Saturday, October 24, 2009

APA SALAH MEREKA?

Astaghfirullah! Kejam sangat.
Hanya kata-kata itu yang ligat dalam kepala otak saya bila saya menonton Buletin Utama pada hari Jumaat, semalam (23 oktober 2009-jika tidak silap saya).
Berita melaporkan seorang budak perempuan berusia 8 tahun diculik dan dirogol dengan berumpankan sedikit wang oleh lelaki yang tidak dikenali. Dua orang lelaki menaiki sebuah motor mengumpan seorang budak perempuan dengan sedikit wang (saya lupa jumlahnya, jika tidak silap RM5). Kejadian berlaku di salah sebuah tempat di Selangor.
Apabila kanak-kanak tersebut menghampiri motosikal, kanak-kanak perempuan terbabit di tarik menaiki motosikal. Di pertengahan jalan, penculik tersebut menukar kenderaan dengan menaiki sebuah van dan menuju ke semak samun. Namun di atas kecuaian lelaki terbabit (menghisap rokok-jika tidak silap), kanak-kanak perempuan tersebut berjaya melarikan diri. Kanak-kanak terbabit dijumpai oleh penduduk setempat. Kes tersebut dilaporkan kepada pihak polis dan pemeriksaan di lakukan ke atas kanak-kanak perempuan terbabit dan dia disahkan dirogol.
Saya sebak, sangat sebak. Mangsa dapat ditemubual oleh wartawan. Muka kanak-kanak terbabit dikaburkan. Tapi mangsa petah bercakap. Mangsa menceritakan setiap apa yang dia hadapi. Bagaimana dia di culik sehingga di bawa ke semak. Saya pilu, saya sedih. Kanak-kanak secomel itu diperlakukan begitu. Bagaimana masa depan dia? Bagaimana dia mahu berdepan dengan masyarakat apabila dia dewasa kelak? Allahuakbar. Kadang-kadang saya merasa dunia ini kejam, makin ganas..dunia kejam atau manusia itu kejam??
Apa salah adik itu?? Sebab dia comelkah dia jadi mangsa?? Kenapa anak sekecil itu. Pilu hati saya. Macam disiat-siat. Mana akal yang Allah anugerahkan pada penjenayah terbabit?? Kenapa kanak-kanak? Jika wanita dewasa mungkin kita katakan sebab pakaian yang menjolok mata, bentuk badan yang menghairahkan (maafkan saya, tapi saya terluka dengan kekejaman serupa ini)
Jauh saya merenung. Jika ini berlaku pada anak saya kelak..Huh, Astaghfirullah.. Nauzubillah ya Allah..
Dapatkah saya mendidik masyarakat ya Allah.
Negara pernah dikejutkan dengan arwah Nurin Jazlin yang hilang dan ditemui meninggal dalam sebuah beg. Tidak lenyap lagi berita tersebut, negara di gemparkan dengan kehilangan adik Sharlinie.
Takut saya dengan dunia sekarang. Pernah seorang sahabat saya menghantar email pada saya dengan pesanan
"welcome to dunia akhir zaman. benda halal dipandang buruk, yg haram disanjung tinggi. inilah perkara biasa yg akan berlaku bila kita mula deevote diri utk dakwah.,"
Ya, dunia sudah di penghujung...namun kita ??? Allahuakbar, sama-sama kita muhasabah diri. Saya cukup terluka..Sama-sama kita doakan kesejahteraan untuk semua. Ya Allah kuatkan kami untuk memimpin dan mendidik generasi pemuda ini..
P/s: Buku Travelog Haji : Mengubah sempadan Iman (baru selesai khatam) dan Travelog Dakwah : Meniti Hari Esok ( Menghampiri khatam bacaan) amat menyentuh hati dan jiwa saya. Jika anda ada masa cubalah baca dua buah buku ini. Pasti akan rasa kelainan selepas membacanya.
Sekarang tengah mencuri masa untuk habiskan buku Atas Nama Kebenaran : Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal (Sebuah buku yang agak tebal ) yang mana sudah lama tertangguh untuk mengkhatamnya.

1 comment:

humaira' said...

Entahlah jaa..itulah realiti dunia skrg ni..kadang2..tertanye2 kita dibuatnye..entah kemanalah agaknye pergi rasa perikemanusia dlm hati manusia..manusia skrg sudah ramai yang bernafsukan binatang..apalah dosa si kecil itu..sebak memikirkan bgimana keadaan dunia n generasi kita pd masa akan datang..