"Salam. Dr, saya nak url website science daily yang Dr bagitahu haritu boleh? Saya search tak dapat-dapat"
Saya sent mesej ini pada lecturer bilologi saya di awal pagi. Sememangnya kami agak rapat.
"Type je science daily di google" reply beliau
Lewat petang baru saya reply semula mesej beliau.
"Dr dah jumpa Dr website tu. Tq so much. A lot of info there.." balas SMS saya pada Dr. Memang agak teruja waktu itu.
"Good. It may give a lot of new findings.." reply Dr ringkas, tapi saya tahu Dr ingin saya menjelajah sepenuhnya laman tersebut. Hope so...
Saya sengaja mencari website tersebut. Untuk hilangkan kerunsingan fikiran saya. Ingat dulu, sewaktu Form 5 di MRSM Jasin saya melanggan koleksi Readers Digest selama setahun. Masih kemas koleksi majalah tersebut di rumah saya. Waktu itu saya risau sebab ingin tamat belajar di sekolah menengah. Jadi saya risau saya tidak boleh adapt, jadi saya hilangkan dengan membaca Readers Digest( walaupun ada yang tak habis baca). Sekarang saya mula risau ingin praktikal. Risau kurang ilmu. Jadi saya hilangkan kerisauan dengan membaca any fiction about science. Even sometimes i feel so tought to read academic/fiction/intelect books or article.
Ilmu
Seorang guru sebenarnya perlu sedar apa erti ilmu sebenarnya. Bukan ilmu subjek yang perlu diajar semata-mata. Tapi keseluruhannya. Walaupun hanya berpraktikal beberapa bulan saya amat risau. Sejujurnya bukan sebab markah yang saya kutip sepanjang praktikal, tetapi risau apa yang ingin saya sampaikan pada anak didik saya. Dapatkah saya didik mereka mengenal keindahan dunia yang sementara ini sehingga mereka jatuh cinta pada akhirat yang kekal abadi?Sehingga mereka dan saya sendiri rasa rindu ingin bercinta dengan sang Pencipta? Besarnya peranan saya. Dapatkah saya membawa anak didik saya mengenal Allah melalui ilmu dunia yang saya sampaikan? Dapatkah saya menjadi qudwah pada mereka? Saya ingin sekali memimpin mereka dengan sentuhan seorang murabbi yang membawa mereka jatuh cinta pada ilmu lalu kenal Pencipta yang maha agung. Mampukah saya membina dan membentuk generasi pemuda ini dalam masa yang singkat? Moga Allah mudahkan.
Tempat Praktikal
"Cikja, cikja dapat Pengkalan Hulu. Sekolah Menengah Pengkalan Hulu" Cerita Hanum dan Nadhila.
Huh, kali ini bukan dongengan lagi. Jauhnya saya dicampak seorang diri. Sudah sempadan Baling, Kedah.
" Nanti kita solat hajat untuk cik ja, biar dia dapat praktikal dekat-dekat sikit" aju salah seorang kawan saya. Tergelak saya dengar idea mereka.
"Dapat line tak kat sana?" Tanya yang lain lagi.
"Dr kata mungkin dia akan cancel Pengkalan Hulu sebab jauh sangat" celah seorang lagi.
Mendengar ngomelan kawan-kawan yang setia selama hampir 4 tahun buatkan saya tersenyum. Ada perasaan berdebar tapi ada suatu perasaan excited ingin kesana. Pedalaman sangat ke tempat tu. Saya juga berasal dari kampung. Rumah saya di kaki bukit, tapi semua kemudahan ada.
Pengkalan Hulu sebuah daerah kecil saya jangka. Saya ada cari infi di Internet. Hanya ada tiga buah sekolah menengah di sana termasuk sebuah MRSM. Saya sudah bercadang ingin menyewa rumah berdekatan surau/masjid. Sekurangnya saya boleh mengisi masa luang (jika ada) dengan masyarakat. Tapi entahlah, saya sendiri belum kenal tempat itu. Saya secara peribadi tidak kisah, sebab dari kecil lagi saya sentiasa di hantar jauh dari orang yang saya kenal. Tapi Alhamdulillah saya dapat sesuaikan diri. Jauh di sudut hati saya, saya terlalu mengharapkan seseorang yang saya kenal untuk berpraktikal berhampiran dengan saya (adakah superman? ataupun ultraman?-sekadar menyedapkan hati). Misi yang saya bawa ke sana besar. Saya ingin sekali meninggalkan kesan yang bermanfaat kepada anak didik dan masyarakat setempat sepanjang saya di sana. Moga Allah mudahkan.
Bicara Wanita
Adakah akan ada lagi Bicara Wanita 2010? Secara peribadi, program rintis ini bukan satu program untuk menaikkan nama Exco saya..Sambutan amat menggalakkan. Purata kedatangan 100 orang hingga kadang-kadang hampir mencecah 280 orang.
Pernah saya bagitahu rakan exco saya, keberkesanan program ini bukan pada ramainya bilangan peserta. Tetapi keberkesanan program ini bilamana ianya menjadi satu budaya setiap tahun dan dikekalkan dari generasi ke generasi.
Itulah harapan saya. Besar harapan saya. Moga budaya ilmu ini diterapkan di bumi UPSI ini. Aim saya bukan orang bertudung labuh. Ianya kepada semua insan yang bergelar kaum hawa di bumi UPSI ini.
Pengisian bukan sahaja berkisarkan munakahat, pengurusan rumahtangga, aqidah, tafsir, sirah, feqah malah saya ingin sekali menjadi medan diskusi global. Yang mana isu-isu kritikal, akademik dan intelek juga di bincangkan. Itu harapan saya. Moga generasi-generasi pelapis bersemangat untuk memerah otak untuk program ini. Harapan saya jika 10 tahun akan datang saya datang UPSI diskusi ini masih ada.
Kenapa saya fokus wanita?? Sebab wanita yang akan lahirkan pemimpin-pemimpin dan generasi-generasi masa depan. Jadi kaum hawa perlu membudayakan budaya ilmu. Kenapa ianya terbuka kepada kakitangan dan mahasiswi? Saya ingin sekali melihat satu pandang sisi yang berbeza antara mahasiswi yang mana sentiasa laju dengan idea mudanya, makala kakitangan wanita dengan pandang sisi idea yang mana sarat dengan pengalaman. Saya kira idea-idea ini perlu dipertembungkan untuk melahirkan pandangan-pandangan yang lebih hebat. Biarlah diskusi ini menjadi diskusi dua hala. Itu harapan saya. Saya hanya merintis jalan untuk adik-adik. Aksesori untuk mencantikkan jalan tersebut terpulang pada adik-adik.
Rakan Penggerak Addin(RPA)
Saya doakan gagasan idea yang sedang berjalan ini akan bertapak kukuh. Biar apa sekalipun pandangan yang akan diterima, saya percaya program ini membawa seribu kebaikan pada semua. Disini kita perlu bermula untuk membentuk jiwa murabbi di bumi UPSI. Mungkin saya dan sahabat-sahabat yang sebaris dengan saya bukan orang yang hebat untuk menerajui namun kami berharap generasi pelapis kami dapat menyambungnya dengan lebih baik. Tanggungjawab ini amat besar. Melakukan sesuatu yang baik itu tidak pernah mudah
No comments:
Post a Comment