Tuesday, December 2, 2008

A PEARL IN IT'S SHELL

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Pelbagai isu-isu hangat yang keluar sejak akhir-akhir ini.Tidak kira di dada akhbar, televisyen, blog dan sebagainya. Pelbagai respon yang kita terima. Antaranya fatwa pengharaman yoga, fatwa pengkid, isu pembantahan terhadap fatwa yang dikeluarkan, isu mahkamah syariah hendak digabungkan, isu tiga mujahid pengebom bali,isu obama membuat revolusi di US, isu PPSMI, isu sajak kematian dan banyak lagi. Semua itu mendapat liputan meluas. Ada yang setuju dan ada yang membantah.
Dalam saya meneliti setiap isu-isu yang mana ada saya respon secara langsung atau pun tidak, saya terdetik dengan satu isu yang mungkin selalu di bahaskan tetapi kadang-kadang terlepas pandang juga.Dan mungkin juga satu topik yang lapuk untuk dibincangkan iaitu isu AURAT.
Teringat saya, seorang sahabat bertanya..
“ Jaa, awak rasa saya dah tutup aurat ke”
Huh, soalan yang sukar bagi saya untuk dijawab kerana saya bukan seorang yang alim tentang aurat malah saya bukan seorang yang hebat untuk mengulas tentang itu. Bukan dia seorang yang bertanya malah ramai yang bertanya perkara yang sama.
AURAT?? Apa maksudnya? Adakah orang yang bertudung labuh sahaja yang dikira menutup aurat??atau orang yang berkupiah sahaja?seperti saya katakan tadi saya bukan orang yang alim untuk mendefinasikan aurat. Cuma apa yang saya pegang AURAT wajib di tutup.
Apa maksud aurat ?
-Sesuatu yang seorang merasa malu jika ia terdedah
-Sesuatu yang dipandang tidak baik apabila terdedah
-Bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi dari pandangan orang lain.
BATASAN AURAT LELAKI
Mazhab Syafi'e menurut pandangan terkuatnya membataskan bahagian-bahagian badan yang dianggap aurat pada lelaki ketika sembahyang iaitu yang terletak di antara pusat dan lutut.
BATASAN AURAT WANITA
Batas aurat wanita pula ialah seluruh badan bagi wanita bebas kecuali muka, dua tapak tangan di bahagian atas dan bahagian bawahnya.
Malah terdapat perbezaan pendapat dikalangan para fuqaha iaitu dari segi batasan-batasan aurat. Namun seperti yang saya katakan saya bukanlah orang yang tepat untuk membicarakan perbezaan itu. Cuma para ulama tidak berselisih pendapat tentang penutupan aurat itu adalah WAJIB.
Antara dalil menutup aurat ialah:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah An Nur: ayat 31)

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al Ahzab: ayat 59)

Berbalik pada persoalan sahabat saya tadi ‘ADAKAH SAYA SUDAH TUTUP AURAT’?
Skala atau penanda aras yang bagaimana saya harus bagi padanya. Bimbang takut diri yang memberi pembaris ini juga masih tidak lurus. Cuma teringat saya akan satu emel yang pernah saya emelkan pada seorang sahabat. Tanya saya, bolehkan wanita pakai jeans? Sahabat saya menjawab dengan simple dan jawapan itu saya jadikan skala pengukur untuk saya muhasabah diri saya..
Ini jawapan sahabat saya:
ada 6 syarat tutup aurat (ini adalah definasi ulama terhadap maksud perkataan hijab for men n women bdasarkan quran n hadis):
-tidak jarang
-tidak ketat
-tak pakai pakaian yg melambangkan jantina lain
-tak pakai pakaian yg melambangkan agama lain
-cukup tutup bahagian yang wajib cam laki pusat hingga lutut
-tidak terlalu menyerlah sehingga boleh tarik perhatian jantina lain cam baju lip lap yang artis selalu pakai tu..so kalu jeans anda menepati syarat ini, xde masalah. silakan..
Harap entry ini dapat jadi panduan pada kaum wanita terutamanya.Dan tudung labuh bukan skala pengukur untuk mendefinisikan tutup aurat cuma lagi cantik jika yang cantik dicantikkan lagi..Maaf jika pengolahan ayat tidak begitu baik. Saya bukan yang alim untuk membicarakan bab ini. Cuma saya cuba sampaikan apa yang saya tahu dan sekadar berkongsi.Wallahua’alam.


NORHAFIZAWATI BINTI MAHMAD ROZALI
EXCO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH
MPP UPSI 08/09

p/s: so kalu jeans anda menepati syarat ini,xde masalah.silakan..bagi saya ini bukan statement membenarkan pemakaian jeans..tapi statement yang mendalam maksudnya

No comments: