Wednesday, November 4, 2009

Maafkan saya



Ya Allah, aku berlindung di bawah cahaya wajahMu yang mengubah gelap
menjadi terang, dengan perintahnya alam ini dan alam akan datang dijadikan.
Selamatkanlah aku daripada kemurkaan dan kemarahanMu. Kepadamu sahajalah terpulangnya hari pengadilan, azab yang ditimpakan sekiranya engkau tidak suka dan tidak redha. Tidak ada upaya dan kekuatan selain kuasa dan kekuatanMu jua.



Hari ini saya terasa janggal sekali. Sangat-sangat jangkal. Dari awal saya bangun di awal pagi hingga sekarang. Terlalu banyak perkara bermain di minda saya sekarang. Terasa lumpuh seketika bila saya muhasabah kembali. Semalam saya bermimpi saya menguruskan jenazah seorang anak kecil. Tetapi oanak kecil itu bernafas kembali. Saya pening. Malam tadi, saya bermimpi seorang sahabat yang cukup saya kenali menunggu saya di satu bangunan, menunggu saya untuk melaksanakan satu tugas yang amat berat. Saya cukup kenal susuk tubuh sahabat saya itu. Saya bingung apa maksud tersirat.Astagfirullah moga bukan mainan syaitan.


Hari ini saya berusaha menghabiskan buku Travelog Dakwah : Meniti Hari Esok tulisan Muhd Kamil Ibrahim. Sambungan buku Travelog Haji: Mengubah sempadan Iman. Saya tidak boleh menipu, air mata saya tumpah tatkala membaca penulisan beliau. Cukup menyentuh jiwa saya. Saya meneliti setiap penulisan saya di medan maya ini. Saya terkesima. Tidak tahu kenapa. Saya flash back semua email-email saya dari tahun 2003( tahun bermulanya
jajawatie87@yahoo.com didaftarkan) sehingga sekarang. Terlalu banyak email di inbox mahupun sent item email saya. Ada sesuatu yang cukup saya tersentuh dengan beberapa email yang ada yang saya belum padam. Jauh disudut hati saya ada perasaan penyesalan. Penyesalan kenapa? Hanya Allah yang tahu.

Berat, tapi saya tekad. Saya perlu beruzlah seketika. Saya perlukan masa . Berehat dari medan ini, bukan bermakna saya terus berhenti dan menghilang sekaligus tinggalkan medan dakwah. Saya perlu masa kembali menulis. Tanggungjawab tetap saya laksanakan. Hati saya amat merintih untuk saya cari sesuatu yang makin hilang. Saya yakin Allah akan dengar dan makbulkan.


Hampir empat tahun saya diuji, pelbagai mehnah baik dari segi kesihatan dan ujian-ujian lain. Teringat pesanan seorang doktor kepada saya


“Awak sihat, kesihatan awak normal” beritahu doktor
“Tapi doktor, keadaan ini meyukarkan saya terutamanya dalam amal ibadah saya” respon saya.
Doktor memandang tepat pada saya
“Allah uji awak, ini ujian Allah untuk awak” jawab doktor sambil tersenyum. Senyuman yang bercampur satu lontaran semangat pada saya. Saya terkesima.


Itu dari aspek ujian kesihatan. Belum sudut-sudut lain yang masih perlu saya fikirkan lebih mendalam. Tapi saya masih lagi mencari sesuatu. Mencari sesuatu yang saya tidak pasti bila waktu saya akan jumpa apa yang saya cari.Mungkin seminggu, sebulan, setahun atau pun dua tahun. Tapi yang pasti saya akan jumpa dengan syarat saya betul-betul mengharap pada yang Esa.


Pada semua, saya minta ampun atas salah silap. Halalkan semuanya. Saya doakan yang terbaik untuk anda semua baik yang kenal saya secara langsung ataupun tidak. Doa saya tetap doa yang sama pada kalian semua setiap kali usai solat fardhu saya. Izinkan saya memberi ruang mencari sesuatu, tetapi bukan bermakna saya berhenti disini. InsyaAllah hafizah (nama yang cukup saya suka, dan amat terkesan dalam jiwa) akan kembali jika diizinkanNya dengan satu nafas yang baru. Maafkan saya.

Pernah saya memesan pada seorang teman:
“ kamu umpama membunuh pengunjung kamu bilamana kamu meninggalkan medan penulisan ini”


Dan kali ini saya tekad. Maafkan saya. Mungkin nasihat itu releven untuk beliau, tapi tidak untuk saya buat detik ini. Moga setiap apa yang saya kongsikan selama ini bermanfaat pada semua. Moga semuanya dalam rahmat Allah.

Tuesday, November 3, 2009

I LOVE MESS!

Garfield love mess??
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah atas segala nikmat.


I LOVE MESS!!!
Jika di translet bermaksud saya SAYA SUKA SERABUT/HURU HARA. Saya secara peribadi terasa kelakar bila merenung kembali tajuk ini. Ini bukan datang dari saya, tapi anak buah saya minta saya ulas. Sudah lama dia minta saya mengupas tajuk ini tapi saya tidak boleh kerana SAYA TIDAK SUKA SERABUT, HURU HARA, KELAM KABUT dan sewaktu dengannya. Kerana saya bukan dan kalau boleh tidak mahu messy kan diri saya.


Namun, bila saya fikirkan secara mendalam, ada maksud yang terselindung yang anak buah saya
nak saya selami. Saya membelek-belek koleksi-koleksi buku saya. Dari jenis ilmiah, haraki, siasah, motivasi namun tidak juga saya jumpai buku yang mengulaskan tajuk ini. Paling tidak buku yang berkaitan sedikit sebanyak. Atau saya perlu membaca semula kesemua buku-buku tersebut nak mencari sesuatu sehingga saya boleh mengupas tajuk ini mengikut perspektif saya mengenai tajuk ini. Jika ada antara anda memepunyai idea bolehlah berikan pendapat. Penulisan entry ini akan disambung bila saya jelas maksud tersirat dan tersurat tajuk ini.



Disebabkan saya menulis entry ini pada waktu dhuha ingin saya sisipkan doa ini untuk tatapan dan rennungan bersama:


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha
itu adalah waktu Dhuhamu, kemegahan ini adalah kemegahanmu, keindahan ini adalah
keindahanmu, kekuatan itu adalah kekuatan mu, kekuasaan itu adalah
kekuasaanmu dan perlindungan itu adalah
perlindunganmu.


Ya Allah, sekiranya rezeki masih
dilangit,turunlah, sekiranya berada di perut bumi, kau keluarkanlah, sekiranya
sukar, mudahkanlah, sekiranya masih haram,kau halalkanlah, sekiranya jauh,kau
dekatkanlah dengan berkat waktu Dhuha,kemegahan,keindahan,kekauatan,kekuasaan
dan perlindunganmu.


Limpahkan kepada kami sebagaimana
yang telah kau limpahkan kepada hambamu yang soleh


p/s: Pada adik Na dan Aini, akak minta maaf tidak dapat lagi menulis satu penulisan yang baik tentang tajuk "I LOVE MESS" buat detik ini. InsyaAllah task ini akan cuba akak selesai. Secara kasarnya akak tidak bersetuju dengan tajuk ini sebab tidak kena dengan jiwa akak, tapi jauh di sudut hati, akak mengakui ada sesuatu yang akak boleh kongsikan melalui tajuk ini kepada pembaca. Tetapi bukan sekarang. Izinkan akak untuk menambah tempoh masa untuk akak mengulas tajuk ini.

Sunday, November 1, 2009

MOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMUA
MOGA BEROLEH KEJAYAAN CEMERLANG DI DUNIA & AKHIRAT
MOGA ILMU YANG DITUNTUT SELAMA INI BEROLEH KEBERKATAAN DARI ALLAH
MA'A TAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN

Belajar dan Mengajarkan Ilmu

"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat, disamping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh" -Iman Syafie-

Ilmu yang sebenar-benarnya adalah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah. Tidak kira ilmu akhirat seperti tauhid ataupun dunia seperti sains dan matematik kerana kedua-duanya jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudan dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas

Takwa membuahkan insan berjaya dan cemerlang

" Takwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ianya ibarat pokok zaitun, minyakknya membawa berkat, ianya juga memberi kejayaan dan kemenangan" -Iman Syafie-

Nabi Muhammad pernah berkata dalam hadis yang dinyatakan oleh Tarmizi

"Bertakwalah kamu dimana saja berada, iringilah setiap perbuatan dosa dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji"

Ilmu menenangkan hati

"Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah" -Imam Syafie-

Ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah kuasa maha ajaib yang diperlukan dalam hidup manusia. Menjadi hukum serta prinsip alam, orang itu akan berasa aman dan tenang apabila mengetahui dan merasakan di sana ada 'kuasa' yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam.