KELAHIRAN
Kepulangan ke kampung beberapa hari tempoh hari memberi ruang pada saya untuk menziarah sahabat-sahabat saya yang baru sahaja selamat melahirkan anak. Persahabatan yang terjalin semenjak sekolah rendah tetap utu walaupun saya sudah lama bermusafir di negeri orang. Huh, cepat sungguh masa berlalu. Tidak sangka kawan-kwan saya sudah ramai yang berumahtangga dan sudah mempunyai anak. Tempohari sempat melawat dua orang sahabat saya yang selamat bersalin.
Ahlan wa sahlan Mohd Safiuddin B. Mohd Syukri ke dunia ini. Semoga Safiuddin menjadi salah seorang pembawa panji Islam kelak. Ketika saya menziarah, umurnya baru empat hari. Dilahirkan secara normal di Hospital Daerah Tanah Merah (tempat mak melahirkan saya). Alhamdulillah Safiuddin sihat. Kata ibunya (kawan saya), tiada perasaan selain kesyukuran dan kegembiraan yang tidak terkira melihat wajah anaknya. Sakit melahirkan terus hilang apabila menatap wajah anak yang dikandung lebih dari 9 bulan 10 hari.
Ahlan Wa Sahlan juga buat Muhammad Hakimi. Umur Hakimi ketika saya melawat sudah hampir 40 hari. Juga dilahirkan secara normal di salah sebuah hospital swasta di Kota Bharu. Moga Hakimi juga menjadi anak yang baik dan soleh.
Detik-detik kelahiran yang diceritakan oleh kedua-dua sahabat saya sudah tentu menggerunkan saya. Namun jauh disudt hati kecil saya datang satu perasaan insaf. Betapa besarnya pengorbanan ibu. Bertarung nyawa untuk melahirkan kita di dunia ini. Meremang bulu roma mendengar detik kelahiran Safiuddin dan Hakimi.
Kelahiran itu pasti.
Hakimi
saya dan sepupu bersama Safiuddin
KEMATIAN
Berita kematian disana sini kedengaran. Tidak kira sebab kemalangan, sakit mahupun sebab lain. Dulu, kematian akan dikaitkan dengan meningkatnya umur. Kini kita perlu sedar kematian itu tidak kira usia. Jika ajal itu datang menjemput, kita tidak boleh lari kerana kematian itu pasti. Namun cukup bersediakah kita untuk kita menghadapi kematian?
Baru-baru ini negara dikejutkan dengan berita kematian Ustaz Asri Rabbani. Baru hari Ahad lepas saya menonton arwah dalam rancangan Melodi selepas Allahyarham selesai konsert antara dunia anjuran Gamis. Saya amat terkejut dengan berita tersebut. Moga dakwah yang dilaksanakan Allahyarham melalui seni sentiasa mekar dan mendidik jiwa kita semua. Al-Fatihah untuk Allahyarham dan saudara-saudara Islam yang telah menghadap Ilahi. Moga kalian ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman. Amin.
p/s: Tahniah kepada para graduan-graduan UPSI yang telah selesai istiadat konvokesyen baru-baru ini. Moga kalian menjadi guru yang baik untuk mendidik anak bangsa. Tahniah juga pada Kak Huda dan suami, ustaz Ikram kerana baru sahaja selamat diijabkabul. Terima kasih atas kad berwarna pink untuk jemputan kenduri. InsyaAllah saya akan hadir jika tiada aral. Terima kasih atas nasihat dan ingatan yang akak berikan setiap kali kita jumpa, insyaAllah saya pasti ingat. Moga kak Huda dan suami memperolehi keluarga sakinah dan dapat melahirkan mata rantai-mata rantai pejuang Islam.
No comments:
Post a Comment