Monday, March 30, 2009

Catatan Ceramah Ummu Muhammad -Isteri Dr Abd Aziz Rantisi

Artikel ini saya ambil daripada emel sy yang diforwardkan oleh seorang sahabat saya kepada saya. moga manfaat boleh diambil dari artikel ini.

Diforwardkan dari catatan pendengar: Sent: Wednesday, March 25, 2009 3:37
PMSubject: Pelajaran Dari Gaza Untuk Kaum Wanita

Assalamualaikum,Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam yang dianjurkan oleh Aman Palestin dan Pertubuhan Mawaddah.Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan "Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA".Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara2 umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilahkita menelusuri jejak dan kekuatan wanita2 di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang2 dan mujahid2 yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahanIsrael.Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci. Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.
Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan di Gaza. Pemandangan yang sangat memilukan. Namun Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan television dan bualan para wartawan untuk bulan tersebut.Apa yang kita dengar dari berita:

1. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman.

2. Seorang wanita mengatakan: "Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi)."

3. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: "Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali."

4. Selama 22 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,300 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga.
Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa: "Hai kamu masih hidup ya?"
Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta sekolah tidak luput dari pengeboman.
Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunanny a. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah hujan bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama'ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan. Inilah sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi.
Jangan lupa, sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi.
Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu.

Kita boleh meninjau beberapa kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:

1. Tidak lemah mental mereka
2. Tidak lemah penampilan mereka
3. Tidak lemah aktiviti mereka

Dari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan. Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidaktakut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka.Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahwa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka. Bahkan adaseorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari.

Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:

1. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana "stress" atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas

.2. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban.

3. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka.

Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka.
Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?.Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika peperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.Belum lagi ditambah dengan jumlah mangsa korban utama sebagaimana di Gaza ini kerana senjata perang Israel sentiasa mengejar wanita dan anak-anak walaupun di tempat-tempat penginapan mereka..Bagi bangsa yang terjajah dan dizalimi seperti ini, masa depan bangsanya terletak di bahu mereka. Kaum wanita Gaza tidak seharusnya menunjukkan kelemahan mental, ketakutan yang menimbulkan perasaan menyerah kepada musuh atau kelemahan aktiviti yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bergerak menjalani kehidupan mereka.Jika sikap-sikap kelemahan tersebut yang dilihat oleh anak-anak mereka pada hari ini, maka kita dapat bayangkan bahwa dalam masa 10 tahun ke hadapan, wilayah yang sekarang ini bernama Gaza mungkin akan berdirinya bandar-bandar pelancongan Israel dengan nama Yahudi sebagaimana nama Ashdod, Ashkelon, Sderot, Kiryat Shimona dan lain-lain.Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamatpun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yangbaru.Inilah yang seharusnya kita belajar daripada mereka.

Wednesday, March 25, 2009

BELAJARLAH DARI ALAM

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan, akhirnya setelah lama tidak menulis akhirnya dapat juga saya pausekan seketika daily activity saya sebagai mahasiswa untuk saya menulis entry ini. Teringat kata-kata seorang guru saya, katanya jika hari ini kita seorang yang hebat di alam muda, kita hebat di alam kampus, kitalah yang sentiasa bersemangat tapi kenapa kita tersungkur rebah sebaik sahaja melangkah keluar dari pintu alam kampus? Kemana perginya kehebatan itu? Kenapa kita makin lesu bersuara? Kenapa kita makin menghilangkan diri dari pentas khidmat diri pada agama dan masyarakat? Jawapannya ada pada diri kita. Namun kata-kata itu sentiasa bermain dibenak fikiran saya. Adakah saya salah seorang dikalangan itu kelak? Guru saya berkata, kita perlu ingat bila kita melakukan sesuatu janganlah terlalu mendesak dan ekstrim sehingga pada satu masa kita menafikan hak kebajikan diri kita. Ya , kita perlu ingat diri kita ada haknya. Bila mana kita terlupa kebajikan diri itu yang menyebabkan kita lama-lama akan penat kerana kita tidak pernah sekali memberi ruang kepada diri sendiri untuk berdialog tentang kebajikannya. Hatta dalam ibadat sekalipun kita tidak boleh terlalu ekstrim tapi istiqamah itu lebih penting. Sebab itulah akhirnya kita akan melangkah keluar dari alam mahasiswa, kita akan hanya mampu melahirkan bait muslim bukan bait dakwah. Hidup kita hanya sekitar kerjaya, keluarga dan tanggungjawab harian tanpa satu usaha pun untuk kita sumbangkan pada masyarakat. Sekurang-kurangnya ada sedikit yang kita dapat sumbangkan kepada masyarakat sebagai penyambung dari alam mahasiswa dulu. Begitulah lebih kurang kata-katanya.Sungguh cantik susunan bait kata-kata guru saya.

Belajar dari alam. Mengapa kita perlu belajar dari alam yang tidak pernah bersuara?? Bodohlah kiranya kita belajar dari alam yang tidak ada apa-apa. Kita kan manusia. Ada akal untuk berfikir. Namun jangan kita lupa setiap ciptaan Allah itu ada tujuannya. Ya kita perlu belajar dari alam kerana ALAM TIDAK PERNAH MENIPU. Pernah kita lihat pokok kelapa tiba-tiba berbuah menjadi durian atau nangka?? Ia akan terjadi dengan izin Allah, namun secara logiknya tidak mungkin pokok kelapa mampu berbuahkan durian berbungakan kaktus. Begitu juga seekor nyamuk. Pernah kita lihat nyamuk melahirkan anak kerbau?? Alam tidak pernah menipu. Kita manusia yang selalu begitu. Belajar lah dari alam. Sungguh kita akan malu jika kita betul-betul menghayati ciptaan Allah yang lain kerana mereka amat hebat walaupun tidak ada akal seperti manusia.

Belajar lah dari pokok pisang. Kenapa pokok pisang tidak akan mati walaupun dia dicantas, di cincang batangnya. Percaya atau tidak, cantaslah batang pisang itu, namun tidak lama kemudian batang itu akan bertunas kembali. Cantaslah lagi batang pisang itu, namun ia tidak jua mati. Jika ia tidak mati lagi cabutlah pokok pisang itu dan buanglah jauh-jauh ke tanah yang lai. Namun keputusan tetap sama. Pokok pisang masih lagi hidup. Jika dengan mencantas kita tidak mampu mematikan pisang itu lagi, maka bakarlah pokok pisang itu. Ya ia akan mati namun, keputusannya amat memeranjatkan bila mana anak-anak kecil pokok pisang akan tumbuh dengan suburnya kerana induk pokok pisang yang kita bakar tadi akan menjadi baja kepada anak-anak tadi. Begitu kuat pokok pisang itu mempertahankan survival hidupnya. Induk pokok pisang akan mempertahankan hidupnya walaupun akhirnya dia akan terkorban asalkan benih yang dia tinggalkan akan membesar dengan subur. Cincanglah macamana pokok pisang itu, ia akan berusaha untuk terus pertahankan hayatnya kerana resam pokok pisang ia akan memperjuangkan hidupnya sehinggalah ia berjaya menghasilkan buah. Hayat pokok pisang akan berakhir bila mana dia berbuah sekali. Itu resam hidup yang bernama pokok pisang.
Belajarlah dari alam. Air lembut sruktur ni. Menghentam batu yang keras dengan penuh kelembutan namun akhirnya batu itu akan lekuk jua. Kerak nasi akan lembut akhirnya bila di rendam dengan air. Hebatnya air. Begitu bersabar dengan batu akhirnya, mengalah juga batu itu. Tegarnya air walupun dihalang oleh tempoh dan bata batu, ia tetap berusaha untuk menembusinya. Jika tidak percaya, cubalah check balik bata yang dijadikan tembok untuk menghalang air. Walaupun bata itu tidak pecah namun akhirnya bata itu akan menjadi lembab. Kenapa?? Sebab air dengan sabarnya sentiasa berusaha untu menembusi batu tersebut. Jika tidak berjaya untuk memecahkan bata tersebut, air itu akan berusaha menggunakan mekanisma lain untuk ke seberang sana. Ya, ia akan masuk ke dasar butiran-butiran tanah. Dan percaya atau tidak ia akan mengembara jauh ke dalam bumi dan akhirnya ia akan berjaya sampai ke destinasi sebagai mata air. Sabarnya air, akhirnya ia berjaya.

Belajarlah dari alam. Alhamdulillah Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPP UPSI 08/09 telah berjaya melaksanakan seminar rawatan alternatif melalui kristal dan gelombang warna. Satu revolusi dalam bidang perubatan. Waktu yang dijadikan oleh Allah bukan saja-saja. Ada warna pada waktu. Belajarlah dari alam. Jom kita belajar frekuensi warna yang dihasilkan untuk setiap waktu dalam hidup kita.

12.01 am – 1.00 am :
alam akan keluarkan frekuensi warna putih. Masa yang sesuai untuk kita bangun bertahajjud.

1.00am- 2.00 am :
alam akan mengeluarkan frekuensi warna pink. Warna pink akan menghasilkan suasana romantik. Waktu kasih sayang
( tu ikut ilmu gelombang warna yang saya belajar. Jangan silap aplikasi ye)

2.00am – 4.00 am:
alam akan mengeluarkan frekuensi warna ungu. Warna ungu akan mengaktifkan sel-sel. Sesuai untuk belajar

4.00am – 7.00 am:
alam akan keluarkan frekuensi warna biru. Waktu yang sesuai untuk berzikir (bukan untuk tidur ye)

7.00am – 11.00 am :
alam akan keluarkan frekuensi warna hijau. Sesuai untuk bekerja.sesuai juga untuk waktu rawatan terutamanya sakit jantung/peparu.


11.00am- 2.00 pm :
alam keluarkan frekuensi warna kuning. Waktu berehat sebentar. Seperti tidur yang pendek.

2.00pm- maghrib :
frekuensi warna oren. Sesuai untuk beriadah. Jangan berkurung di dalam bilik waktu ini.


After maghrib- isyak:

alam akan mengeluarkan frekuansi warna merah. Waktu untuk berdiam dan elak dari keluar rumah. Seperti yang kita tahu, liang roma kita akan terbuka dengan bukaan yang besar waktu ini. Gelombang merah amat berbahaya. Jadi that’s why, its better to stay at home. The best things to do is berzikir atau baca AL-Quran.


9.00pm-12.00 pm:
frekuensi warna hitam. Ini adalah waktu terbaik untuk tidur. Tidurlah dalam keadaan yang bersih kerana tidur umpama mati kecil.

Cantiknya alam ciptaan Allah. Belajarlah dari alam. Sekadar perkongsian biasa dari saya insan biasa. Wallahua’alam.

Saturday, March 7, 2009

SEMINAR RAWATAN ALTERNATIF:KAEDAH KRISTAL DAN GELOMBANG WARNA


PROGRAM: SEMINAR RAWATAN ALTERNATIF : PERUBATAN MELALUI KRISTAL DAN GELOMBANG WARNA
TARIKH : 15 MAC 2009
YURAN : RM 5
SIJIL DAN MINUM PG DISEDIAKAN
SASARAN: MAHASISWA DAN STAFF UPSI
TEMPAT: DEWAN KULIAH I

PENCERAMAH: USTAZ ROSLI BIN IBRAHIM
-SIJIL PENGAJIAN ISLAM UTM
-IJAZAH SAINS PEND. UTM
-IJAZAH PERUUBATAN ISLAM DARUL SYIFA’
-DIPLOMA COLOUR VIBRATION THERAPY

ATURCARA:
8.45AM: KETIBAAN PELAJAR DAN TETAMU JEMPUTAN
9.00 AM: UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
-BACAAN DOA
9.15 AM:CERAMAH RAWATAN ALTERNATIF(PENYAKIT,PUNCA DAN KESAN)
11.00AM: REHAT DAN MINUM PAGI
11.30AM: SAMBUNGAN CERAMAH (MERAWAT MENGGUNAKAN KRISTAL DAN GELOMBANG
WARNA)
1.15 PM: REHAT, SOLAT ZOHOR DAN MAKAN TENGAHARI UNTUK JEMPUTAN
2.30 PM: PRAKTIKAL DAN RAWATAN PERCUMA
4.30 PM: PENYAMPAIAN CENDERAMATA DAN BERSURAI


anjuran : Exco Latihan Dan Pembangunan Sahsiah MPP 08/09

MAULIDURRASUL 1430 H








"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."




BIRO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH
MPP UPSI 08/09