Tuesday, May 26, 2009

Selamat Hari Ibu


Alhamdulillah hari ibu disambut lagi tahun ini. Agak lewat entry walaupun sudah lama mengarang bait-bait ayat untuk hari ibu ini,tinggal lagi untuk dipost sahaja. Tidak tahu kenapa agak lama saya ambil masa diambil untuk postkan entry ini. Tidak mengapalah kerana bagi saya hari-hari yang berlalu dan mendatang adalah sentiasa hari ibu buat mak saya.

" Selamat hari ibu mak"

Saya tahu mak tidak membaca blog saya, namun saya nak dia tahu bahawa saya sentiasa menghargai, menyayangi dan kagum dengan mak. Sudah semestinya saya telah menelefon mak walaupun agak lewat berbanding adik bongsu saya,syafiq.

Mak seorang yang periang saya kira, paling saya kagum dia amat penyabar. Tidak pernah saya melihat orang sesabar mak. Apa sekali yang dia hadapi dia masih mampu bersabar. Saya selalu berdoa untuk jadi sesabar mak. Ayah sudah tentu watak yang berlainan dengan mak namun mak selalu melengkapi ayah.

Sungguh siapa pun saya pada hari ini, doa dan didikan mak yang mendewasakan saya untuk melangsungkan kehidupan diBumi Allah ini. Sungguh mak merupakan contoh terdekat saya kerana saya merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga. Ada persamaan antara kami, namun ada perbezaan juga menyebabkan saya senang untuk bersembang dengan mak. Walaupun kadang-kadang pemikiran dan idea saya lontarkan berbeza dengan pandangan mak, naumun mak sentiasa meraikan pendapat saya. Peribadi mak yang saya amat kagum ialah sifat sabar dan sentiasa meraikan orang sekeliling.

Jika hendak berbicara tentang mak, sudah tentu tidak ada penamatnya kerana bagi saya setiap orang akan mengkagumi ibu masing-masing. Ibu kita adalah yang terbaik bagi kita. Hargailah ibu yang melahirkan kita. Mereka sanggup berjaga malam takut digigit nyamuk. Sanggup berkorban asalkan kehidupan anak selesa. Namun, belum tentu kita sehebat para ibu ini. Betul, saya sebagai perempuan sudah tentu ada sedikit sebanyak sifat keibuan. Itu tidak boleh lari kerana ianya fitrah. Namun jujur saya katakan belum tentu saya dapat menjadi sehebat ibu-ibu yang telah berjaya mendidik anak-anak mereka dengan penuh kasih-sayang dan kesabaran sehingga menjadi insan yang hebat.

Sungguh pedagogi seorang ibu sukar untuk diteorikan walaupun ada panduan-panduannya. Pedagogi seorang ibu hanya SEORANG IBU yang paling pakar dan tahu. Sayangi ibu kita walau siapa pun ibu kita.

Terima kasih mak, dengan penuh kasih sayang dan kesabaran mendidik kami berlima.

No comments: