Monday, June 22, 2009

Solehahkan dirimu dahulu Hawa



Pesanan Buat Muslimat (Kaum Wanita)

Tidak layak rasanya diri ini untuk memberi memberi ulasan. Sungguh bidang saya adalah pendidikan Biologi. Bukan Pendidikan Islam malah bukan juga pakar dalam fiqh munakahat untuk berdiskusi tentang ini.

Banyak soalan yang ditanya dan diterjah oleh sahabat-sahabat. Mungkin portfolio kerohanian yang saya pegang menyebabkan mereka bertanya. Atau mungkin usia yang meningkat menyebabkan kaum Hawa mula risau. Namun soalan itu menyesakkan otak saya malah menakutkan saya. Antaranya:


“ Akak, bagaimana preparation kita sebelum kita melangkah masuk alam rumah tangga?”

“ Em, apa pendapat awak dengan poligami? Saya tidak sanggup jika suami saya begitu kelak”

“Em, bagaimana hendak menjaga hubungan sewaktu bertunang?”

“Bagaimana kalau jodoh sampai sewaktu belajar?”

“Bagaimana hendak menjaga ikhtilat (perhubungan) dengan kaum adam kak ?”

“ Dah tutup auratkah saya?”

Begitulah antara soalan-soalan yang diterjah. Belum termasuk soalan berkaitan hukum agama. Saya faham, fikiran wanita itu terlalu rungsing dan ingin kesempurnaan dan ingin menjadi sempurna. Mungkin agak berbeza dengan lelaki.

Namun, apa yang harus saya jawab dengan soalan di atas? Preparation rumahtangga bagaimana saya harus sampaikan? Sedangkan saya tiada pengalaman untuk itu. Sekadar teori yang sedikit yang belum dipraktikkan. Bagaimana harus saya merespon isu poligami ? Islam membenarkan namun saya faham wanita mana sanggup berkongsi. Soal bertunang. Saya tidak pernah bertunang malah tiada calon tunangan untuk berbicara soal itu. Ikhtilat? Siapa saya untuk berbicara hal itu. Tidak semua orang suka cara saya malah ada yang tersalah sangka dengan saya. Aurat? Sempurnakah saya untuk berbicara pasal aurat? Takut saya untuk menjawab. Dengan sedikit ilmu yang ada tidak memadai untuk menjawab soalan ini. Sudah tentu saya merujuk ustazah dan ustaz yang lebih pakar untuk menjawab soalan-soalan ini.

Wahai kaum hawa yang dicipta sangat indah. Siapa pun anda, saya pasti semua muslimat itu cantik. Tidak perlu risau wahai kaum hawa. Tidak perlu khuatir tentang siapa yang akan menjadi Adam anda kelak. Jangan terlalu inginkan kesempurnaan kerana manusia itu tidak sempurna. Wahai muslimat pasakkan dalam dirimu bahawasanya jika kamu inginkan yang soleh, jika kamu inginkan ustaz, jika kamu inginkan yang penyayang dan sebagainya, pacakkan dalam diri anda untuk menjadi Hawa yang paling solehah. Sediakan dirimu yang terbaik dan sesolehah yang mungkin kerana wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaiknya. Cantikkan hatimu, aqidahmu, akhlakmu dan ibadahmu wahai Hawa. Jadikan zikir peneman dan qiamullail penguat diri. Doakan biarlah jodoh itu datang tepat masanya dan pada tika diri anda bersedia bukannya jodoh itu dicepatkan tanpa keadaan anda belum bersedia. Janganlah terlalu memikirkan baikkah dia, solehkah dia dan soalan yang cukup panas dimadukan atau tidak. Ingat muslimat, poligami atau tidak itu jodoh. Dan kaum Adam juga perlu sedar yang ini bukan perkara main-main yang boleh dijadikan bahan untuk menjadikan kaum Hawa menjadi rungsing. Banyak angle lagi muslimat perlu tahu. Yang penting jadilah sebaik-baik wanita penghias dunia. Ingat, binalah Baitul Dakwah yang akan sentiasa subur dengan tarbiyah, dakwah dan nur Islam.

Diharap perkongsian ini memberi semangat kepada kaum Hawa, khususnya pada diri sendiri. Diharap entry ini dapat menjawab keserabutan bagi bertanyakan soalan. Muslimat perlu sedar yang kita juga pemikir dan kita sayap kiri kepada Adam. Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia! Jadikan ilmu sebagai budayamu. Doakanlah moga anda berjumpa dengan pemimpin anda sebagaimana Nabi Adam dan Hawa bertemu di Jabal Rahmah. Saya doakan yang terbaik untuk semua dan kepada penanya-penanya soalan. Wallahua'alam.


p/s: InsyaAllah awal semester depan Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPP dengan anjuran dan kerjasama Pusat Islam UPSI akan mengadakalan Kuliah Nisa'. Pengisian yang mengcakupi pelbagai angle ilmu rumahtangga, perundangan, kesihatan dan kebersihan serta pengisian berkaitan aqidah, sirah, fiqh wanita dan tafsir. Moga Allah permudahkan melancarkan program ini kelak. Objektif cuma satu ingin lahirkan Hawa yang cintakan ilmu dikalangan staf dan mahasiswi khususnya. Terima kasih kepada ustazah-ustazah yang membantu menjadi tenaga pemikir untuk saya.

No comments: