Friday, April 30, 2010

~ Ubat Jiwa ~ Qasidah Istighfar




Istimewa untuk semua Mujahid dan Mujahidah Islam (^_^), insyaAllah....~ Moga kita semua di bawah peliharaanNYA senantiasa (^_^)

Rasullulah bersabda:

Pada hari kiamat kelak dicampakkan orang berkenaan dalam api neraka lalu terburai perutnya. Ia berputar-putar didalamnya persis seperti keldai mengelilingi kincir pengisar gandum. Penduduk neraka berkerumun melihatnya. Mereka berkata :


" Si fulan (rupanya). Bukankah engkau dahulu menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar?"
" Benar" jawabnya
" Tetapi aku menyuruh yang baik sedangkan aku sendiri tidak melakukannya. Aku larang yang mungkar tetapi aku sendiri melakukannya"


Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang dapat memenangkan diri kita (dalam pertarungan dengan nafsu), walaupun kita kelilangan dunia dan orang yang banyak. Moga kita terhindar dari tergolong dalam kalangan orang yang rugi yakni orang yang mensia-siakna diri; dikalahkan oleh nafsu, walaupun dia memperolehi dunia dan sanjungan yang banyak.


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


Orang-orang yang beriman berkata bahawa orang yang merugi ialah merugikan diri dan keluarga mereka sendiri pada hari qiamat kelak. Bahkan orang-orang yang zalim akan kekal dalam seksa yang berterusan. (Al-Syura : ayat 45)


(Sumber rujukan : Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah, oleh Fathi Yakan )

Friday, April 23, 2010

Aku Bukan Sumayyahmu!!


Suamiku, bunga semalam telah layu

Gugur daripada jambangannya

Mujur cinta dan perjuangan kita

Bukan itu lambangnya


Mulutku kaku untuk merayu

Hatiku malu untuk terus cemburu

Tidak seperti dulu

Kerana kini kau mujahid

Yang rindu memburu syahid


Maaf kiranya tutur dan tingkaah

Senyuman dan seri wajah

Pudar dan hambar dimatamu

Padaku yang baru belajar

Menjadi seorang mujahidah


Aku kini hanya mendoakn

Agar kau menjadi Yassir

Walau kiranya....aku bukan Sumayyahmu


Dalam tangis kucuba senyum ketika

Kau bermusafir

Sepertinya Siti Hajar

Sewaktu ditinggalkan Ibrahim


Biar selalu kita berpisah

Selalu derita kerap susah

Kerana syurga menagih ujian berat

Sedangkan neraka dipagari nikmat


Dipegang jubah suaminya. Matanya yang jernih merenung sayu.

“ Apakah ini kerana Allah?”

“Ya, wahai isteriku. Semua ini kerana Allah,” jawab suaminya lalu berlalu pergi. Tanpa menoleh, tanpa berpaling.

Mendengar jawapan, Siti Hajar tidak berkata apa-apa. Mata dan hatinya menghantar suaminya Ibrahim a.s. berlalu pergi. Tega dan reda. Kalau suamiku bertindak meninggalkan kerana Allah, aku mesti rela ditinggalkan juga kerana Allah, mungkin itulah rasa hati Siti Hajar sewaktu ditinggalkan Ibrahim.


(MAJALAH SOLUSI NO 18)


P/s : Entry ini khas untuk sahabat sahabiyah yang sudah berumahtangga dan bakal berumah tangga. Moga ada sentuhan semangat melalui kata-kata entry ini...Lafaz kata " aku ingin menjadi mujahidah" tidak semudah aplikasinya..Mungkin puisi ini akan saya hayati dengan lebih mendalam bila tiba masanya..Buat masa ini saya hadiahkan pada sahabat sahabiyah dulu sebagai pencetus semangat..ngee (^_^)..Semoga istiqamah semua

Monday, April 12, 2010

Suara "MUSLIMAT POWER" bergema

Dimana-mana kita berada moga istiqamah

"Alhamdulillah dik, laungan MUSLIMAT POWER bergema dalam auditorium".....
Imbang Penuh
Begitulah ulasan salah seorang penceramah untuk Bicara Wanita UPSI, Ustazah Rafidah Jannah. Perbualan singkat melalui Yahoo Messagger minggu lepas membuatkan saya tersenyum lapang. Bicara Wanita yang diasaskan pada 2009 masih lagi bersambung pada tahun ini oleh generasi penyambung saya. Tiada lafaz yang dapat diungkapkan selaian ALHAMDULILLAH.

"Fiza, enti sudah tinggalkan adik-adik yang hebat. Doakan mereka. Akak yakin mereka mampu sebab mentor mereka hebat"

Sekali lagi, kesyukuran dipanjatkan. Bukan siapa hebat yang menjadi ukuran disini, tetapi semangat dan usaha itu yang penting untuk menjayakan sesuatu yang kita perjuangkan. Sudah menjadi lumrah, yang patah hilang akan berganti. Tidak kira bagaimana generasi penyambung menggerakkan apa yang di tinggalkan, apa yang penting mereka mempunyai cara yang tersendiri. Bagi saya seseorang itu perlu ada cara dan gaya tersendiri dalam menguruskan dan memimpin sesuatu. Jika dulu saya mentor kepada generasi yang ada kini, saya secara peribadi tidak mengharapkan mereka mengikut cara saya meminpin. Tidak perlu sama sekali. Cuma jika ada yang baik sepanjang proses saya meminpin jadikan sebagai panduan.

Seorang pemimpin yang hebat akan menghasilkan pemimpin yang jauh lebih hebat daripadanya. Tiada guna jika dia hebat, tetapi dia tidak dapat mendidik generasi pelapis menjadi orang yang lebih baik kerana tiada kesinambungan disitu. Terutamanya dalam arena dakwah. Dakwah itu akan hanya hidup pada zaman dia sahaja, tetapi tidak ada siapa yang dapat menyambungnya. Lihatlah bagaimana Hassan Al-Banna mampu memberi kesan pada kita walaupun dia tidak ada lagi. Islam yang diperjuangan oleh Rasullullah mampu kita rasa hingga saat ini...

Saya gembira mendengar perkabaran baik daripada ustazah Rafidah tentang perkembangan muslimat di UPSI. Walaupun saya tidak melihat dengan mata saya, tapi keyukuran dan doa sentiasa saya titipkan untuk mereka. Sudah menjadi perangai saya, apabila saya sudah serahkan tanggungjawab pada pengganti baru, saya akan memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka. Walaupun cara dan pemikiran berlainan berlainan, itu tidak mengapa asalkan tetap dalam landasan yang betul. Saya akan hanya memberi pendapat jika mereka perlukan sahaja.

InsyaAllah semoga kita semua sentiasa dipilih untuk jadi MUSLIMAT POWER

Moga laungan MUSLIMAT POWER terus bergema di UPSI. Moga kerinduan dan kecintaan mencari ilmu didalam setiap peribadi seorang MUSLIMAT itu sentiasa tersemat.

Diakhir perbualan saya dengan ustazah Rafidah sempat saya bergurau

" Nanti suatu hari nanti, moga saya dan akak dapat duduk sebaris dan berentap di pentas UPSI untuk majlis ilmu"
" InsyaAllah dik, akak tunggu saat indah itu"

Guraun itu sekadar pencetus semangat untuk saya (^_^)

Perkenalan yang saya kira baru setahun jagung dengan ustazah Rafidah cukup bermakna walaupun kami tidak pernah bersua muka. Itulah Ukhwah kerana Allah.

Selama maju jaya untuk MUSLIMAT-MUSLIMAT di alam kampus. Medan saya bukan dsitu lagi. Moga dimana sekalipun medan kita, moga kita sentiasa istiqamah dan laungan MUSLIMAT POWER itu tetap bergema dimana-mana kerana MUSLIMAT itu sayap kiri perjuangan.

Astaghfirullahal'azim 3X..Moga Allah pilih kita semua dan ampunkan kesalahan kita.

UNTUKMU WANITA: " Wanita, dirimu begitu berharga. Seindah-indah hiasan dunia adalah Wanita Solehah. Peribadinya terjaga dan terpelihara. Duhai wanita, dalam kelembutanmu, suburkan ketegasan, berlandaskan ilmu keredhaan Tuhan"

Thursday, March 25, 2010

Harapanku untuk pemuda ini...

Harapan aku tinggi untuk pemuda ini..Engkau peliharalah dia Ya Allah..

Adik sewaktu berumur 11 tahun

Adik sewaktu berumur 12 tahun. Waktu ni saya baru jadi MPP

Adik ketika berumur 13 tahun..

adik berumur 14 tahun.

Harapan saya besar untuk beliau..Peliharalah adikku (Mohamad Eizlan Amir) Ya Allah..Moga besarnya menjadi insan soleh. Seorang ustaz berpesan pada saya..

" Jaga adik lelaki enti betul-betul. Biar sampai jadi 'ustaz' "..

'Ustaz' yang dimaksudkan beliau ialah orang yang soleh.

Kakak bertegas pada awak dari awak kecil hingga sekarang bukan kerana kakak tidak sayang. Tapi tegas kakak sebab kakak sayang awak. Kakak nak pasakkan pada awak menjadi manusia berani, manusia yang baik bukan mudah. Moga kamu dipelihara Allah selalu dik...

Friday, March 12, 2010

Indahnya jika diberi "Kerehatan Yang Panjang"..

"Kerehatan Yang Panjang"

Saya terlalu inginkan 'kerehatan yang panjang' ..saya ingin sekali bertemu KEKASIH yang abadi..KEKASIH yang tidak sia-sia mencintaiNYA sepenuh jiwa...Rasa rindu itu semakin mencengkam...Tapi saya sungguh takut kerana 'bekalan' belum mencukupi...Bagaimana hendak mengadap Mu Ya Rabb..masih belum layak...Tapi sungguh sangat rindu bertemuMU

Hidup ini satu perjuangan

Air Mata penawar segalanya
MasyaAllah, disaat kerindui ini mencengkam..Bila mana jiwa terasa kosong dengan pengisian...Sungguh dengan tumpahnya air mata ditempat sujud, itulah nikmat dan penawar segala kedukaan , kerinduaan dan kekosongan...Bertuahnya sesiapa yang dikurniakan nikmat sebegitu. Sangat takut jika bila dikurniakan nikmat itu, tapi hanya seketika...Biarlah sehingga tercabut ruh dari badan, air mata itu akan sentiasa tumpah untuk NYA

Biarlah air mata itu tumpah ketika sujudmu

Kepastian


Jodoh, pertemuan, rezeki semua itu belum pasti. Kadang-kadang apa yang dirancang belum pasti akan berlaku seperti yang dirancang..Apa yang pasti Kematian itu satu kepastian...Mati itu pasti!! Moga pulangnya kita kepangkuan KEKASIH kita dalam keadaan yang diredhai NYA..

Anugerah

Hari ini air mata gugur ke bumi bila terdengar zikir dan selawat secara 'life' dalam ceramah Maulidur Rasul..Sudah lama tidak dengar pengisian sebegitu.. Air mata jatuh bila mendengar saat kematian Rasululluh...Bila nyawa Baginda di tarik hingga ke paras pinggang, Baginda berkata "Sakitnya saat nyawa dicabut. Ringankanlah rasa sakit ini untuk ummatku..Biarlah hanya aku seorang diri merasai kesakitan ini"...Saat nyawa Baginda sudah menghampiri berpisah dari jasad hanya perkataan " Ummati, ummati, ummati" yang disebut Baginda..."Berpeganglah pada Al-Quran dan Al-Sunnah"...Allahuakbar, betapa Baginda amat merindui dan mencintai ummat Baginda...Sungguh air mataku tumpah..Anugerah yang tidak terhingga bila air mata mampu jatuh bila mengingati Baginda...

Senyum dan Bersabarlah..

Senyum dan bersabarlah..Kerana hidup ini satu perjuangan yang menuntut seribu pengorbanan..."Allah tidak membebankan hamba-hambaNYA melainkan dengan kemampuan kita"...Senyumlah...Lelapkan matamu dengan mengingatiNYA, Bangkitlah dengan satu harapan, senyuman dan semangat yan baru..Jika mata itu tidak terjaga lagi, biarlah mata itu tertutup dengan senyuman dan keredhaanNYA mengiringi...

Friday, March 5, 2010

Wanita, Rumah Tangga dan Kerjaya

sejukkan tengok muslimat ni? Tangan yang mengayunkan buaian mampu menggoncangkan dunia

Entah kenapa sejak kebelakangan saya sentiasa dikelilingi orang-orang yang berumah tangga.Mungkin di sekolah, saya sentiasa di groupkan dalam kalangan guru-guru yang semuanya berumah tangga. Jadi tidak dapat tidak saya berada di dalam skop mereka setiap kali mereka berbincang mengenai keluarga masing-masing. Nak atau tak saya terpaksa mendengar. Betul-betul mendengar tanpa sebarang respon. Kerana apa? Saya bukan di alam itu lagi untuk memberi sebarang respon.

Suatu hari , saya diminta untuk menemani seorang cikgu senior untuk menempah hamper sempena hari sukan. Sepanjang perjalanan saya hanya mendengar cerita beliau.

"Akak, sekarang balik je rumah, rasa macam tak boleh berdiri dah. Penat sangat fiza nak buat preparation untuk hari sukan ni. Mana tidaknya dari pagi sampai ke petang. Suami akak selalu mintak akak berehat tapi tula kan. Bila tengok kain tak berlipat, pinggan tak berbasuh, takkan kita nak biarkan. Tak boleh nak tengok. Sakit mata fiza" luah beliau.

saya bersama-sama guru senior di hari sukan. saya terpaksa memakai baju batik sebab saya AJK hadiah.

"Betul kak, lagi di biar lagi banyak kain tu. Nak atau tak memang kena buatlah kan" respon saya. Tidak tahu nak respon apa sebenarnya.

"Semalam, akak kena bangun awal. Anak akak yang sulong tak siapkan kerja rumah. Jadi dia mintak akak kejutkan dia jam 5 pagi. Pagi-pagi akak bangun kejutkan dia. Aduh, kebetulan akak teringat report sekolah tak siap lagi.." Sambung beliau.

Saya hanya tersengih.

Itu satu situasi. Ada satu kes tu, saya tengah makan. Saya seorang je cikgu muda waktu tu.

"Hai, sekarang ni suami saya ada hobi baru. Malam-malam suka main badminton. Laki ni bukan boleh sekat depa. Jangan kontrol sangat. Nanti mula la mereka tak selesa"

"Betul, suami akak pun macam tu. Siap ajak akak teman dia pergi main lagi. Aduh, dah tua-tua ni tak larat dah. Banyak kerja nak dibereskan. Akak cakap kat dia, minta maaf sangat yang ni akak tak boleh teman dia" sampuk cikgu satu lagi

"Entah la kak. Semalam saya tak masak. Ajak suami makan kat kedai. Tak sempat nak masak kak. Yela sekarang kan memang sibuk. Sampai kat kedai dia tak nak makan. Katanya dah makan tadi. Dia nak teman saja. Saya risau juga takut dia lapar. Dia cakap takpe. Tengah malam dia masuk dapur. Aduh nak marah pun ada, rasa bersalah pun ada. Tadi cakap tak nak makan..tiba-tiba lapar. Tak sampai hati pula tengok. Saya pun masuk dapur masak apa yang ada. Bukan apa, bila dah tanggungjawab macam tu la serba tak kena" bebel seorang cikgu lagi panjang lebar...

Bergaul dengar mereka buatkan saya berfikir. Banyak lagi situasi-situasi yang mereka bincangkan dengan saya. Tapi jika hendak dituliskan dalam blog panjang lebar. Kadang-kadang bagus bergaul dengan mereka, bolehkan saya untuk berfikir dan bersedia. Wanita, rumahtangga dan kerjaya. Memang sukar hendak handle jika tidak bersedia. Malah kekuatan emosi paling penting. Sebab kita akan berdepan dengan hati dan perasaan orang lain.

sama tak dengan gambar muslimat kat atas (^_^)..pelajar-pelajar saya yang paksa pegang baby ni..ntah anak siapa mereka rembat..


Sungguh saya tidak dapat ulas panjang tajuk ni. Sekadar perkongsian dari pengalaman yang saya dapat. Jika hendak mengulas dari persepsi diri saya sudah tentu saya tidak dapat sebab saya tidak berada di alam perkahwinan lagi.

Teringat wacana bicara wanita yang pertama saya pernah buah yang bertajuk Pengurusan Rumahtangga : Peranan wanita dari persepsi anak, isteri dan Ibu.

Sewaktu saya berbincang dengan ustazah mengenai tajuk tersebut di rumah beliau. Saya bertanya...

"Ustazah susah ke jadi isteri dan ibu?"..

" Tak susah dik. Bila kita kahwin maka jadi isterilah kita. Bila kita ada anak maka jadi ibulah kita..apa yang susah? senang je" balas beliau. Dia tahu saya kurang berpuas hati dengan jawapan tersebut.

"Dik, dengar sini.. Tak susah jadi isteri dan ibu..tapi sangat susah untuk menjadi isteri dan ibu yang BAIK"..sambung beliau...

Kini saya mengerti...

Dunia kini..

" Teruk betul la sekarang." bebel Hafizuddin , yang juga merupakan guru pelatih disekolah saya.

"Nape,judin tiba-tiba mu duk bebel sorang-sorang ni" tanya saya. " takdok la, ni berita hari ni.., seorang pelajar tingkatan tiga di rogol bergilir-gilir oleh 15 orang lelaki." Maklum beliau bersungguh-sungguh sambil matanya melihat laptop.

"Macam-macam kes sosial sekarang ni" ulas beliau lagi. Guru-guru praktikal yang lain khusyuk mendengar penjelasan beliau yang persis gaya seorang YB yang risau akan masalah rakyatnya.

"Mu ada baca tentang kes budak kecil meninggal sebab gewe mok dia" tanya saya pada beliau. Sengaja untuk bincang isu semasa dengan yang lain.

"Mesti lah baca, Gila sungguh. Dah anak meninggal. Pastu mok dio pulak hamil. Lepas tu cakap tu bukan anak teman lelaki. Pastu anak siapa? Dia dah lama bercerai. Teruk sungguh" Ulas Hafizuddin lagi.

"Cerita apa pulak tu, tak tau pun" tanya cikgu praktikal yang lain. Mungkin yang lain tidak membaca cerita itu. Jadi mereka agak terawang-awang bila kami berbincang dua tiga kes sosial yang berlaku di negara ini.

"Ni mesti kes tak tengok berita atau baca paper ni" usik Fikri sambil menggelengkan kepala.

Saya menerangkan semula kes-kes yang berlaku semenjak dua menjak ini. Alhamdulillah walaupun berjauhan dengan sahabat-sahabat seperjuangan, Allah kurniakan saya sahabat-sahabat sepraktikal yang sentiasa suka berbincang. Hafizuddin merupakan seorang blogger yang sangat aktif selalu suka membawa isu-isu semasa dan suka berbincang. Sekurang-kurangkan bila 'free time' otak kami berfikir dengan perbincangan yang sihat.

Itulah realiti keruntuhan moral pada hari ini. Bagaimana seorang pelajar yang berumur 15 tahun boleh ikut lelaki yang baru dikenali. Natijahnya lihat la kesannya. Saya terfikir apa perasaan 15 orang lelaki tersebut. Seronokkah mereka? Bahagiakah mereka? Sungguh tidak melampau saya katakan mereka persis binatang yang sangat gelojoh, hanya ada nafsu tapi sudah hilang kewarasan akal !!

Jika lihat kes adik Humairah yang diterajang oleh teman wanita ibunya. Akhirnya anak yang tidak bersalah menemui ajal. Manakala dalam rahim ibunya, terbentuk satu janin yang tiada dosanya tapi akan dilhirkan ke dunia atas dosa dan nafsu ibu dan ayahnya.

Saya bagitahu Hafizuddin " Kenapa tidak kahwin terus. Pelik sungguh. Kalau dah halal nak buat apa pun tiada masalah. Kalau tidak ada duit, dah ada tanggungjawab sama-samalah cari. Rezeki perlu usaha"

"Ntah la jaa"..jawab beliau. Seakan-akan tiada ayat lagi untuk dikeluarkan.

" Alah, geram sungguh. Kalau timbul kes macam ni mulalah perempuan nak disalahkan. Lelaki tu bukan nak sedar" Celah seorang kawan saya yang lain.

"Perempuan yang tidak menolak." balas yang lain pula..

"Tidak ada siapa yang salah, lelaki ke perempuan ke. Sama. Kalau dua-dua pandai fikir tak jadi macam ni" Sampuk saya, sengaja mententeramkan keadaan. Semua diam, tanda setuju.

Tapi betul. Masing-masing kena sedar. Perempuan kena sedar tanggungjawab mereka untuk tutup aurat dan jaga pandangan. Lelaki juga begitu.

Semalam. 5 mac 2010 merupakan cuti peristiwa sekolah saya disebabkan 4 mac 2010 Hari Sukan Tahunan. Saya adakan kelas tambahan dengan kelas 4 Teknik di makmal komputer. Saya sengaja hendak menggunakan komputer hari itu. Alhamdulillah ramai yang hadir. Pelajar yang selalu tidak hadir kelas juga hadir. Sungguh-sungguh saya pesan pada dia untuk hadir. Dan Alhamdulillah dia hadir. Terharu saya.

Diakhir pembelajaran saya tunjukkan mereka video. Satu tentang ibu dan satu tentang sahabat. Semua pelajar diam. Saya tahu mereka tersentuh dengan video itu.

" Anak-anak cikgu. Memang selama kita kenal tidak pernah cikgu marah kamu. Tidak pernah sekali. Itu kamu tahu kan? Anak-anak, bila kamu degil cikgu tegur kamu. Kamu perasan kan, walaupun ada antara kamu tidak datang kelas tapi cikgu sentiasa sebut nama kamu. Kamu tahu kenapa? Cikgu sayangkan kamu. Cikgu selalu sebut-sebut nama kamu bukan sengaja. Itu doa cikgu untuk kamu. Kamu lihatkan video tadi. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Anak-anak, kamu umpama permata buat cikgu. Tiada yang lebih. Semua sama bagi cikgu. Mungkin setengah dari kamu berfikir, kenapa aku harus rajin sebab aku memang tak pandai..Kenapa anak-anak berfikiran sedemikian...Ingat kamu semua anugerah dari Allah ke dunia ni...Cikgu berdiri di depan bukan sekadar nak ajar sains..Cikgu akan berbangga dengan kamu suatu hari nanti jika kamu berjaya..tapi kamu kena ingat..Jika kamu menjadi Doktor yang berjaya, arkitek yang berjaya tapi kamu tidak berguna pada masyarakat..pentingkan diri sendiri...itu akan buatkan cikgu sedih, sebab cikgu sudah gagal mendidik kamu menjadi manusia berguna walapun kamu berjaya pada kaca mata manusia" Mereka diam seribu kata. Saya sambung lagi..

"Ada dengar kes seorang pelajar perempuan di rogol 15 lelaki" mereka gelang Pelajar perempuan terlopong mulut. Muka berkerut.

Saya beralih ke pelajar lelaki...

"Anak-anak cikgu, cikgu nak tanya. Kalau la yang kena rogol tu adik kamu. Agak-agak kamu cari tak 15 orang lelaki tadi" tanya saya..

"Cikgu bukan kata 15 orang. seorang pun kami belasah sampai lunyai" balas meraka.

Alhamdulillah mereka faham maksud yang saya nak sampaikan.

"Boys and girls, cikgu tidak mahu campur urusan peribadi kamu. Cikgu tak nak tanya samada kamu ada bercouple ke tak. Tak guna jika kamu mengaku depan cikgu. Kamu mungkin boleh menipu cikgu. Sebab perasaan 'suka' , 'cinta', 'sayang' itu hadir tanpa kita sedar. Cuma satu benda cikgu nak pesan. Jaga diri kamu baik perempuan mahupun lelaki. Kamu sudah besar. Boleh berfikir. Ingat, seorang manusia itu tidak akan melalkukan kejahatan jika dia berada dalam keimanan...Ingat pesanan cikgu. Mungkin nanti bukan cikgu lagi yang akan berdiri disini lagi untuk bercakap dengan kamu. Kita belum pasti ada lagi ke tidak peluang kedua..

." Ingat dalam hidup kita jangan tinggal apa?

"SOLAT DAN DOA CIKGU" jawab mereka.

Mereka sudah sedia maklum jawapan itu. Saya sudah latih mereka di hari pertma saya masuk kelas...Sungguh merekalah pelajar merekalah kawan...