Sunday, August 9, 2009

ISA

Alhamdulillah rasa terpanggil untuk mengulas isu pemansuhan ISA. Sungguh negara dikejutkan dengan demonstrasi yang dijalankan di ibu kota baru-baru ini yang dicanang-canang "perhimpunan haram". Tidak kira apa sekalipun istilah yang dinamankan, bagi saya terpulang pada hak individu.

Mentaliti penduduk kampung yang tidak tahu apa-apa menggerunkan saya kerana meraka hanya menilai melalui saluran televisyen, radio dan surat khabar. Macam-macam pendapat. Ada yang mencemuh tentang itu, ada yang menyokong. Mereka tidak tahu apa yang terjadi disana. Penilaian melalui televisyen tidak cukup bagi saya.

Saya selaku mahasiswa beranggapan sudah masanya perkara ini dibincangkan secara ilmiah. Bukan untuk dipolitikkan saya kira kerana mahasiswa inilah merupakan peneraju negara kelak. Jika isu-isu kezaliman ISA yang digembar gemburkan tidak benar kenapa ianya sering kali dibangkitkan. Masakan pokok boleh bergoyong begitu sahaja.

Bagaimana perasaan seorang ibu yang kehilangan anak tanpa punca. Punca yang entah apa yang tidak bukan sahaja tidak mampu malah tidak boleh dibela. Isteri yang kehilangan suami tercinta yang tergantung begitu sahaja. Paling sedih anak terputus belaian manja sang ayah. Huh itukah keadilan.

Semalam abang cik saya menelefon saya. Katanya waktu demonstrasi itu berlangsung dia berada di kota bersama tunangnya dan anak saudara kami. Mereka kesana untuk membeli barang-barang persiapan perkahwinan dia yang akan berlangsung tidak lama lagi. Dia terlupa yang pada hari itu ada demonstrasi. Tiba-tiba dia lihat lebih 10000 orang membanjiri kawasan tersebut.

" Patut pun macam-macam cerita yang digembar-gempur. Ramai sangat"Respon saya sambil senyum.

Abang cik amat memahami maksud "patut" yang saya utarakan. Dia amat faham prinsip adiknya ini. Tidak perlu saya mengulas panjang.Apa yang saya kagum, anak saudara saya. Walaupun dia berada disana secara kebetulan kerana menemani pak ngahnya namun tiada unsur takut pada wajahnya.

" Syamier tak takut ke? Ciksu degar syamier tengok orang ramai ek kat KL hari tu?" tanya saya.Syamier hanya senyum. Maknanya dia tidak ada perasaan takut.Saya sembang lagi dengan umi syamier, kak long.

" Kak, dengar kata syamier terserempak dengan orang demonstrasi ek hari tu. Dia takde cerita apa-apa ke?"Sengaja saya mahu melihat respon kak long.

"Alah ja, mereka tu nak hantar memorandum. Bukan nak kacau orang. Tapi kadang-kadang media ni besar-besarkan hal ni. Takde apa pun. Mereka bukan cederakan orang pun" Jawab kak long.

Berdiri bulu roma. Satu perasaan kagum pada kak long. Tidak bimbangkah dia dengan berita-berita yang digembarka oleh media? Sungguh kak long faham apa yang berlaku menyebabkan dia tidak risau anaknya kecilnya yang berusia enam tahun berda di ibu kota waktu itu walaupun secara kebetulan. Satu semangat yang saya dapat dari kak long.

Moga nasib insan-insan yang tidak bersalah akan terbela kelak. Betul kata kak long. Buat apa nak takut. Ciksu doakan moga syamier erfan salah seorang pembela bangsa dan agama kelak. Amin. Saya akan bangga jika dia yang akan memegang panji keberanian itu kelak. amin.

p/s: alhamdulillah semalam nenek telah berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Desakan masa yang menghimpit meyebabkan saya sempat berhubung melalui telefon sahaja. Tiada apa saya mampu iringi kecuali doa moga nenek diberi kesihatan yang baik sewaktu menjalani ibadah umrah. Kiriman salam untuk makam Rasulullah dan para sahabat saya kirikman beserta mohon nenek doakan kekuatan untuk saya berjuang di Bumi Allah ini. Permintaan saya pada nenek, bila sampai di Jabal Rahmah, doakan saya bertemu jodoh yang soleh. Nenek gelak sebab dia tahu cucunya sentiasa suka bergurau. Gurauan itu merupakan permintaan walaupun tidak terfikir lagi untuk ke 'alam' tersebut buat masa ini dan banyak lagi perkara saya ingin laksanakan sebelum berubah 'alam'. Bila? wallahualam. Belum masanya.Moga nenek dilindungi Allah. Pesan nenek sebelum berangkat supaya saya belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya. Syukran kathir nek.

No comments: