Banyak perkara yang berlaku dalam masa seminggu dua ini. Rasa terlalu perit kadang-kadang. Terluka, sedih, terkilan, bercampur baur. Banyak perkara yang kadang-kadang diluar jangkaan berlaku. Betul, kita merancang namun Allah berhak menentukan segala-galanya kerana DIA sebaik-baik perancang.
Setiap manusia itu tidak pernah sempurna. Manusia, makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna, namun manusia juga merupakan makhluk yang paling sombong saya kira. Manusia selalu meminta-minta namun tidak pernah bersyukur malahan selalu merungut. Lagi teruk, manusia selalu menolak apa yang terkandung dalam Al-Quran. Kenapa ini berlaku? Satu lontaran saya lontarkan untuk santapan minda saya dan pembaca sekalian.
Prinsip
Setiap manusia mempunyai prinsip. Ya, prinsip. Namun biarlah prinsip yang kita pasakkan dan pacakkan itu selari dengan tetapan yang Allah tetapkan dan mestilah berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Satu lagi lontaran saya ingin lontarkan. Apa salahnya jika memilih bertudung labuh? Berdosakah orang bertudung labuh? Apa salahnya jika orang bertudung labuh tidak mahu melakukan tarian poco-poco atau chicken dance dengan kehadiran lelaki? Salahkah mereka?
Saya cukup sedih. Cukup kecewa. Cukup terluka. Adakah iti dikira tidak open minded? Atau tidak up to date? Atau tidak sporting? Namun kenapa orang bertudung labuh dipandang serong? Adakah berlaku kepincangan aqidah bila bertudung labuh? Adakah orang bertudung labuh adalah pembangkang ? Jika ya pembangkang sekalipun, apa salahnya? Berdosakah? Masing-masing ada ideologi masing-masing. Nah, silakan berideologi masing-masing. Nak berideologi baratkah, berideologi Karl Mark kah. Terpulang.Tapi bagi saya, saya tetap menghormati sesiapa sahaja selagi mereka menghormati dan menerima saya.
Ya, tidak dinafikan tidak semua bertudung labuh itu baik. Tidak semua bertudung labuh itu tinggi sahsiahnya. Begitu juga sebaliknya. Saya tidak pernah melabel orang tidak bertudung labuh mahupun free hair itu jahat. Malah saya tidak melabelkan orang bertudung labuh itu baik. Kebaikan itu bukan terletak pada tudungnya. Keikhlasan tiada kayu ukurnya. Malah saya mempunyai ramai kawan yang free hair dan tidak bertudung labuh. Dan saya juga berkawan dengan orang bertudung labuh.Saya tidak menyingkirkan mana-mana pihak mereka. Saya menerima mereka seadanya dan meraikan mereka. Begitu juga mereka.
Syurga atau neraka? Pahala atau dosa? Siapa kita untuk menilai? Banyak sangatkah ilmu kita jika kita kata “ kamu berdosa dengan aku”. “ Kamu berhutang dosa dengan aku”. “ Diakhirat sana kamu tahu lah nanti balasan”. Cukup sedih saya. Kita hamba. Layakkah kita menghukum manusia lain ? Siapa kita hendak menentukan dosa pahala orang lain. Hukum dalam Islam adalah hak Allah s.w.t sahaja yang tiada kompromi. Yang halal adalah apa yang dihalalkan oleh Allah dan RasulNYA. Dan yang haram ialah apa yang ditetapkan oleh Allah dan RasulNYA.Dan saya tidak sesekali berkompromi dengan sesuatu yang Allah tidak suka dan diharamkanNYA.
“ Hukum itu hanyalah milik Allah sahaja”
(Surah al-An’am:57)
Jika kita jelas dengan ini saya kira tidak akan ada orang yang akan melakukan hiburan yang melampau, dan tidak timbul soal buka atau tutup aurat dan sebagainya.
Satu benda yang ingin saya pacakkan disini. Jika kita ingin tahu prinsip kita itu betul atau tidak,cuba tanya diri kita, “kita bertuhankan siapa?”. Allah atau siapa? . “Dan tanya diri kita hidup kita berlandaskan, bersumberkan dan berkitabkan apa?”. Al-Quran dan As-Sunnah kah? Atau berkitabkan AUKU? Scan semula diri kita dan jawapan ada pada diri kita. Jangan bincang pasal sombong dengan manusia jika kita sombong dengan Pencipta. Jangan bincang tentang bodoh jika kita malas untuk bijakkan diri kita dengan mendekatkan diri kita dengan Pencipta. Kenapa manusia lain memberontak dengan kita? Renung-renungkan bersama. Moga semua dalam lindunganNYA. Buat renungan:
(Surah Al Ahzab: ayat 59)
Sungguh, diam itu lebih baik. Diam itu bukan bererti pengecut atau bacul mahupun bodoh.
Jadilah pendengat terbaik. Kurangkan bercakap-Dr Azhar Yaacob
p/s : Mahasiswa UPSI sila baca Berita dari bahagian akademik xi. Terima kasih buat sahabat saya Aqilah atas maklumat ini. Dan maaf atas kelewatan link seperti yang dijanjikan. Hampir seminggu terlewat. Moga rahmat Allah mengiringi anda semua
No comments:
Post a Comment