Tuesday, May 26, 2009

Kamu 'Role Model'

Alhamdulillah pada 15 Mei 2009 hingga 19 Mei 2009, saya bersama-sama rakan-rakan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) yang lain telah ke Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) yang dulu dikenali KUITHO untuk Konvensyen Kebangsaan MPP.Konvesnyen ini melibatkan seluruh IPTA diseluruh Malaysia dan beberapa IPTS. Banyak pengalaman dan kenalan baru yang saya dapat. Terdapat pelbagai pandangan dan idea yang dilontarkan pada konvensyen. ini Sudah tentu semua idea-idea tersebut hebat-hebat belaka kerana di lontarkan oleh pemimpin-pemimpin yang hebat saya kira. Pandangan-pandangan yang saya kira baik saya ambil sebagai panduan, manakala idea yang saya tidak bersetuju saya raikan kerana bagi saya tidak kira siapa dan apa pun pandangan, kita bebas memberi pandangan asalkan tidak lari dari garis panduan agama. Dan sememangnya pemimpin mahasiswa dilatih sebegitu. Bebas memberi pandangan kerana mahasiswa merupakan check and balance untuk pemimpin negara kerana pimpinan mahasiswa merupakan pimpinan masa depan kelak.

Bukan konvensyen itu yang saya hendak ulas, tapi hari guru yang saya hadiri sewaktu sesi khidmat masyarakat di sekolah sekitar UTHM.

Sudah lama saya kira saya tidak melawat sekolah. Kali terakhir ketika saya menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) sewaktu semester empat yang lalu. Memang saya teruja sebab saya masuk ke medan yang bakal saya tempuhi kelak. Melihat mata pelajar-pelajar sudah tentu ada satu rasa yang sangat aneh di jiwa saya selaku bakal pendidik. Namun, sedikit ketakutan ada di dalam hati. Bersediakah saya? Jika diizinkan Allah, satu semester berbaki lagi saya di UPSI sebelum melangkah ke alam praktikal.

Sedikit masa yang ada saya cuba gunakan untuk dekati pelajar-pelajar sekolah rendah ini. Huh, pelajar lelaki lebih peramah rupanya. Pelajar perempuan akan bercakap bila bertanya. Banyak soalan-soalan yang pelajar-pelajar ini tanya termasuk keputusan UPSR,PMR dan SPM saya. Saya cuba sampaikan dalam bentuk motivasi supaya mereka rasa bersemangat. Bila saya tanyakan cita-cita, masing-masing menjawab cita-cita masing-masing dengan penuh semangat. Saya tahu, sudah tentu mereka rasa bersemangat bila berbicara dengan mahasiswa yang sedang menuntut di Universiti. Saya pernah merasai pengalaman itu. Saya dengan senang hati, declair diri saya sebagai seorang bakal guru. Tidak tahu kenapa begitu bersemangat waktu itu.

" Akak, cuba akak tengok teacher yang berbaju oren tu. Dia teacher yang paling disukai disini"bersungguh mereka bercerita pada saya.
" Teacher tu dapat banyak hadiah" sambung mereka lagi.

Saya tersenyum sambil memerhatikan gelagat teacher tersebut. Sudah tentu saya kenal teacher itu sebab dia antara guru yang diletakkan dalan kumpulan saya. Betul saya akui, dia memang ada metod tersendiri untuk menarik minat pelajar. Bangun sahaja dia dari kerusi, pelajar pasti bersorak riah. Hebat pengaruh guru ni.

Tiba-tiba seorang pelajar lelaki menghulurkan satu batang pen dan satu buku nota kecil pada saya. Saya pandang wajahnya sambil senyum. Dia balas senyuman saya.

"Akak, tulis kak" katanya

Terkulat-kulat saya memandang pada buku nota kosong itu.
Saya memandang nama yang tertera dibajunya.

"Ya Muhammad Lokman, adik nak akak buat apa?" aju saya menandakan saya tidak faham permintaan dia.

"Em, saya nak minta autograf akak" ucap dia sambil senyum

Dengan muka terkejut saya capai pen dan buku nota tersebut.
Tiba-tiba kawan saya dari universti lain menyampuk.

"Amboi dik, diam-diam admire akak ni ye?"usik mereka.

Senyum sahaja saya waktu itu. Merah padam muka adik tu. Kesian saya lihat.

"Mana ada. Nak minta autograf semua ni kak" jawab Lokman sambil tersenyum.

"Yela tu" Balas kawan-kawan saya.

"Dah, dik. Akak dah tulis. Belajar rajin-rajin" Ucap saya sambil serahkan buku nota tersebut.

Lepas pelajar itu berlalu, saya berfikir. Betapa guru itu berpengaruh pada minda pelajar. Bukan berfikir tentang autograf itu, tapi berfikir betapa berharganya setiap detik masa dalam arena pendidikan. Dengan hanya bersembang, kita dapat mendidik anak bangsa kita.Benar, metod yang baik, akan menyebabkan pelajar senang. Jika sahsiah guru hancur, nah hancurlah pelajarnya saya kira. Melalui dialog perbualan yang baik sahaja mampu menarik minat pelajar ini, apatah lagi jika nilai-nilai murni yang diterapkan dalam jiwa-jiwa muda ini yang dimurnikan lagi dengan nilai-nilai Islam pasti akan lahir anak didik yang bersahsiah dan berakhlak yang baik.




Antara kenangan yang sempat saya rakam

Dikesempatan ini ingin saya ucapkan Selamat Hari Guru pada semua guru-guru. Guru merupakan 'Role Model'. Ditangan seorang pendidik, bakal merubah segalanya. Pada bakal-bakal guru, persiapkan diri kta dengan ilmu dan sahsiah yang baik untuk dijadikan contoh pada anak didik kita.

Norhafizawati Bt Mahmad Rozali
Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah
MPP UPSI 08/09
Merangkap bakal guru

No comments: