Garfield love mess??
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah atas segala nikmat.
I LOVE MESS!!!
Jika di translet bermaksud saya SAYA SUKA SERABUT/HURU HARA. Saya secara peribadi terasa kelakar bila merenung kembali tajuk ini. Ini bukan datang dari saya, tapi anak buah saya minta saya ulas. Sudah lama dia minta saya mengupas tajuk ini tapi saya tidak boleh kerana SAYA TIDAK SUKA SERABUT, HURU HARA, KELAM KABUT dan sewaktu dengannya. Kerana saya bukan dan kalau boleh tidak mahu messy kan diri saya.
Namun, bila saya fikirkan secara mendalam, ada maksud yang terselindung yang anak buah saya
nak saya selami. Saya membelek-belek koleksi-koleksi buku saya. Dari jenis ilmiah, haraki, siasah, motivasi namun tidak juga saya jumpai buku yang mengulaskan tajuk ini. Paling tidak buku yang berkaitan sedikit sebanyak. Atau saya perlu membaca semula kesemua buku-buku tersebut nak mencari sesuatu sehingga saya boleh mengupas tajuk ini mengikut perspektif saya mengenai tajuk ini. Jika ada antara anda memepunyai idea bolehlah berikan pendapat. Penulisan entry ini akan disambung bila saya jelas maksud tersirat dan tersurat tajuk ini.
Disebabkan saya menulis entry ini pada waktu dhuha ingin saya sisipkan doa ini untuk tatapan dan rennungan bersama:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha
itu adalah waktu Dhuhamu, kemegahan ini adalah kemegahanmu, keindahan ini adalah
keindahanmu, kekuatan itu adalah kekuatan mu, kekuasaan itu adalah
kekuasaanmu dan perlindungan itu adalah
perlindunganmu.
Ya Allah, sekiranya rezeki masih
dilangit,turunlah, sekiranya berada di perut bumi, kau keluarkanlah, sekiranya
sukar, mudahkanlah, sekiranya masih haram,kau halalkanlah, sekiranya jauh,kau
dekatkanlah dengan berkat waktu Dhuha,kemegahan,keindahan,kekauatan,kekuasaan
dan perlindunganmu.
Limpahkan kepada kami sebagaimana
yang telah kau limpahkan kepada hambamu yang soleh
p/s: Pada adik Na dan Aini, akak minta maaf tidak dapat lagi menulis satu penulisan yang baik tentang tajuk "I LOVE MESS" buat detik ini. InsyaAllah task ini akan cuba akak selesai. Secara kasarnya akak tidak bersetuju dengan tajuk ini sebab tidak kena dengan jiwa akak, tapi jauh di sudut hati, akak mengakui ada sesuatu yang akak boleh kongsikan melalui tajuk ini kepada pembaca. Tetapi bukan sekarang. Izinkan akak untuk menambah tempoh masa untuk akak mengulas tajuk ini.
2 comments:
Assalamualaikum warahmatullah...
its ok kak..
u already wrote "sumthin" about i love mess...
u wrote dat its not u who love mess...
this will for sure make me know u better.. i mean u already highlighted that u r a person who really don't love mess...
no need to wrote more.. my ta'aruf n tafahhum mission on u is one step forward...
very thankful to know u sis..
may u always be in Mardhotillah..
Wsalam dik..
Yup u are right..
sangat sukar untuk menulis bukan sesuatu yang tiada pada diri kita..
Yes, i'm relly don't like mess..
Tapi itu xbermakna kak menolak terus..
Itu diri akak..
Tapi akak agak amat berpegang yang setiap manusia itu ada lebih ada kurang..
Akak juga amat berpegang yang menerima dan memandang kekurangan seseorang itu sebagai satu kelebihan dia dan melengkapi kekurangan tersebut akan membuatkan kita bahagia dan tenang..
Akak juga amat berpegang mencari dan mengkagumi kelebihan seseorang akan membuatkan kita sakit dan terluka sebab kita akan sentiasa mengharap kita diraikan..
Itulah erti hidup pada memberi..
Akak bukan seorang yang suka kan kesempurnaan..sebab akak amat percaya kesempurnaan itu akan hadir jika kita saling melengkapi kekurangan dan kelebihan y ada..
Jadi akak ok je..hehe
Terima apa sekalipun y ada disekeliling kita dengan redha dan lapang hati..itu aturan y terbaik Allah tetapkan..
Na, jadi muslimah dan mujahidah yang hebat iya??
La TAQHAF ye dik u mara...
Post a Comment