Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Friday, October 9, 2009

TUHANKU, peringatankah ini?

Friday 9 September 2009. Saya terima satu emel dari sahabat saya Azhani. Sahabat di kolej matrikulasi dulu. Sudah lama saya tidak bertanya khabar. Malah saya tidak tahu di mana dia sekarang. Belajar lagikah atau sudah bekerja. Itulah saya dan sahabat-sahabat lama tidak pernah berhenti berutus email walaupun email yang mereka hantar merupakan email nasihat dan perkongsian ilmu. Itu memadai bagi saya menandakan mereka dalam keadaan baik. Nak menghubungi melalui telefon sudah tentu banyak nombor dalam phonebook saya sudah tiada disebabkan kerapkali saya hilang handphone. Nombor yang kerapkali menghubungi saya sudah pasti saya ingat, tapi yang jarang saya kontek agak sukar untuk saya ingat. Nak bersembang melalui Yahoo Messagger (YM) sudah tentu jarang sekali sebab saya jarang dan tidak berapa gemar YM kecuali menghantar assignment melalui YM. Tangtu memang laju. Facebook / Friendster sudah lama tidak berapa aktif. Jadi medium email lebih baik kerana kerap saya check disebabkan banyak urusan melalui email. Apa-apa pun moga perkongsian email sahabat saya dibawah ini serba sedikit memberi kesan pada hati kita.


SUBHANALLAH!!!subhanallahh..
waktu2 gempa di indonesia :

di Tasik 15:04 ,

di Padang(gempa pertama) 17:16 ,

diPadang(gempa kedua) 17:58 ,

gempa di Jampi(ke esokkannya dr padang) 08:52...

cuba lihat surah dan ayat Quran berdasarkan waktu2 ini..
Ya Allah,Maha Besar...manusia memang menzalimi diri mereka sendiri....
1.dan Kami tidak membinasakan suatu negeri melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya. Al-hijr 15:4
2.dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar mentaati Allah), tetapi apabila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu). Al-Isra 17:16
3.dan tidak ada satu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz). Al-Isra 17:58
4.(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sungguh, Allah Maha Kuat lagi sangat keras siksaanNya.. Al-anfal 8:52
Komen ini telah menarik minat saya untuk menyelidiki kembali tentang gempa bumi ini. Setelah saya memeriksa kembali waktu gempa bumi seperti yang dinyatakan oleh beliau, saya mendapati ada dua waktu yang pasti betul, iaitu gempa bumi pertama di Padang, iaitu pada pukul 17.16 dan gempa bumi di Jambi pada pukul 08.52. Adakah ini petanda dari Allah? Atau kebetulan?
17.16
Diambil dari sini!Gempa bumi dengan magnitud 7.6 yang melanda Sumatera Barat kira-kira 5.16 petang waktu Indonesia Barat semalam mengakibatkan beberapa bangunan utama di Padang mengalami kerosakan teruk, seperti Rumah Sakit Umum Pusat M Jamil Padang, Rumah Sakit Selasih dan Hotel Rocky.
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.Al-Israa ayat 16. (17:16)
08.52
Dipetik dari sini!Jambi (ANTARA News) - Gempa bumi tektonik berkekuatan 7,0 Skala Richter (SR) yang menggoncang Kabupaten Kerinci, Provinsi Jambi, Kamis pukul 08.52 WIB di 46 Km tenggara Sungaipenuh, di kedalaman 10 Km, merusak lebih dari seribu rumah warga di sejumlah desa di daerah itu.
(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.Al-Anfaal ayat 52.(8:52)

Waktu-waktu lain saya tidak dapat pastikan kebenarannya. Mungkin betul, mungkin tidak. Apa yang mahu saya kongsikan di sini sebenarnya adalah 3 tanda kiamat besar yang telah terjadi pada tahun ini sahaja secara berterusan!

Seperti sabda Rasullulah,Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian baginda menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.(Hadis Riwayat Muslim)

Tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab. Hal ini saya tidak perasan sebelum ini, tetapi pada malam ini tiba-tiba terdetik tentang perkara ini. Entah kenapa tiba-tiba hati saya terdetik untuk menyelidiki tentang hadis ini secara lebih mendalam lagi.Apa yang mahu saya tegaskan di sini ialah, ketiga-tiga gempa bumi itu telah berlaku dalam tahun ini sahaja!

Pertama, gempa di timur.Perkara ini baru sahaja berlaku di Padang, Indonesia. Tidak perlu saya ulas lanjut tentang gempa ini kerana saya percaya anda semua sudah sedia maklum tentang gempa bumi ini. Sedikit gambar-gambar mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia.Gempa bumi di barat.Gempa bumi di barat telah berlaku di bandar L'Aquila, Ital pada 6 April 2009i. Seramai 90 orang meninggal dan 10 000 orang kehilangan tempat tinggal akibat gegaran 6.3 pada skala ritcher.Gempa bumi di Semenanjung Tanah Arab

Dipetik dari Kosmo!
RIYADH - Perkhidmatan pemantau gempa bumi Arab Saudi menggesa penduduk di beberapa buah kampung di barat negara itu berpindah selepas gegaran berukuran 5.39 pada skala Richter dikesan berlaku.Pusat Gempa Bumi dan Gunung Berapi Kebangsaan Arab Saudi menyatakan dalam satu kenyataan bahawa satu gempa bumi yang berlaku menjelang Subuh itu tidak menyebabkan kerosakan, kematian atau kecederaan.Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan semalam meminta penduduk di lima buah kampung di barat kota Mekah supaya berlindung di khemah-khemah perlindungan yang dibina oleh pihak berkuasa.Stesen-stesen televisyen Arab melaporkan bahawa kebanyakan penduduk sudah berpindah ke pusat perlindungan itu.Pihak berkuasa turut mengedarkan topeng perubatan selepas orang ramai membuat aduan mengenai bau yang tidak menyenangkan akibat gempa bumi itu.Sebelum ini, gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter turut dikesan berlaku di kawasan sama. -

APAdakah tanda-tanda yang ditunjukkan ini hanyalah kebetulan semata-mata? Terpulang kepada anda untuk menafsirkannya. Tujuan saya menulis artikel ini hanyalah untuk peringatan kepada saudara seislam saya.

Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.( Fussilat 41: 53)

Tuesday, July 14, 2009

Tahniah pemimpin kg ayah !

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan pada Ilahi. Saya kira lerai sudah debaran bagi semua pihak. Alhamdulillah kampung ayah saya (manek urai) sudah ada pemimpin baru. Pelbagai cerita saya dengar yang berlaku rentetan pilihanraya kecil manek urai ini.

Sungguh terlalu rindukan suasana manek urai. Walaupun ada yang mengatakan kelantan tidak semaju negeri lain, tidak mengapalah. Saya orang kelantan dan saya tahu suasana negeri saya. Ketenangan menjalar di segenap ruang tubuh saya apabila menjejakkan kaki ke negeri sendiri. Rumah saya yang terletak di kaki bukit sudah tentu menenangkan jiwa dengan pokok-pokok hijau. Kadang-kadang terasa asing dek terlalu lama tidak pulang ke kampung halaman. Ya, jauh perjalanan saya bermusafir. Seawal 13 tahun saya sudah keluar merantau untuk menuntut ilmu. 3 tahun sahaja berpeluang belajar di Kelantan ( tingkatan 1-3). Pada umur 16 tahun saya telah merantau ke Melaka seorang diri untuk meyambung pelajaran di sana. Semenjak umur itu sampai sekarang saya tidak berpeluang tinggal lama di Kelantan.

Manek urai, entah berapa lama saya tidak menjenguk kampung ayah itu. Mungkin ayah ada pergi ke sana menjenguk dan menziarah keluarganya. Seingat saya kenangan paling manis ni Manek urai bila saya berpeluang naik sampan ke kampung ayah. Waktu itu umur saya 8 tahun jika tidak silap. Teringin saya melihat suasana kampung ayah waktu pilihanraya kecil ini. Tapi apa boleh buat. Saya diperantauan. Jika dulu saya berdiri di Manek urai sebagai anak kecil, sekarang saya sudah berusia 22 tahun. Saya mahu manek urai sentiasa maju dan diuruskan dengan baik.

Tahniah saya ucapkan pada YB Mohd Fauzi Abdullah atas kemenangan di Manek Urai. Saya yakin, percaturan Allah itu adalah yang terbaik. Selamat berkhidmat ! Masyarakat sekarang saya kira cukup bijak dan matang dalam berpolitik.

p/s: selepas ini, negeri mana pula saya akan merantau..

Wednesday, May 27, 2009

Bantahan berhikmah dan Perbahasan itu perlu

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK. Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,"

(Surah An-Nahl Ayat 125)


Sekadar perkongsian ringkas. Jauh saya termenung dan merenung bila baca ayat 125 surah An-Nahl. Dalam masa yang singkat, pelbagai perkara tanpa diduga berlaku. Jika di perak, bahang politik sudah tentu terasa. Malah bukan sahaja isu ini membuka mata warga Malaysia, malah juga negara-negara lain. Betul yang berhak akan mempertahankan haknya kerana hak perlu diserahkan pada yang berhak walaupun pelbagai cabaran. Kesudahan saya pasti, Allah tahu yang terbaik cuma usaha itu perlu.


Jika melihat isu PPSMI, pejuang-pejuang bahasa dan ramai ahli akademik yang memperjuangkan agar di mansuhkan.Malah ramai pendidik yang menghadapi kesukaran apabila menyampaikan ilmu. Mereka berada di bidang tersebut sudah tentu tahu situasi dan implikasinya. Bantahan mereka saya kira bukan suka-suka sudah tentu untuk kebaikan bersama. Saya, bakal guru sudah tentu adalah orang yang paling dekat mengikuti perkembangan kerana pendidikan merupakan medan saya. Sudah tentu saya juga mempunyai pendapat dan pendirian saya sendiri. Jika saya menyatakan bahawa PPSMI perlu dimansuhkan sudah tentu ada sebabnya. Sebab itu, pada hemat dan pendapat peribadi saya, jika ingin mengubah sesuatu dasar atau sebagainya perlu dibawa berbincang dengan orang yang berkaitan kerana orang yang berada di dalam sistem dan bidang kepakaran yang lebih tahu situasi sesuatu sistem. Pelbagai angle perlu dilihat dan dikaji sebelum memutuskan sesuatu keputusan.


Jika ISA dibantah dan diminta dimansuhkan. Sudah pasti ada sebab mengapa diperjuangkan untuk dimansuhkan. Hari ini (27 Mei 2009), saya sempat mengikuti Buletin 1.30 di TV3. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), menggesa kerajaan agar ISA dimansuhkan. Mana mungkin pesalah boleh dihukum tanpa memberi peluang untuk bersuara dan membela diri. Rasulullah merupakan
'role model' pemimpin yang terbaik saya kira untuk kita ikuti pun memberi peluang kepada musuh berubah. Itu orang yang bersalah. Bagaimana jika tidak bersalah?

Isu yang saya bangkitkan saya kira bukan isu baru. Isu yang kontroversi yang selalu bermain diminda warga Malaysia terutamanya yang cakna. Apa yang saya hendak kaitkan dengan ayat Al-Quran di atas, yang hak perlu ditegakkan. Kebenaran itu sesuatu yang sukar untuk dibuktikan kerana dunia sekarang telah terlalu banyak ditutupi dengan kepalsuan. Sebagai mahasiswa dan bakal guru, sudah tentu saya mempunyai hasrat untuk mendidik dan membina diri anak-anak didik saya dalam kondisi yang paling efektif untuk mereka membesar sebagai manusia yang memberi kebaikan kepada semua.

Perbahasan dan bantahan untuk mempertahankan sesuatu itu perlu saya kira namun biarlah dengan metod yng terbaik. Sungguh saya kira, manusia hari ini sudah bijak untuk menilai yang mana terbaik untuk hidup mereka. Ingat kata-kata guru saya:

"Setiap musuh kerjayanya mencari kesalahan dan kelemahan lawannya. Baik macam mana pun tindakan kita sudah tentu buruk sahaja akan kelihatan".

Bila difikirkan balik betul juga. Tindakan musuh itu kadang-kadang menjadi kayu ukur untuk berhati-hati untuk mengambil sesuatu tindakan. Jadi, senyumlah, bersabarlah dan tenangkan diri kerana hidup ini menjadi warna warni dengan ujian dan cabaran.


"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." - Prof Ungku A. Aziz.