Saturday, December 12, 2009

Alhamdulillah-Tahniah Na

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan. Saya tidak merancang untuk menulis sebarang entry dalam masa terdekat ini. Namun, entry kali ini sebenarnya saya postkan khas untuk kakak sepupu saya Haslina bt Che Ghazali.


Hari ini sudah tentu merupakan hari debaran bagi beliau. Bukan kerana akad nikah, bukan juga kerana pinangan seseorang...Tetapi hari ini merupakan hari dimana keputusan ambilan disember 2009/2010 bagi UPSI keluar. Ini merupakan kali ketiga permohonan beliau.


Tahniah saya dedikasikan untuk beliau. Sudah tentu perasaan gembira dan syukur yang tidak terhingga merajai perasaan beliau. Manakan tidak, sudah hampir tiga kali dia memohon, menunggu dan menunggu. Banyak tawaran yang ditolak semata-mata ingin merealisasikan impian beliau menjadi guru.Keputusan diploma beliau bukan rendah, namun rezeki bukan milik beliau. Akhirnya setelah 3 kali memohon beliau berjaya memasuki UPSI.


Alhamdulillah, doa yang tidak putus-putus dan pengharapan yang mutlak pada Allah...akhirnya beliau berjaya. Banyak duit yang dia berhabis berulang-alik ke UPSI semata-mata ingin mencapai cita-cita beliau. Sayalah yang meneman beliau. Tentu mak ngah dan pak ngah mengalir air mata mendengar berita gembira anak perempuan mereka ini. Ya, saya sudah tentu sebak kegembiraan mendengar kejayaan beliau.. Ingat malam sebelum beliau pergi interview di Tadahan Utara, UPSI..Usai kami solat berjamaah maghrib, dia memanggil saya. Waktu itu saya bingkas bangun untuk mencapai Al-Quran..


"Jaa, em imamkan aku solat hajat. Sama-sama doakan aku esok", pinta beliau..


Waktu itu hati aku amat tersentuh..betapa beliau sangat takut untuk melalui hari esok. Masih teringat doa yang kami sama-sama bacakan :


" Ya Allah aku memohon kepada-Mu rahmat yang memberikan hidayah pada hatiku dan melengkapkan kesempurnaan diriku. Dan menampung kekuranganku dan memperbaiki apa yang tiada pada diriku dan menaikkan kedudukanku dengan persaksian dan menyuscikan perbuatanku,dan memberikan kepadaku ilham dan mengembalikan kepadaku ketenangan dan melindungiku daripada kejahatan.
Ya Allah anugerahkanlah buatku keimanan dan keyakinan yang tidak kufur selepasnya, dan rahmat yang membolehkan aku mencapai kemuliaan dunia dan akhirat. Ya Allah ku pohon kepadaMu kemenangan dan kedudukan para syuhada dan kehidupan orang yang bahagia dan kemenangan atas musuh.
Ya Allah penuhkanlah hajatku, walaupun lemahnya diriku dan amalanku, namun aku tetap mengharapkan rahmatMu. Maka aku memohon kepadaMu menunaikan segala perkara yang melegakan dada, sebagaimana Engkau menyelamatkan, selamatkanlah kami daripada api neraka, dan daripada gangguan kekufukuran dan fitnah kubur.
Ya Allah apa yang tidak mampu aku memintanya kerana tidak sampai niatku sedangkan Engkau menganugerahinya kepada hamba-hambaMu, maka aku memintanya. Aku mengharapkan dengan rahmatMu wahai Tuhan sekalian alam.
Ya Allah yang memiliki berbagai rahsia dan urusanNya, aku memohon kepadaMu keselamatan pada hari kiamat, dan syurga pada hari yang kekal bersama dengan muqarrabin yang telah bersaksi, para Mukmin yang sujud yang menunaikan janji, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Penyayang dan melakukan apa yang Engkau kehendaki.
Ya Allah jadikan kami ini sentiasa menyampaikan hidayah dan mendapat hidayah, bukannya yang sesat dan menyesatkan, pembawa keselamatn buat para waliMu memerangi musuhMu, kami cinta dengan kecintaanMu orang yang mencintaiMu dan memusuhi sesiapa yang memusuhiMu.
Ya Allah inilah doa-doaku, kabulkanlah ia, dan ini merupakan usaha dan tawakal buatMu.
Ya Allah kurniakanlah cahaya dalam hatiku, cahaya dalam kuburku, cahaya dihadapanku, dan cahaya dibelakangku, dan cahaya disebelah kananku dan cahaya disebelah kiriku dan cahaya dari atasku dan cahaya dari sebelah bawahku dan cahaya pada pendengaranku dan cahaya pada penglihatanku dan cahaya pada rambutku dan cahaya pada kulitku dan cahaya dalam dagingku dan cahaya dalam darahku dan cahaya dalam tulangku.
Ya Allah kurniakanlah buatku cahaya yang agung dan berilah kepadaku cahaya, Maha Suci Dia yang memiliki keagungan dan Maha Mulia dengannya, Maha Suci Dia yang tasbih itu khas buatnya, Maha Suci Dia yang memiliki anugerah dan nikmat, Maha Suci Dia yang memiliki kemuliaan dan pemurah, Maha Suci Dia yang memiliki keagungan dan ketinggian"


Moga nur ketenangan mendampingi beliau..itu lah doa saya untuk beliau ketika itu. Masih segar kata-kata saya pada beliau ketika beliau ingin berangkat ke kelantan..


"Na, aku sero mu dapat UPSI kali ni, insyaAllah"


Alhamdulillah, Allah makbulkan...

Skali lagi..Tahniah na..


Peasanan untuk haslina ( saya tahu dia baca blog ni)


1) na, izinkan jaa kawen dulu deh..bleh ko langkah bendul? Nak tunggu mu abes, 4 tahun lagi la nampaknya..just kidding na..but so long tu na..hehe..ak pon xdok lah bajet sapa 4 tahun..hehe..tp kalu mu nak jgk biar mu dulu, ak mengalah na..sanggup berkorban..hehe

2) Aku nak amik aleh berniaga kat kedai rucit abe deh..ak lak jadi tokey kat sana.boleh? Tapi gaji up sket..hehe..royak ko abe, gaji mau up sket..

3) Apa-apa pun na, aku tumpang gembira.blaja sungguh2..nanti jagn lupo lawat aku kat pengkalan hulu...mu jago la upsi molep2..ingat na, prinsip kito..membangun bersama Islam..Jangan mu gadai prinsip tuh..kalu dok ak report ko mak ngoh..he

Moga mu dirahmati Allah sentiasa naa...ape y mu dapat, semuanya berkat doa, pengharapan mutlak pdNya dan kesabaran..

----> Moga Abe Ah (abang sepupu, abang pd haslina ) cepat sembuh dari operate mata hari ini.

No comments: