Tuesday, December 15, 2009

Saya ingin kembali menulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

InsyaAllah, saya akan kembali menulis seperti biasa. Fasa saya beristirehat sudah berakhir. Pada awalnya saya bercadang tidak mahu menulis selama setahun. Tapi, rasa bersalah pada diri sendiri. Membiarkan setiap pengalaman dan idea yang ada tersimpan kemas di dalam kotak fikiran seorang diri terasa semacam sangat kedekut. Terasa seolah-olah tidak bersyukur pada Allah.

Mungkin pandangan saya, idea saya, cara penulisan saya tidak sehebat orang lain. Sebab saya tidak mampu menjadi seperti Dr Lo'Lo', Dr Halimah Ali ,YB Mumtaz ataupun first lady Malaysia, Rosmah Mansor. Ataupun penceramah yang dikenali seperti Ustazah Bahiyah, Dr Norhayati atau sesiapa sahaja. Ataupun mungkin setabah tokoh hebat Zainab Al-Ghazali atau sekental Kak Yah (isteri Menteri Besar , Kelantan)..Saya tidak mampu jadi seperti mereka, kerana saya bukan mereka dan tidak mungkin orang yang berbeza menjadi sama. Siapa pun saya, saya ingin menjadi diri saya. Mengikut gaya dan cara saya. Cuma mungkin contoh dan semangat saya boleh mencontohi mereka-mereka ini, kerana ada dikalangan mereka-meraka ini saya amat kagumi.

Pencarian saya? Masih juga belum saya temui..Tapi saya tetap akan berusaha mencarinya.. Pengharapan tetap menjadi harapan..Alhamdulillah saya rasa tenang sekarang.




p/s: Tengah merenung dan membelek buku 'Sistem Politik Islam' oleh Dr Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy (pengantar oleh ustaz Zahazan Mohamed). Buku ini baru dipulangkan kembali kepada saya. Sesiapa nak jadi YB or politicion, saya syorkan baca buku ini. Siapa yang ingin ilmu tentang sistem politik Islam dialu-alukan juga. Apa yang saya boleh ringkaskan..saya suka buku ni. Ada masa saya akan cuba ceritakan sedikit tentang buku ini

No comments: