Sungguh terlalu rindukan suasana manek urai. Walaupun ada yang mengatakan kelantan tidak semaju negeri lain, tidak mengapalah. Saya orang kelantan dan saya tahu suasana negeri saya. Ketenangan menjalar di segenap ruang tubuh saya apabila menjejakkan kaki ke negeri sendiri. Rumah saya yang terletak di kaki bukit sudah tentu menenangkan jiwa dengan pokok-pokok hijau. Kadang-kadang terasa asing dek terlalu lama tidak pulang ke kampung halaman. Ya, jauh perjalanan saya bermusafir. Seawal 13 tahun saya sudah keluar merantau untuk menuntut ilmu. 3 tahun sahaja berpeluang belajar di Kelantan ( tingkatan 1-3). Pada umur 16 tahun saya telah merantau ke Melaka seorang diri untuk meyambung pelajaran di sana. Semenjak umur itu sampai sekarang saya tidak berpeluang tinggal lama di Kelantan.
Manek urai, entah berapa lama saya tidak menjenguk kampung ayah itu. Mungkin ayah ada pergi ke sana menjenguk dan menziarah keluarganya. Seingat saya kenangan paling manis ni Manek urai bila saya berpeluang naik sampan ke kampung ayah. Waktu itu umur saya 8 tahun jika tidak silap. Teringin saya melihat suasana kampung ayah waktu pilihanraya kecil ini. Tapi apa boleh buat. Saya diperantauan. Jika dulu saya berdiri di Manek urai sebagai anak kecil, sekarang saya sudah berusia 22 tahun. Saya mahu manek urai sentiasa maju dan diuruskan dengan baik.
Tahniah saya ucapkan pada YB Mohd Fauzi Abdullah atas kemenangan di Manek Urai. Saya yakin, percaturan Allah itu adalah yang terbaik. Selamat berkhidmat ! Masyarakat sekarang saya kira cukup bijak dan matang dalam berpolitik.
p/s: selepas ini, negeri mana pula saya akan merantau..
1 comment:
Manek Urai, sebuah kampung yg memanjang dan berkeluasan agak besar. Rakyat hidup bermasyarakat & penduduknya semua ramah mesra. Alhamdulillah berkesempatan berada disana..mabruk Abe Uji
Post a Comment