Monday, June 22, 2009

SALAHKAH MEREKA?

Alhamdulillah.

Banyak perkara yang berlaku dalam masa seminggu dua ini. Rasa terlalu perit kadang-kadang. Terluka, sedih, terkilan, bercampur baur. Banyak perkara yang kadang-kadang diluar jangkaan berlaku. Betul, kita merancang namun Allah berhak menentukan segala-galanya kerana DIA sebaik-baik perancang.

Setiap manusia itu tidak pernah sempurna. Manusia, makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna, namun manusia juga merupakan makhluk yang paling sombong saya kira. Manusia selalu meminta-minta namun tidak pernah bersyukur malahan selalu merungut. Lagi teruk, manusia selalu menolak apa yang terkandung dalam Al-Quran. Kenapa ini berlaku? Satu lontaran saya lontarkan untuk santapan minda saya dan pembaca sekalian.

Prinsip

Setiap manusia mempunyai prinsip. Ya, prinsip. Namun biarlah prinsip yang kita pasakkan dan pacakkan itu selari dengan tetapan yang Allah tetapkan dan mestilah berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Satu lagi lontaran saya ingin lontarkan. Apa salahnya jika memilih bertudung labuh? Berdosakah orang bertudung labuh? Apa salahnya jika orang bertudung labuh tidak mahu melakukan tarian poco-poco atau chicken dance dengan kehadiran lelaki? Salahkah mereka?

Saya cukup sedih. Cukup kecewa. Cukup terluka. Adakah iti dikira tidak open minded? Atau tidak up to date? Atau tidak sporting? Namun kenapa orang bertudung labuh dipandang serong? Adakah berlaku kepincangan aqidah bila bertudung labuh? Adakah orang bertudung labuh adalah pembangkang ? Jika ya pembangkang sekalipun, apa salahnya? Berdosakah? Masing-masing ada ideologi masing-masing. Nah, silakan berideologi masing-masing. Nak berideologi baratkah, berideologi Karl Mark kah. Terpulang.Tapi bagi saya, saya tetap menghormati sesiapa sahaja selagi mereka menghormati dan menerima saya.

Ya, tidak dinafikan tidak semua bertudung labuh itu baik. Tidak semua bertudung labuh itu tinggi sahsiahnya. Begitu juga sebaliknya. Saya tidak pernah melabel orang tidak bertudung labuh mahupun free hair itu jahat. Malah saya tidak melabelkan orang bertudung labuh itu baik. Kebaikan itu bukan terletak pada tudungnya. Keikhlasan tiada kayu ukurnya. Malah saya mempunyai ramai kawan yang free hair dan tidak bertudung labuh. Dan saya juga berkawan dengan orang bertudung labuh.Saya tidak menyingkirkan mana-mana pihak mereka. Saya menerima mereka seadanya dan meraikan mereka. Begitu juga mereka.

Syurga atau neraka? Pahala atau dosa? Siapa kita untuk menilai? Banyak sangatkah ilmu kita jika kita kata “ kamu berdosa dengan aku”. “ Kamu berhutang dosa dengan aku”. “ Diakhirat sana kamu tahu lah nanti balasan”. Cukup sedih saya. Kita hamba. Layakkah kita menghukum manusia lain ? Siapa kita hendak menentukan dosa pahala orang lain. Hukum dalam Islam adalah hak Allah s.w.t sahaja yang tiada kompromi. Yang halal adalah apa yang dihalalkan oleh Allah dan RasulNYA. Dan yang haram ialah apa yang ditetapkan oleh Allah dan RasulNYA.Dan saya tidak sesekali berkompromi dengan sesuatu yang Allah tidak suka dan diharamkanNYA.

“ Hukum itu hanyalah milik Allah sahaja”

(Surah al-An’am:57)

Jika kita jelas dengan ini saya kira tidak akan ada orang yang akan melakukan hiburan yang melampau, dan tidak timbul soal buka atau tutup aurat dan sebagainya.

Satu benda yang ingin saya pacakkan disini. Jika kita ingin tahu prinsip kita itu betul atau tidak,cuba tanya diri kita, “kita bertuhankan siapa?”. Allah atau siapa? . “Dan tanya diri kita hidup kita berlandaskan, bersumberkan dan berkitabkan apa?”. Al-Quran dan As-Sunnah kah? Atau berkitabkan AUKU? Scan semula diri kita dan jawapan ada pada diri kita. Jangan bincang pasal sombong dengan manusia jika kita sombong dengan Pencipta. Jangan bincang tentang bodoh jika kita malas untuk bijakkan diri kita dengan mendekatkan diri kita dengan Pencipta. Kenapa manusia lain memberontak dengan kita? Renung-renungkan bersama. Moga semua dalam lindunganNYA. Buat renungan:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al Ahzab: ayat 59)


Sungguh, diam itu lebih baik. Diam itu bukan bererti pengecut atau bacul mahupun bodoh.

Jadilah pendengat terbaik. Kurangkan bercakap-Dr Azhar Yaacob

p/s : Mahasiswa UPSI sila baca Berita dari bahagian akademik xi. Terima kasih buat sahabat saya Aqilah atas maklumat ini. Dan maaf atas kelewatan link seperti yang dijanjikan. Hampir seminggu terlewat. Moga rahmat Allah mengiringi anda semua

Solehahkan dirimu dahulu Hawa



Pesanan Buat Muslimat (Kaum Wanita)

Tidak layak rasanya diri ini untuk memberi memberi ulasan. Sungguh bidang saya adalah pendidikan Biologi. Bukan Pendidikan Islam malah bukan juga pakar dalam fiqh munakahat untuk berdiskusi tentang ini.

Banyak soalan yang ditanya dan diterjah oleh sahabat-sahabat. Mungkin portfolio kerohanian yang saya pegang menyebabkan mereka bertanya. Atau mungkin usia yang meningkat menyebabkan kaum Hawa mula risau. Namun soalan itu menyesakkan otak saya malah menakutkan saya. Antaranya:


“ Akak, bagaimana preparation kita sebelum kita melangkah masuk alam rumah tangga?”

“ Em, apa pendapat awak dengan poligami? Saya tidak sanggup jika suami saya begitu kelak”

“Em, bagaimana hendak menjaga hubungan sewaktu bertunang?”

“Bagaimana kalau jodoh sampai sewaktu belajar?”

“Bagaimana hendak menjaga ikhtilat (perhubungan) dengan kaum adam kak ?”

“ Dah tutup auratkah saya?”

Begitulah antara soalan-soalan yang diterjah. Belum termasuk soalan berkaitan hukum agama. Saya faham, fikiran wanita itu terlalu rungsing dan ingin kesempurnaan dan ingin menjadi sempurna. Mungkin agak berbeza dengan lelaki.

Namun, apa yang harus saya jawab dengan soalan di atas? Preparation rumahtangga bagaimana saya harus sampaikan? Sedangkan saya tiada pengalaman untuk itu. Sekadar teori yang sedikit yang belum dipraktikkan. Bagaimana harus saya merespon isu poligami ? Islam membenarkan namun saya faham wanita mana sanggup berkongsi. Soal bertunang. Saya tidak pernah bertunang malah tiada calon tunangan untuk berbicara soal itu. Ikhtilat? Siapa saya untuk berbicara hal itu. Tidak semua orang suka cara saya malah ada yang tersalah sangka dengan saya. Aurat? Sempurnakah saya untuk berbicara pasal aurat? Takut saya untuk menjawab. Dengan sedikit ilmu yang ada tidak memadai untuk menjawab soalan ini. Sudah tentu saya merujuk ustazah dan ustaz yang lebih pakar untuk menjawab soalan-soalan ini.

Wahai kaum hawa yang dicipta sangat indah. Siapa pun anda, saya pasti semua muslimat itu cantik. Tidak perlu risau wahai kaum hawa. Tidak perlu khuatir tentang siapa yang akan menjadi Adam anda kelak. Jangan terlalu inginkan kesempurnaan kerana manusia itu tidak sempurna. Wahai muslimat pasakkan dalam dirimu bahawasanya jika kamu inginkan yang soleh, jika kamu inginkan ustaz, jika kamu inginkan yang penyayang dan sebagainya, pacakkan dalam diri anda untuk menjadi Hawa yang paling solehah. Sediakan dirimu yang terbaik dan sesolehah yang mungkin kerana wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaiknya. Cantikkan hatimu, aqidahmu, akhlakmu dan ibadahmu wahai Hawa. Jadikan zikir peneman dan qiamullail penguat diri. Doakan biarlah jodoh itu datang tepat masanya dan pada tika diri anda bersedia bukannya jodoh itu dicepatkan tanpa keadaan anda belum bersedia. Janganlah terlalu memikirkan baikkah dia, solehkah dia dan soalan yang cukup panas dimadukan atau tidak. Ingat muslimat, poligami atau tidak itu jodoh. Dan kaum Adam juga perlu sedar yang ini bukan perkara main-main yang boleh dijadikan bahan untuk menjadikan kaum Hawa menjadi rungsing. Banyak angle lagi muslimat perlu tahu. Yang penting jadilah sebaik-baik wanita penghias dunia. Ingat, binalah Baitul Dakwah yang akan sentiasa subur dengan tarbiyah, dakwah dan nur Islam.

Diharap perkongsian ini memberi semangat kepada kaum Hawa, khususnya pada diri sendiri. Diharap entry ini dapat menjawab keserabutan bagi bertanyakan soalan. Muslimat perlu sedar yang kita juga pemikir dan kita sayap kiri kepada Adam. Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia! Jadikan ilmu sebagai budayamu. Doakanlah moga anda berjumpa dengan pemimpin anda sebagaimana Nabi Adam dan Hawa bertemu di Jabal Rahmah. Saya doakan yang terbaik untuk semua dan kepada penanya-penanya soalan. Wallahua'alam.


p/s: InsyaAllah awal semester depan Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPP dengan anjuran dan kerjasama Pusat Islam UPSI akan mengadakalan Kuliah Nisa'. Pengisian yang mengcakupi pelbagai angle ilmu rumahtangga, perundangan, kesihatan dan kebersihan serta pengisian berkaitan aqidah, sirah, fiqh wanita dan tafsir. Moga Allah permudahkan melancarkan program ini kelak. Objektif cuma satu ingin lahirkan Hawa yang cintakan ilmu dikalangan staf dan mahasiswi khususnya. Terima kasih kepada ustazah-ustazah yang membantu menjadi tenaga pemikir untuk saya.

Sunday, June 14, 2009

Permata Yang Hilang


Tokoh Gerakan Islam, Syeikh Fathi Yakan telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah.


"Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan, beerti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi saja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mempunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berkehendakkan generasi Islam yang tulen.

Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunkana mereka untuk meruntuhkan umat manusia.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, yang hanyut dan terbiar, pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera, pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang, pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan, Pemuda pondan yang tiada kelebihan pada mereka, tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya."

ALAM BARU

Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini; kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka REBUTlah kerana agamanya. Justeru itu akan beruntunglah kedua2 tanganmu.”


kenangan bersama pengantin Pn Nur Sabiha


Alhamdulillah.


Melangkah sahaja musim cuti sekolah, sudah tentu kenduri kendara bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Dalam sehari boleh mencecah hampir 3 kenduri kahwin yang diadakan serentak. Semua tuan rumah ingin mengejar majlis sebelum cuti sekolah tamat. Kenapa pilih cuti sekolah? Saya pun tidak pasti jawapannya. Bagi saya mungkin ramai yang lapang waktu itu, maka masa itu dikira sesuai. Namun, tidak kira waktu mana sekalipun, yang penting keberkatan majlis tersebut. Perkahwinan itu suatu ibadah.


Dikesempatan ruang yang ada ini, Tahniah saya ucapkan buat sahabat karib saya Nursabiha Bt Che Mazlan dan suami yang selamat diijabkabulkan pada 30 Mei 2009. Moga beliau dan suami sentiasa dimurahkan rezeki, dirahmati dan memperoleh keluarga sakinah. Selamat menghadapi alam baru sahabat.


Tahniah juga kepada kak Rusnita dan Abang Ismail yang selamat bergelar suami isteri pada 31 Mei 2009. Maaf kepada kak Rusnita kerana tidak dapat menunaikan janji saya untuk bertandang ke Majlis di Jengka, Pahang. Maaf juga kerana tidak dapat hadir majlis di rumah Abang Ismail di Kota Bharu. Semoga Baitul Dakwah yang dibina ini dapat melahirkan mata rantai-mata rantai pejuang agama yang sentiasa bersemangat seperti mereka. Terima kasih juga atas tunjuk ajar kak Rusnita dan Abang Ismail sepanjang saya berada di UPSI. Sungguh kalian banyak membantu saya belajar erti sebuah kehidupan.


Tahniah kepada Kak Suhaini dan suami yang selamat diijabkabul di Kedah pada tanggal 6 Jun 2009. Semoga bahagia selalu dan dirahmati Allah.


Tahniah kepada sepupu saya Ameeratul Fadhilah Bt Mahmood dan suami yang selamat diijabkabul pada 15 Mac 2009 di Felda Air Hitam, Johor. Tahniah kerana mereka kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Tahniah juga kepada Abang sepupu Azmi Bin Abd Rahman dan isteri yang selamat diijabkabul pada 30 Mei 2009 di Terengganu. Moga Redha Allah dan Rahmat Allah sentiasa mendampingi kalian.

Tahniah juga kepada semua yang baru melangsungkan perkahwinan.

Selamat menempuh alam baru.


p/s: Pada kekanda fakrol (abang chik saya), jika kekanda membaca blog ini maka ingin adinda ingatkan supaya membuat persediaan sebelum anda bertukar 'alam'. Sungguh 'alam' yang bakal kekanda tempohi nanti bukan 'alam' main-main.Adinda selaku adik selalu mendoakan kekanda. Doakan saya dapat tamatkan pengajian saya di UPSI dengan selamat.