersang terasa kekosongan,
Minta diisi zikir laungan;
Hati gundah tiada kehaluan;
Petunjuk Rabbi sekadar bayangan.

Hari-hari berlalu penuh derita,
Perit jerih jelas terasa;
Dimana perlu kututur bicara;
Bagi diri penuh sengketa.

"Ya Muqollibal Qulub, Tsabbit Qulubana 'ala diinik!!!"

Alhamdulillah,
Gegak gempita bersulam cahaya;
Kalam Ilahi penguat jiwa;
Langkah diorak penuh bertenaga;
Ke medan jihad kutempuh jua.

Ketekalan Al-Fateh penunggak kekuatan,
Jiwa ar-rijal penuh keberanian;
Tahajjud pada Ilahi peneguh keimanan;
Pemangkin kekuatan puncak kejayaan.

Kalam Allah terpahat di dada,
Sunnah junjungan sedia terlaksana.;
Jiwa tenang indah terasa;
Hidup berpaksikan Allah semata.

Ya Rabb, pohon ku Engkau kasihi aku..Jangan sekelumit Engkau biarkan aku lalai. Ya Rahman, aku tiada pinta lebih ,kurniakanlah aku keredhaanMu...Biarlah aku tenang di sini. Peliharalah diri aku , keluarga dan sahabat-sahabat.