Showing posts with label perutusan dan hari kebesaran. Show all posts
Showing posts with label perutusan dan hari kebesaran. Show all posts

Tuesday, May 26, 2009

Selamat Hari Ibu


Alhamdulillah hari ibu disambut lagi tahun ini. Agak lewat entry walaupun sudah lama mengarang bait-bait ayat untuk hari ibu ini,tinggal lagi untuk dipost sahaja. Tidak tahu kenapa agak lama saya ambil masa diambil untuk postkan entry ini. Tidak mengapalah kerana bagi saya hari-hari yang berlalu dan mendatang adalah sentiasa hari ibu buat mak saya.

" Selamat hari ibu mak"

Saya tahu mak tidak membaca blog saya, namun saya nak dia tahu bahawa saya sentiasa menghargai, menyayangi dan kagum dengan mak. Sudah semestinya saya telah menelefon mak walaupun agak lewat berbanding adik bongsu saya,syafiq.

Mak seorang yang periang saya kira, paling saya kagum dia amat penyabar. Tidak pernah saya melihat orang sesabar mak. Apa sekali yang dia hadapi dia masih mampu bersabar. Saya selalu berdoa untuk jadi sesabar mak. Ayah sudah tentu watak yang berlainan dengan mak namun mak selalu melengkapi ayah.

Sungguh siapa pun saya pada hari ini, doa dan didikan mak yang mendewasakan saya untuk melangsungkan kehidupan diBumi Allah ini. Sungguh mak merupakan contoh terdekat saya kerana saya merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga. Ada persamaan antara kami, namun ada perbezaan juga menyebabkan saya senang untuk bersembang dengan mak. Walaupun kadang-kadang pemikiran dan idea saya lontarkan berbeza dengan pandangan mak, naumun mak sentiasa meraikan pendapat saya. Peribadi mak yang saya amat kagum ialah sifat sabar dan sentiasa meraikan orang sekeliling.

Jika hendak berbicara tentang mak, sudah tentu tidak ada penamatnya kerana bagi saya setiap orang akan mengkagumi ibu masing-masing. Ibu kita adalah yang terbaik bagi kita. Hargailah ibu yang melahirkan kita. Mereka sanggup berjaga malam takut digigit nyamuk. Sanggup berkorban asalkan kehidupan anak selesa. Namun, belum tentu kita sehebat para ibu ini. Betul, saya sebagai perempuan sudah tentu ada sedikit sebanyak sifat keibuan. Itu tidak boleh lari kerana ianya fitrah. Namun jujur saya katakan belum tentu saya dapat menjadi sehebat ibu-ibu yang telah berjaya mendidik anak-anak mereka dengan penuh kasih-sayang dan kesabaran sehingga menjadi insan yang hebat.

Sungguh pedagogi seorang ibu sukar untuk diteorikan walaupun ada panduan-panduannya. Pedagogi seorang ibu hanya SEORANG IBU yang paling pakar dan tahu. Sayangi ibu kita walau siapa pun ibu kita.

Terima kasih mak, dengan penuh kasih sayang dan kesabaran mendidik kami berlima.

Saturday, May 9, 2009

SELAMAT BERCUTI SEMUA

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA..
MANFAATKAN MASA CUTI YANG ADA..
MOGA SEMESTER BARU NANTI MEMBERI SATU SEMANGAT DAN AZAM YANG BARU KEARAH LEBIH BAIK
SEMOGA SEGALA PENGALAMAN DAN ILMU YANG KITA TIMBA PADA SEMESTER INI DAPAT DIJADIKAN PANDUAN DALAM MENERUSKAN PERJALANAN HIDUP DI MUKA BUMI ALLAH INI.

p/s: cuti ni sambil-sambil cari maklumat-maklumat tesis, saya cuba habiskan buku JAGALAH ALLAH, ALLAH MENJAGAMU, buku SISTEM POLITIK ISLAM dan MEMOIR JIHAD ANAK MELAYU DI AFGHANISTAN. Kepada kaum wanita banyakkan membaca untuk membina pemikiran yang lebih matang dan terbuka dengan perkembangan semasa(pesanan pada diri sendiri khususnya). Terapkan budaya ilmu dalam diri kita. Pesan guru saya, sesibuk mana pun kita, sesungguhnya kita tetap diberi masa 24 jam.Manfaatkan masa itu dan carilah masa untuk MEMBACA.

Tuesday, April 21, 2009

GOOD LUCK


SELAMAT MEGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMUA
MOGA KEJAYAAN CEMERLANG MENGIRINGI KITA SEMUA
SEMOGA KEREDHAAN ALLAH SEBAIK-BAIK PENDAMPING KITA SEMUA..

Saturday, March 7, 2009

MAULIDURRASUL 1430 H








"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."




BIRO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH
MPP UPSI 08/09

Sunday, January 4, 2009

SELAMAT MENGHADAPI SEMESTER BARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masa berjalan begitu pantas.Tanpa kita sedar kita sekali lagi melangkah ke semester baru iaitu semester 2 2008/2009. Dikesempatan ini saya mewakili Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPP 08/09 UPSI khususnya ingin merakamkan ucapan selamat menghadapi semester baru dan selamat meneruskan pelajaran di bumi UPSI yang kita cintai ini.Moga segala azam di tahun baru ini akan tercapai..

Norhafizawati Bt Mahmad Rozali
Exco Latihan Dan Pembangunan Sahsiah
MPP UPSI sesi 08/09

Sunday, December 28, 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1430H


Hijrah means migration. The Hijrah refers to the Prophet's migration from Makkah to Madinah. This journey took place in the twelfth year of his mission (622 C.E.). This is the beginning of the Muslim calendar. The word hijrah means to leave a place to seek sancturary or freedom from persecution or any other purpose. Hijrah can also mean to leave a bad way of life for a good or more righteous way.
SALAM MAAL HIJRAH 1430H Untuk semua..Semoga segala dosa yang lalu diampunkan Allah dan mendapat rahmatNya ditahun ini dan seterusnya.
Daripada:
Norhafizawati Binti Mahmad Rozali
Exco Latihan Dan Pembangunan Sahsiah
MPP 08/09
UPSI
p/s: Lets pray for our brothers at Gaza, Palestine! O Allah, save our brothers in Palestine and give them victories over the enemies. Amin..

Wednesday, December 3, 2008

AIDIL ADHA



Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.


Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya Ismail semata kerana redha Allah.


Selamat menyambut ibadah korban untuk seluruh umat Islam walau di mana mereka berada.


Ucapan Ikhlas dari,

Norhafizawati Binti Mahmad Rozali

Exco Latihan Dan Pembangunan Sahsiah

MPP UPSI 08/09

Wednesday, November 19, 2008

HAPPY HOLIDAYS


Sunyi betul rasa rumah ni. Semua orang dah balik. Kat rumah saya hanya tinggal saya, roomate saya dan seorang lagi housemate saya. Kebanyakan pelajar UPSI sudah balik kampung. Ya musim cuti sudah bermula. Patut la sunyi semacam. Malam tadi tak perasaan sangat. Bila siang hari baru tersedar yang ramai dah balik kampung.

"Mak cik saya nak beli ais lima posen boleh?" tanya saya dekat kedai makan.

"Cuba tengok ais, banyak lagi tak,adik ni nak beli," arah mak cik kedai makan tu kepada pekerjanya.

"takdelah kak, ada sikit sahaja," jawab pekerja tadi.

"maaf dik, ramai pelajar UPSI dah balik,kita order pun sikit sahaja aisnya.Nanti takde orang datang makan ,rugi," ngomel mak cik tadi.
Saya hanya senyum tanda faham.Begitulah keadaan Tanjung Malim bila cuti semester bermula. Pekannya akan jadi sunyi.Sunyi dengan pelajar UPSI.Kepada semua warga UPSI, kawan-kawan dari universiti lain, kawan-kawan saya yang baru balik dari overseas , SELAMAT BERCUTI saya ucapkan.Manfaatkan cuti ini dengan sebaik mungkin. Gunalah masa yang ada untuk berbakti pada mak dan ayah serta keluarga.

Saturday, November 1, 2008

salam imtihan


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


sekali lagi saya mengumpul kekuatan untuk menulis entry kedua saya. Dikala saya memerah idea, dari jauh saya melihat roomate saya sedang memegang pen dan sebuah buku..saya tahu dia sedang mencari rentak untuk mentelaah pelajaran. Jauh disudut hati, terdetik alangkah masa itu berlalu pantas., dalam kesibukan saya, tanpa di duga saya sudah berada di akhir semester lima. Tinggal 3 sem berbaki lagi saya di bumi UPSI ini.


Kadang terdetik rasa cemburu di hati ini bila melihat sahabat-sahabat memenuhi masa untuk belajar. Alangkah baiknya jika saya juga di beri masa begitu. Namun saya mengharapkan tiap masa yang saya luangkan walaupun tidak sebanyak orang lain untuk mentelaah pelajaran, saya dapat manfaatkan betul-betul.


Ya Allah beri lah kekuatan kepada ku Ya Allah. Ilmu ini milikMu. Berkatilah ilmu yang aku tuntut ini. Sesungguhnya aku bakal pendidik. Moga ilmu yang aku perolehi bukan sekadar tamat di atas kertas peperiksaan semata. Harapanku agar ilmu dapat aku sampaikan pada anak didikku.

Kepada sahabat-sahabiyah yang akan menghadapi exam. Buatlah yang terbaik. Yakinlah dengan rezeki yang Allah tentukan untuk kita. Disamping kita sibuk mentelaah pelajaran namun jangan kita lupa hak-hak Allah dan tanggungjawab kita padaNYA.





kenangan mengajar di sek keb sri kota
p/s sukarnya menjadi pendidik