Sunday, August 9, 2009

H1N1

Alhamdulillah, akhirnya berakhir juga cuti yang secara peribadinya saya katakan adhoc. Sungguh kita merancang namun Allah jua yang menentukan kerana Dia adalah sebaik-baik perancang. Apa yang pasti ada hikmahnya disebalik setiap kejadian.

Cuti pertengahan semester yang diawalkan sudah tentu menjadi agak kelam kabut. Saya secara peribadinya, banyak benda terpaksa menangguhkan apa yang dirancang. Namun saya tetap menarik nafas yang lega kerana saya yakin pasti ada hikmahnya

H1N1, dimana-mana orang menyebut tentang penyakit yang kian menular. Dikelantan sendiri banyak institusi pengajian ditutup sperti Universiti Malaysia Kelantan dan Nilam Puri.

Setiap apa yang Allah turunkan pasti merupakan satu peringatan pada kita sebagai hamba. Saya menyeru pada diri sendiri dan semua untuk banyak-banyak memohon doa pada Yang Esa kerana dengan kuasaNYA jua segala-galanya akan terhalang. Kalau kita sangka kita berduit kita dapat menghalang H1N1 kita silap, kalau kita sangka kita kuat maka terhalang lah H1N1 juga kita silap kerana semua yang berlaku atas kehendak Allah. Banyak-banyaklah kita memohon doa pada Allah dan mengingati Nya. Mungkin dengan kehadiran penyakit yang pelik-pelik dewasa ini menjadikan kita sentiasa mengingati mati. Sesungguhnya saudara saudari, sedarlah kita bahawa manusia yang cerdik ialah mereka yang mengingati mati. Saya mendapat satu anugerah sewaktu pulang ke kampung baru-baru ini. Mungkin musibah sesetengah orang beranggapan. Namun itu satu anugerah bagi saya. Saya mengalami demam, batuk dan selsema diakhir cuti. Selama 4 hari. Sungguh keadaan itu menggerunkan saya kerana seakan-akan saya akan menghadap Tuhan. AllahuAkbar!! Jika Allah menarik nyawa saya, malunya saya kerana bekalan apa yang mahu saya bawa menghadap KEKASIH kita itu. Terlalu sikit amal ibadah saya. Moga persoalan kematian itu sentiasa berlegar-legar di benak fikiran kita semua.

Tok guru Nik Aziz pernah menyatakan dalam salah satu bukunya bahawa dunia perubatan hari ini berganding bahu mewujudkan institusi kesihatan dibawah-bawah Bangsa-bangsa Bersatu bagi memerangi penyakit. Betul pelbagai kajian dibuat tidak kira berjaya atau tidak. Namun menurut Tok Guru, dunia belum membuka mata untuk mewujudkan institusi rawatan bagi penyakit yang lebih dahsyat iaitu penyakit rohani. Derita yang ditanggung pesakit jasmani yang berbahaya sekalipun kemuncaknya samada sembuh atau kematian. Namun pesakit rohani, kumam atau virus perosak yang ada dalam diri pesakit tersebut akan merosakkan keimanan, ketakwaan, merosakkan keikhlasan beramal, kurang berminat melakukan kebajikan sebaliknya lazat melakukan kejahatan dan kemaksiatan. Nah, natijahnyaakan menanggung azab yang berpanjangan di neraka kelah. Nauzubillah..
Tidak kira apa sekalipun, sama-sama kita berdoa tidak kira penyakit rohani atau jasmani yang kian merebak semoga Allah melindungi kita semua.

"Dengan nama Allah, yang dengan namaNya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan dilangit, untuk menimpakan bencana dan Ia Maha Mendengar dan Mengetahui"

No comments: