Assalamualaikum kepada semua..
Bismillahirrahmanirrahim, kalimah yang sepatutnya kita lafazkan setiap kali ingin memulakan setiap perkara. Menandakan setiap apa perbuatan kita kerana Allah Taala.
Alhamdulillah, lafaz yang perlu kita titipkan di saat dan setiap ruang yang kita hadapi. Menandakan kesyukuran tidak kira atas kesenangan mahupun kesusahan kerana setiap apa yang kita terima merupakan kasih sayang Allah.
Astaghfirullahalazim. Lafaz yang lidah kita basahi tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. Menandakan kita tidak leka dan alpa dengan tindak tanduk kita. Namun, seringkali kita mengulangi dosa dan kesalahan yang sama..
Hebatnya kasih sayang Allah. Melebihi segala-galanya. Namun, kita sering melalaikanNya walaupun mulut sering mengishtharkan akan kasihnya kita pada Allah dan RasulNya tetapi hati sering tidak selari dengan ucapan lisan.
Terima Kasih atas kunjungan kalian ke blog saya, walaupun saya tidak tahu siapakah pengunjung semua. Kadang-kadang terasa malu dan bersalah kerana medan dakwah maya ini saya biarkan kaku begini. Namun itu ijtihad saya bulan yang lepas. Dan tika ini saya tidak mampu menulis dengan baik lagi walaupun ada beberapa topik yang saya ingin kongsikan dengan anda semua. Tapi saya matikan hasrat itu kerana tiada ruh lagi untuk saya menulis.
Salam kemaafan jika banyak yang tidak memenuhi citarasa anda semua dengan setiap entry yang berlaku. Syukran kepada sahabat saya, aqilah hanis kerana meminta kembali menulis. InsyaAllah, moga Allah permudahkan.
Dsini ingin saya titipkan rasa kegembiraan dan kesyukuran pada Allah. Melihat sahabat-sahabat seperjuangan saya sudah mempunyai master plan hidup masing-masing. Hati ini sangat seronok. Melihat mereka tersenyum kegembiraan dengan perancangan hidup mereka, hati saya rasa terasa damai dan tenang. Saya doakan yang terbaik untuk semua dengan perancangan masing-masing. Moga setiap pencarian mereka semua bertemu dengan sasarannya. Moga Mardhatillah mengiringi anda semua.
Saya masih berjauhan dengan keluarga dikala semua sahabat sudah kembali ke kampung halaman. Cemburu sebenarnya melihat mereka bersama keluarga dan sahabat-sahabat lama. Saya masih lagi berada jauh dengan keluarga kerana ada beberapa urusan yang perlu saya segera selesaikan. Hanya sempat beberapa hari bersama keluarga di hari raya korban. Namun, demam yang berpanjangan setelah balik dari Janda Baik menyebabkan pergerakan terbatas. Hingga hari ini kesan demam itu masih ada.
Medan Luar
Alhamdulillah, saya diberi peluang oleh Allah untuk melibatkan diri dengan beberapa hal apabila ingin melangkah ke medan praktikum. Sungguh, saya merasakan medan luar ini penuh cabaran. Disaat berjauhan dengan keluarga, Allah memilih saya untuk berkenalan dengan masyarakat luar. Jujur saya katakan kepenatan itu menjalar dalam badan saya, namun moga kepenatan itu Allah balas dengan ganjaran yang baik.
Medan diluar alam kampus tidak semudah yang diperkatakan. Walaupun perit di alam kampus bagi aktivis yang bergiat aktif, namun perit lagi berada di medan sebenar kerana kita berdepan dengan bermacam-macam ragam manusia. Saya bercakap berdasarkan pengalaman berada di medan luar untul seminggu dua ini. Tidak lama, namun tempoh waktu itu cukup untuk saya berkenalan dengan medan yang bakal saya jadikan rempah hidup saya.
Cukup saya kira post saya kali ini. Maaf kerana tidak mampu lagi kembali menulis, namun saya cuba untuk mengembalikan ruh penulisan itu. Terima kasih juga masih sudi berkunjung..Moga pencarian itu makin saya jumpa.
p/s : Tahniah saya ucapkan kepada sahabat-sahabat saya yang sudah mendirikan rumah tangga. Kak Farah ( housemate) dan adibah. Maaf atas ketidakhadiran. Terima kasih atas kad khas dari anda semua. Moga beroleh keluarga sakinah.
No comments:
Post a Comment