(Surah An-Nahl Ayat 125)
Sekadar perkongsian ringkas. Jauh saya termenung dan merenung bila baca ayat 125 surah An-Nahl. Dalam masa yang singkat, pelbagai perkara tanpa diduga berlaku. Jika di perak, bahang politik sudah tentu terasa. Malah bukan sahaja isu ini membuka mata warga Malaysia, malah juga negara-negara lain. Betul yang berhak akan mempertahankan haknya kerana hak perlu diserahkan pada yang berhak walaupun pelbagai cabaran. Kesudahan saya pasti, Allah tahu yang terbaik cuma usaha itu perlu.
Jika melihat isu PPSMI, pejuang-pejuang bahasa dan ramai ahli akademik yang memperjuangkan agar di mansuhkan.Malah ramai pendidik yang menghadapi kesukaran apabila menyampaikan ilmu. Mereka berada di bidang tersebut sudah tentu tahu situasi dan implikasinya. Bantahan mereka saya kira bukan suka-suka sudah tentu untuk kebaikan bersama. Saya, bakal guru sudah tentu adalah orang yang paling dekat mengikuti perkembangan kerana pendidikan merupakan medan saya. Sudah tentu saya juga mempunyai pendapat dan pendirian saya sendiri. Jika saya menyatakan bahawa PPSMI perlu dimansuhkan sudah tentu ada sebabnya. Sebab itu, pada hemat dan pendapat peribadi saya, jika ingin mengubah sesuatu dasar atau sebagainya perlu dibawa berbincang dengan orang yang berkaitan kerana orang yang berada di dalam sistem dan bidang kepakaran yang lebih tahu situasi sesuatu sistem. Pelbagai angle perlu dilihat dan dikaji sebelum memutuskan sesuatu keputusan.
Jika ISA dibantah dan diminta dimansuhkan. Sudah pasti ada sebab mengapa diperjuangkan untuk dimansuhkan. Hari ini (27 Mei 2009), saya sempat mengikuti Buletin 1.30 di TV3. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), menggesa kerajaan agar ISA dimansuhkan. Mana mungkin pesalah boleh dihukum tanpa memberi peluang untuk bersuara dan membela diri. Rasulullah merupakan 'role model' pemimpin yang terbaik saya kira untuk kita ikuti pun memberi peluang kepada musuh berubah. Itu orang yang bersalah. Bagaimana jika tidak bersalah?
Isu yang saya bangkitkan saya kira bukan isu baru. Isu yang kontroversi yang selalu bermain diminda warga Malaysia terutamanya yang cakna. Apa yang saya hendak kaitkan dengan ayat Al-Quran di atas, yang hak perlu ditegakkan. Kebenaran itu sesuatu yang sukar untuk dibuktikan kerana dunia sekarang telah terlalu banyak ditutupi dengan kepalsuan. Sebagai mahasiswa dan bakal guru, sudah tentu saya mempunyai hasrat untuk mendidik dan membina diri anak-anak didik saya dalam kondisi yang paling efektif untuk mereka membesar sebagai manusia yang memberi kebaikan kepada semua.
Perbahasan dan bantahan untuk mempertahankan sesuatu itu perlu saya kira namun biarlah dengan metod yng terbaik. Sungguh saya kira, manusia hari ini sudah bijak untuk menilai yang mana terbaik untuk hidup mereka. Ingat kata-kata guru saya:
"Setiap musuh kerjayanya mencari kesalahan dan kelemahan lawannya. Baik macam mana pun tindakan kita sudah tentu buruk sahaja akan kelihatan".
Bila difikirkan balik betul juga. Tindakan musuh itu kadang-kadang menjadi kayu ukur untuk berhati-hati untuk mengambil sesuatu tindakan. Jadi, senyumlah, bersabarlah dan tenangkan diri kerana hidup ini menjadi warna warni dengan ujian dan cabaran.
No comments:
Post a Comment