Saturday, July 11, 2009

Yang Tepat dan Terbaik!

Alhamdulillah.
Itu yang terbaik dan itu yang tepat!
Sudah lama masyarakat menunggu saya kira keputusan ini. Akhirnya kerajaan akur untuk memansuhkan PPSMI pada 2012.
Ini saya kira untuk kepentingan rakyat dan generasi muda kelak. Saya selaku mahasiswa berharap tiada sebarang unsur yang berbaur politik dengan pengunduran ini.
Saya pasti, ramai guru akan berasa lapang dengan keputusan ini. Begitu juga pelajar.
Hampir 14 hari di kampung sewaktu cuti semester baru-baru ini, sempat saya bersembang dengan sepupu saya dan isterinya. Sepupu saya dan isteri merupakan guru Felda Selancar, Rompin Pahang sudah tentu peka dengan isu ini. Bagi mereka sukar untuk menyampaikan sukatan pelajaran dalam Bahasa Inggeris. Jika dulu seronok mendapat alaun, lama kelamaan timbul perasaan penat kerana perlu menghadiri kursus-kursus. Mana mungkin kursus-kursus yang singkat mampu melahirkan guru yang terus mahir menyampaikan content dalam Bahasa Inggeris. Itu orang yang terdekat dengan saya. Belum termasuk guru-guru lain yang sempat saya berbincang mengenai hal ini.
Kita sendiri tahu akan hasil setelah pelaksanaan PPSMI ini. Pelbagai aspek perlu dikemaskan sebelum dasar sebegini ingin dilaksanakan. Sebagai contoh Infrastruktur di sekolah pedalamn yang masih ada yang terlalu daif.
Jika pemansuhan ini dilaksanakan secara berperingkat,alangkah bagusnya jika dulu sebelum dilaksanakan juga dikaji secara berperingkat.
Apa-apa pun semoga keputusan ini memberi kebaikan bersama dan semoga kebajikan rakyat terus terpelihara.
Tahniah saya ucapkan kepada aktivis-aktivis yang sentiasa tegar memperjuangkan pemansuhan PPSMI.

No comments: