Thursday, March 25, 2010

Harapanku untuk pemuda ini...

Harapan aku tinggi untuk pemuda ini..Engkau peliharalah dia Ya Allah..

Adik sewaktu berumur 11 tahun

Adik sewaktu berumur 12 tahun. Waktu ni saya baru jadi MPP

Adik ketika berumur 13 tahun..

adik berumur 14 tahun.

Harapan saya besar untuk beliau..Peliharalah adikku (Mohamad Eizlan Amir) Ya Allah..Moga besarnya menjadi insan soleh. Seorang ustaz berpesan pada saya..

" Jaga adik lelaki enti betul-betul. Biar sampai jadi 'ustaz' "..

'Ustaz' yang dimaksudkan beliau ialah orang yang soleh.

Kakak bertegas pada awak dari awak kecil hingga sekarang bukan kerana kakak tidak sayang. Tapi tegas kakak sebab kakak sayang awak. Kakak nak pasakkan pada awak menjadi manusia berani, manusia yang baik bukan mudah. Moga kamu dipelihara Allah selalu dik...

Friday, March 12, 2010

Indahnya jika diberi "Kerehatan Yang Panjang"..

"Kerehatan Yang Panjang"

Saya terlalu inginkan 'kerehatan yang panjang' ..saya ingin sekali bertemu KEKASIH yang abadi..KEKASIH yang tidak sia-sia mencintaiNYA sepenuh jiwa...Rasa rindu itu semakin mencengkam...Tapi saya sungguh takut kerana 'bekalan' belum mencukupi...Bagaimana hendak mengadap Mu Ya Rabb..masih belum layak...Tapi sungguh sangat rindu bertemuMU

Hidup ini satu perjuangan

Air Mata penawar segalanya
MasyaAllah, disaat kerindui ini mencengkam..Bila mana jiwa terasa kosong dengan pengisian...Sungguh dengan tumpahnya air mata ditempat sujud, itulah nikmat dan penawar segala kedukaan , kerinduaan dan kekosongan...Bertuahnya sesiapa yang dikurniakan nikmat sebegitu. Sangat takut jika bila dikurniakan nikmat itu, tapi hanya seketika...Biarlah sehingga tercabut ruh dari badan, air mata itu akan sentiasa tumpah untuk NYA

Biarlah air mata itu tumpah ketika sujudmu

Kepastian


Jodoh, pertemuan, rezeki semua itu belum pasti. Kadang-kadang apa yang dirancang belum pasti akan berlaku seperti yang dirancang..Apa yang pasti Kematian itu satu kepastian...Mati itu pasti!! Moga pulangnya kita kepangkuan KEKASIH kita dalam keadaan yang diredhai NYA..

Anugerah

Hari ini air mata gugur ke bumi bila terdengar zikir dan selawat secara 'life' dalam ceramah Maulidur Rasul..Sudah lama tidak dengar pengisian sebegitu.. Air mata jatuh bila mendengar saat kematian Rasululluh...Bila nyawa Baginda di tarik hingga ke paras pinggang, Baginda berkata "Sakitnya saat nyawa dicabut. Ringankanlah rasa sakit ini untuk ummatku..Biarlah hanya aku seorang diri merasai kesakitan ini"...Saat nyawa Baginda sudah menghampiri berpisah dari jasad hanya perkataan " Ummati, ummati, ummati" yang disebut Baginda..."Berpeganglah pada Al-Quran dan Al-Sunnah"...Allahuakbar, betapa Baginda amat merindui dan mencintai ummat Baginda...Sungguh air mataku tumpah..Anugerah yang tidak terhingga bila air mata mampu jatuh bila mengingati Baginda...

Senyum dan Bersabarlah..

Senyum dan bersabarlah..Kerana hidup ini satu perjuangan yang menuntut seribu pengorbanan..."Allah tidak membebankan hamba-hambaNYA melainkan dengan kemampuan kita"...Senyumlah...Lelapkan matamu dengan mengingatiNYA, Bangkitlah dengan satu harapan, senyuman dan semangat yan baru..Jika mata itu tidak terjaga lagi, biarlah mata itu tertutup dengan senyuman dan keredhaanNYA mengiringi...

Friday, March 5, 2010

Wanita, Rumah Tangga dan Kerjaya

sejukkan tengok muslimat ni? Tangan yang mengayunkan buaian mampu menggoncangkan dunia

Entah kenapa sejak kebelakangan saya sentiasa dikelilingi orang-orang yang berumah tangga.Mungkin di sekolah, saya sentiasa di groupkan dalam kalangan guru-guru yang semuanya berumah tangga. Jadi tidak dapat tidak saya berada di dalam skop mereka setiap kali mereka berbincang mengenai keluarga masing-masing. Nak atau tak saya terpaksa mendengar. Betul-betul mendengar tanpa sebarang respon. Kerana apa? Saya bukan di alam itu lagi untuk memberi sebarang respon.

Suatu hari , saya diminta untuk menemani seorang cikgu senior untuk menempah hamper sempena hari sukan. Sepanjang perjalanan saya hanya mendengar cerita beliau.

"Akak, sekarang balik je rumah, rasa macam tak boleh berdiri dah. Penat sangat fiza nak buat preparation untuk hari sukan ni. Mana tidaknya dari pagi sampai ke petang. Suami akak selalu mintak akak berehat tapi tula kan. Bila tengok kain tak berlipat, pinggan tak berbasuh, takkan kita nak biarkan. Tak boleh nak tengok. Sakit mata fiza" luah beliau.

saya bersama-sama guru senior di hari sukan. saya terpaksa memakai baju batik sebab saya AJK hadiah.

"Betul kak, lagi di biar lagi banyak kain tu. Nak atau tak memang kena buatlah kan" respon saya. Tidak tahu nak respon apa sebenarnya.

"Semalam, akak kena bangun awal. Anak akak yang sulong tak siapkan kerja rumah. Jadi dia mintak akak kejutkan dia jam 5 pagi. Pagi-pagi akak bangun kejutkan dia. Aduh, kebetulan akak teringat report sekolah tak siap lagi.." Sambung beliau.

Saya hanya tersengih.

Itu satu situasi. Ada satu kes tu, saya tengah makan. Saya seorang je cikgu muda waktu tu.

"Hai, sekarang ni suami saya ada hobi baru. Malam-malam suka main badminton. Laki ni bukan boleh sekat depa. Jangan kontrol sangat. Nanti mula la mereka tak selesa"

"Betul, suami akak pun macam tu. Siap ajak akak teman dia pergi main lagi. Aduh, dah tua-tua ni tak larat dah. Banyak kerja nak dibereskan. Akak cakap kat dia, minta maaf sangat yang ni akak tak boleh teman dia" sampuk cikgu satu lagi

"Entah la kak. Semalam saya tak masak. Ajak suami makan kat kedai. Tak sempat nak masak kak. Yela sekarang kan memang sibuk. Sampai kat kedai dia tak nak makan. Katanya dah makan tadi. Dia nak teman saja. Saya risau juga takut dia lapar. Dia cakap takpe. Tengah malam dia masuk dapur. Aduh nak marah pun ada, rasa bersalah pun ada. Tadi cakap tak nak makan..tiba-tiba lapar. Tak sampai hati pula tengok. Saya pun masuk dapur masak apa yang ada. Bukan apa, bila dah tanggungjawab macam tu la serba tak kena" bebel seorang cikgu lagi panjang lebar...

Bergaul dengar mereka buatkan saya berfikir. Banyak lagi situasi-situasi yang mereka bincangkan dengan saya. Tapi jika hendak dituliskan dalam blog panjang lebar. Kadang-kadang bagus bergaul dengan mereka, bolehkan saya untuk berfikir dan bersedia. Wanita, rumahtangga dan kerjaya. Memang sukar hendak handle jika tidak bersedia. Malah kekuatan emosi paling penting. Sebab kita akan berdepan dengan hati dan perasaan orang lain.

sama tak dengan gambar muslimat kat atas (^_^)..pelajar-pelajar saya yang paksa pegang baby ni..ntah anak siapa mereka rembat..


Sungguh saya tidak dapat ulas panjang tajuk ni. Sekadar perkongsian dari pengalaman yang saya dapat. Jika hendak mengulas dari persepsi diri saya sudah tentu saya tidak dapat sebab saya tidak berada di alam perkahwinan lagi.

Teringat wacana bicara wanita yang pertama saya pernah buah yang bertajuk Pengurusan Rumahtangga : Peranan wanita dari persepsi anak, isteri dan Ibu.

Sewaktu saya berbincang dengan ustazah mengenai tajuk tersebut di rumah beliau. Saya bertanya...

"Ustazah susah ke jadi isteri dan ibu?"..

" Tak susah dik. Bila kita kahwin maka jadi isterilah kita. Bila kita ada anak maka jadi ibulah kita..apa yang susah? senang je" balas beliau. Dia tahu saya kurang berpuas hati dengan jawapan tersebut.

"Dik, dengar sini.. Tak susah jadi isteri dan ibu..tapi sangat susah untuk menjadi isteri dan ibu yang BAIK"..sambung beliau...

Kini saya mengerti...

Dunia kini..

" Teruk betul la sekarang." bebel Hafizuddin , yang juga merupakan guru pelatih disekolah saya.

"Nape,judin tiba-tiba mu duk bebel sorang-sorang ni" tanya saya. " takdok la, ni berita hari ni.., seorang pelajar tingkatan tiga di rogol bergilir-gilir oleh 15 orang lelaki." Maklum beliau bersungguh-sungguh sambil matanya melihat laptop.

"Macam-macam kes sosial sekarang ni" ulas beliau lagi. Guru-guru praktikal yang lain khusyuk mendengar penjelasan beliau yang persis gaya seorang YB yang risau akan masalah rakyatnya.

"Mu ada baca tentang kes budak kecil meninggal sebab gewe mok dia" tanya saya pada beliau. Sengaja untuk bincang isu semasa dengan yang lain.

"Mesti lah baca, Gila sungguh. Dah anak meninggal. Pastu mok dio pulak hamil. Lepas tu cakap tu bukan anak teman lelaki. Pastu anak siapa? Dia dah lama bercerai. Teruk sungguh" Ulas Hafizuddin lagi.

"Cerita apa pulak tu, tak tau pun" tanya cikgu praktikal yang lain. Mungkin yang lain tidak membaca cerita itu. Jadi mereka agak terawang-awang bila kami berbincang dua tiga kes sosial yang berlaku di negara ini.

"Ni mesti kes tak tengok berita atau baca paper ni" usik Fikri sambil menggelengkan kepala.

Saya menerangkan semula kes-kes yang berlaku semenjak dua menjak ini. Alhamdulillah walaupun berjauhan dengan sahabat-sahabat seperjuangan, Allah kurniakan saya sahabat-sahabat sepraktikal yang sentiasa suka berbincang. Hafizuddin merupakan seorang blogger yang sangat aktif selalu suka membawa isu-isu semasa dan suka berbincang. Sekurang-kurangkan bila 'free time' otak kami berfikir dengan perbincangan yang sihat.

Itulah realiti keruntuhan moral pada hari ini. Bagaimana seorang pelajar yang berumur 15 tahun boleh ikut lelaki yang baru dikenali. Natijahnya lihat la kesannya. Saya terfikir apa perasaan 15 orang lelaki tersebut. Seronokkah mereka? Bahagiakah mereka? Sungguh tidak melampau saya katakan mereka persis binatang yang sangat gelojoh, hanya ada nafsu tapi sudah hilang kewarasan akal !!

Jika lihat kes adik Humairah yang diterajang oleh teman wanita ibunya. Akhirnya anak yang tidak bersalah menemui ajal. Manakala dalam rahim ibunya, terbentuk satu janin yang tiada dosanya tapi akan dilhirkan ke dunia atas dosa dan nafsu ibu dan ayahnya.

Saya bagitahu Hafizuddin " Kenapa tidak kahwin terus. Pelik sungguh. Kalau dah halal nak buat apa pun tiada masalah. Kalau tidak ada duit, dah ada tanggungjawab sama-samalah cari. Rezeki perlu usaha"

"Ntah la jaa"..jawab beliau. Seakan-akan tiada ayat lagi untuk dikeluarkan.

" Alah, geram sungguh. Kalau timbul kes macam ni mulalah perempuan nak disalahkan. Lelaki tu bukan nak sedar" Celah seorang kawan saya yang lain.

"Perempuan yang tidak menolak." balas yang lain pula..

"Tidak ada siapa yang salah, lelaki ke perempuan ke. Sama. Kalau dua-dua pandai fikir tak jadi macam ni" Sampuk saya, sengaja mententeramkan keadaan. Semua diam, tanda setuju.

Tapi betul. Masing-masing kena sedar. Perempuan kena sedar tanggungjawab mereka untuk tutup aurat dan jaga pandangan. Lelaki juga begitu.

Semalam. 5 mac 2010 merupakan cuti peristiwa sekolah saya disebabkan 4 mac 2010 Hari Sukan Tahunan. Saya adakan kelas tambahan dengan kelas 4 Teknik di makmal komputer. Saya sengaja hendak menggunakan komputer hari itu. Alhamdulillah ramai yang hadir. Pelajar yang selalu tidak hadir kelas juga hadir. Sungguh-sungguh saya pesan pada dia untuk hadir. Dan Alhamdulillah dia hadir. Terharu saya.

Diakhir pembelajaran saya tunjukkan mereka video. Satu tentang ibu dan satu tentang sahabat. Semua pelajar diam. Saya tahu mereka tersentuh dengan video itu.

" Anak-anak cikgu. Memang selama kita kenal tidak pernah cikgu marah kamu. Tidak pernah sekali. Itu kamu tahu kan? Anak-anak, bila kamu degil cikgu tegur kamu. Kamu perasan kan, walaupun ada antara kamu tidak datang kelas tapi cikgu sentiasa sebut nama kamu. Kamu tahu kenapa? Cikgu sayangkan kamu. Cikgu selalu sebut-sebut nama kamu bukan sengaja. Itu doa cikgu untuk kamu. Kamu lihatkan video tadi. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Anak-anak, kamu umpama permata buat cikgu. Tiada yang lebih. Semua sama bagi cikgu. Mungkin setengah dari kamu berfikir, kenapa aku harus rajin sebab aku memang tak pandai..Kenapa anak-anak berfikiran sedemikian...Ingat kamu semua anugerah dari Allah ke dunia ni...Cikgu berdiri di depan bukan sekadar nak ajar sains..Cikgu akan berbangga dengan kamu suatu hari nanti jika kamu berjaya..tapi kamu kena ingat..Jika kamu menjadi Doktor yang berjaya, arkitek yang berjaya tapi kamu tidak berguna pada masyarakat..pentingkan diri sendiri...itu akan buatkan cikgu sedih, sebab cikgu sudah gagal mendidik kamu menjadi manusia berguna walapun kamu berjaya pada kaca mata manusia" Mereka diam seribu kata. Saya sambung lagi..

"Ada dengar kes seorang pelajar perempuan di rogol 15 lelaki" mereka gelang Pelajar perempuan terlopong mulut. Muka berkerut.

Saya beralih ke pelajar lelaki...

"Anak-anak cikgu, cikgu nak tanya. Kalau la yang kena rogol tu adik kamu. Agak-agak kamu cari tak 15 orang lelaki tadi" tanya saya..

"Cikgu bukan kata 15 orang. seorang pun kami belasah sampai lunyai" balas meraka.

Alhamdulillah mereka faham maksud yang saya nak sampaikan.

"Boys and girls, cikgu tidak mahu campur urusan peribadi kamu. Cikgu tak nak tanya samada kamu ada bercouple ke tak. Tak guna jika kamu mengaku depan cikgu. Kamu mungkin boleh menipu cikgu. Sebab perasaan 'suka' , 'cinta', 'sayang' itu hadir tanpa kita sedar. Cuma satu benda cikgu nak pesan. Jaga diri kamu baik perempuan mahupun lelaki. Kamu sudah besar. Boleh berfikir. Ingat, seorang manusia itu tidak akan melalkukan kejahatan jika dia berada dalam keimanan...Ingat pesanan cikgu. Mungkin nanti bukan cikgu lagi yang akan berdiri disini lagi untuk bercakap dengan kamu. Kita belum pasti ada lagi ke tidak peluang kedua..

." Ingat dalam hidup kita jangan tinggal apa?

"SOLAT DAN DOA CIKGU" jawab mereka.

Mereka sudah sedia maklum jawapan itu. Saya sudah latih mereka di hari pertma saya masuk kelas...Sungguh merekalah pelajar merekalah kawan...

Saturday, February 27, 2010

Ya Rabb berkati Umurku..

Alhamdulillah , hingga detik ini segala nikmat Allah masih lagi kita kecapi walaupun kita sering menidakkan perintahNYA. Moga dosa-dosa kita sentiasa diampunkanNYA dan taubat kita diterimaNYA.

Masih tidak terlambat untuk saya ucapkan salam Maulidur Rasul. Alhamdulillah masih kita ketemu tarikh itu. Moga kita sentiasa menghayati sirah kelahiran , kehidupan dan pemergian Baginda Rasulullulh.

moga diriku seperti mawar berduri ini

Hari ini 28 Februari 2010, genap umur saya 23 tahun. Syukur ke hadrat Ilahi. 23 tahun yang lepas, usai azan zohor maka berkumandanglah tangisan seorang bayi permpuan. Itulah saya , Norhafizawati. Kelahiran saya amat menggembirakan seluruh ahli keluarga kerana saya puteri tunggal yang lahir dalam keluarga itu. Tersenyum bila mengimbau cerita kelahiran saya. Mak kata, dia dan ayah sangat terkejut lihat saya waktu itu. Kulit dan wajah saya merah sangat-sangat. Macam udang kena rebus. Biasanya bayi berkulit gelap ataupun cerah, tapi saya warna merah. Suatu hari pernah saya tanya mak. Orang kata anak yang lahir waktu zohor ini degil dan keras hati. Mak senyum pada saya. Dia kata, tidak semestinya. Semuanya bergantung pada individu dan didikan. Saya tersenyum mendengar jawapan mak (^-^).

Malam tadi, usai mahgrib saya berdoa pada Allah. Mohon Allah berkati usia saya. Saya tidak boleh menipu, air mata saya menitis setiap kali patah perkataan yang saya lafazkan dalam doa itu. Semua perkara bermain-main dala fikiran saya. Teringat setiap dosa yang dilakukan. Teringat setiap nikmat yang tidak disyukuri. Hati merintih, dimanakah tempat saya disisi Allah. Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku.

Malam tadi juga saya menelefon ayah, tapi tidak sempat bercakap panjang sebab ayah ada hal. Tidak juga saya maklumkan pada dia yang hari ini hari kelahiran saya. Cuma dua tiga hari lepas ada saya sembang dengan ayah...

"Ayah, Ahad ni hari jadi ja yang ke 23..Yah, ja nak ayah tahu anak ayah dah besar. Bukan anak kecil lagi. Anak ayah dah habis belajar di UPSI. Ayah, anak ayah dah makin dewasa"..

Waktu tu ayah diam sediam-diamnya. Mungkin ayah baru tersedar yang saya bukan anak kecil lagi. Mungkin ada perasaan hiba dalam hati ayah. Cepat-cepat saya melawak, tidak mahu ayah bersedih. Saya berjanji akan menelofon mak dan ayah lagi. Saya nak minta maaf jika ada buat kesilapan selama 23 tahun kehidupan saya. Saya nak ucakapkan terima kasih kerana besarkan saya.

Tadi saya menghantar mesej pada abang long, abang ngah dan abang chik...Air mata saya menitis bila mesej itu selamat di hantar:

" Salam, abang-abang saya. Hari ini hari lahir saya yang ke 23 tahun. Besar sudah adik abang-abang ni. Bukan hadiah lagi yang saya minta. Cuma saya minta doa dari abang-abang saya setiap kali selepas solat kalian"...

Saya tidak boleh menyeka air mata. Mungkin pembaca pelik kenapa saya menitis air mata setiap kali berbicara hal keluarga. Ada sebab. Biarlah Allah yang tahu sebabnya...

Malam tadi housemate saya mendekati saya. Dia ingin bersembang dengan saya. Entah kenapa mengenali dia hanya hampir sebulan lebih terasa macam bertahun-tahun kami kenal. Begitu juga dia. Dia senang bercerita masalah dia pada saya. Banyak yang kami sembang dan bincangkan...Akhir perbincangan dia sempat nyatakan sesuatu. Pilu hati saya..

"Jaa, jaa sangat risaukan keluarga jaa??Jaa sangat sayangkan mereka??Saya dapat rasa....Perjalanan hidup ja tidak seperti orang biasa. Saya terasa macam berada di dalam novel bila mendengar kisah jaa..tp kisah saya tiada yang menarik, kisah hidup saya macam orang kebanyakkan"..

Saya senyum. Mata saya berkaca.Menahan sebak...

Hasrat

Terlalu banyak hasrat dalam hidup manusia. Cuma satu hasrat seorang yang amat saya kagumi berat untuk saya tunaikan. Banyak kali dia minta kebenaran pada saya untuk laksankan hasrat itu. Dan setiap kali itu saya meminta dia menangguhkan. Kini dia sudah pergi. Pergi yang tidak akan kembali. Dan setiap kali teringatkan dia, saya rasa bersalah dan bercambaur perasaan. Bila ada orang memberitahu saya tentang hasrat itu, bukan saya tidak tahu tapi saya pura-pura tidak tahu. Saya masih memerlukan ruang untuk mencari petunjuk. Bukan tidak redha dan tidak rela dengan permintaan diakhir hayatnya namun saya amat takut. Takut diri ini tidak mampu. Namun, saya tahu doa dia untuk saya sempurnakan hasrat itu masih saya terasa hingga ke saat ini. Sebab utama berat saya untuk melaksanakannya ialah ianya melibatkan jiwa lan jasad lain..Jika hanya melibatkan jiwa dan jasad saya mungkin saya rela, tapi bila mengigati jiwa dan jasad orang lain, itu yang terasa amat berat..Sungguh, setiap petanda yang Allah datangkan pada saya buatkan saya sebak. Sentiasa buatkan saya muhasabah diri. Terasa pada satu masa sakit sangat nak pikul. Ada satu masa berat sangat. Dan ada satu masa saya rasa tenang setenangnya. Tenang kerana dengan kehadiran ujian ini hati ini rasa lembut untuk mengadu padaNya.

Saya pendam dalam-dalam persoalan ini. Tidak mahu saya mengadu pada manusia. Biarlah Allah yang tahu. Cuma, ada seorang insan yang tahu akan hakikat hasrat itu. Insan yang ingin sangat untuk menunaikan hasrat sahabat saya dan juga sahabatnya yang telah pergi bertemu KEKASIHnya.Insan ini tidak putus-putus mendoakan untuk saya. Kata-katanya persis kata-kata sahabat saya yang telah pergi. Ingat ayat terakhir dia..
"moga ukht sabar dan tabah menghadapi ujian ini. Ujian itu menandakan Allah kasih pada ukht. Doa jangan putus..Moga Allah bagi petunjuk pada ukht"

Adakah perlu saya memberi jawapan??? Allah berilah petunjuk padaku. Berilah jawapan pada persoalan yang Engkau berikan padaku. Jika aku insan yang kau pilih mudahkanlah. Berilah aku kekuatan. Sungguh aku serahkan padaMu...Peliharalah semuanya....Aku tidak mampu jika Engkau jauh dariku Ya Allah..

Ingat bait-bait terakhir aku nyatakan pada sahabatku sewaktu hayatnya...

Ya akhi,
Jika ada yang bertanya siapa ana nyatakan saja:
ana bukan ahli ibadah yang tekun beribadah..
Ana bukan orang yang alim yang penuh ilmu di dada
Ana tiada kecantikan untuk menawarkan kecantikan
Ana tiada harta untuk infakkan
Ana tiada sejarah daripada keturunan yang hebat..
Ana cuma insan biasa yang cuba menjadi yang terbaik..


p/s: Bukan hadiah yang kudambakan..bukan juga ucapan yang aku dambakan...Tp aku dambakan doa kalian...Terima kasih pada sahabat-sahabat yang menghantar mesej (^-^)

Friday, February 26, 2010

Akhirnya...

Alhamdulillah..akhirnya saya dapat tatap wajah anak buah saya Nur Amina...Sangat berharap dapat bertemu Alifah dan Amina...Walaupun sekadar menatap gambar, sekurang-kurangnya dapat mengubat rindu.... Gambar ini dihantar ole kakak saya melalui MMS.
Nur Alifah Iliyana dan adiknya Nur Amina..Kak Long dah ada adik sekarang...

Nur Amina...Moga dirimu besar menjadi srikandi yang hebat

Nur Alifah (kak long)..Dah besar kak long..Rindu sangat

p/s: macamana nak ke Felda Chemomoi ni??..huhu..ciksu tunggu kamu berdua kat Tanah Merah je la..

Wednesday, February 24, 2010

Damia Arisya

Damia Arisya.. Baru berumur hampir satu minggu

Alhamdulillah, tahniah buat abang sepupu saya abang Ah dan Kak Ira atas kelahiran pertama hati pertama, Damia Arisya Binti Mohd Hazli. Alhamdulillah sempat saya bergerak ke hospital, tapi tak sempat tunggu Damia dilahirkan kerana berkejar untuk pulang ke Pengkalan Hulu yang tercinta. Saya kira Damia dilahirkan secara normal. Memang keluarga kami amat rapat. Bila balik cuti, saya selalu 'dipaksa' berniaga di kedainya. (^-^) .Tapi banyak pengalaman dapat. Tambah-tambah mengenai hal pengurusan perniagaan. Adik abang Ah iaitu Lina(kakak sepupu) dan Linda (adik sepupu) merupakan teman baik saya dirumah. Merekalah yang selalu menemai saya. Umpama adik beradik kami bertiga. Kalau saya nak pergi dengar kuliah Tok Guru Nik Aziz kat kota Bharu mereka berdua la peneman setia. (^-^)..

Abang Ah dan kak ira waktu kenduri menyambut menantu kak ipar saya baru-baru ni kat rumah .Kesian kak ira di dera olah Ah. Terpaksa bawak hadiah. Waktu ni kak ira sarat mengandungkan Damia.(^-^)

Sangat gembira dengan setiap kelahiran baru. Sebab itu saya akan pastikan setiap kelahiran baru saya akan post dalam blog. Dengan harapan, pembaca budiman doakan yang terbaik untuk "kain putih" yang baru hendak dicorakkan warna dan coraknya (^-^)

p/s:
-InsyaAllah, balik bulan 3 ni, cik jaa akan pergi jumpa Damia...Tapi macam papa Damia suruh berniaga je bulan 3 ni kat kedai..huhu...Bila agaknya dapat jumpa Nur Amina...
-Bila sebut nama Tok Guru Nik Aziz, terlintas satu hasrat..Jika panjang umur, teringin majlis akad nikah saya kelak disempurnakan oleh Tok Guru walaupun tidak tahu bila lagi.