Friday, March 5, 2010

Wanita, Rumah Tangga dan Kerjaya

sejukkan tengok muslimat ni? Tangan yang mengayunkan buaian mampu menggoncangkan dunia

Entah kenapa sejak kebelakangan saya sentiasa dikelilingi orang-orang yang berumah tangga.Mungkin di sekolah, saya sentiasa di groupkan dalam kalangan guru-guru yang semuanya berumah tangga. Jadi tidak dapat tidak saya berada di dalam skop mereka setiap kali mereka berbincang mengenai keluarga masing-masing. Nak atau tak saya terpaksa mendengar. Betul-betul mendengar tanpa sebarang respon. Kerana apa? Saya bukan di alam itu lagi untuk memberi sebarang respon.

Suatu hari , saya diminta untuk menemani seorang cikgu senior untuk menempah hamper sempena hari sukan. Sepanjang perjalanan saya hanya mendengar cerita beliau.

"Akak, sekarang balik je rumah, rasa macam tak boleh berdiri dah. Penat sangat fiza nak buat preparation untuk hari sukan ni. Mana tidaknya dari pagi sampai ke petang. Suami akak selalu mintak akak berehat tapi tula kan. Bila tengok kain tak berlipat, pinggan tak berbasuh, takkan kita nak biarkan. Tak boleh nak tengok. Sakit mata fiza" luah beliau.

saya bersama-sama guru senior di hari sukan. saya terpaksa memakai baju batik sebab saya AJK hadiah.

"Betul kak, lagi di biar lagi banyak kain tu. Nak atau tak memang kena buatlah kan" respon saya. Tidak tahu nak respon apa sebenarnya.

"Semalam, akak kena bangun awal. Anak akak yang sulong tak siapkan kerja rumah. Jadi dia mintak akak kejutkan dia jam 5 pagi. Pagi-pagi akak bangun kejutkan dia. Aduh, kebetulan akak teringat report sekolah tak siap lagi.." Sambung beliau.

Saya hanya tersengih.

Itu satu situasi. Ada satu kes tu, saya tengah makan. Saya seorang je cikgu muda waktu tu.

"Hai, sekarang ni suami saya ada hobi baru. Malam-malam suka main badminton. Laki ni bukan boleh sekat depa. Jangan kontrol sangat. Nanti mula la mereka tak selesa"

"Betul, suami akak pun macam tu. Siap ajak akak teman dia pergi main lagi. Aduh, dah tua-tua ni tak larat dah. Banyak kerja nak dibereskan. Akak cakap kat dia, minta maaf sangat yang ni akak tak boleh teman dia" sampuk cikgu satu lagi

"Entah la kak. Semalam saya tak masak. Ajak suami makan kat kedai. Tak sempat nak masak kak. Yela sekarang kan memang sibuk. Sampai kat kedai dia tak nak makan. Katanya dah makan tadi. Dia nak teman saja. Saya risau juga takut dia lapar. Dia cakap takpe. Tengah malam dia masuk dapur. Aduh nak marah pun ada, rasa bersalah pun ada. Tadi cakap tak nak makan..tiba-tiba lapar. Tak sampai hati pula tengok. Saya pun masuk dapur masak apa yang ada. Bukan apa, bila dah tanggungjawab macam tu la serba tak kena" bebel seorang cikgu lagi panjang lebar...

Bergaul dengar mereka buatkan saya berfikir. Banyak lagi situasi-situasi yang mereka bincangkan dengan saya. Tapi jika hendak dituliskan dalam blog panjang lebar. Kadang-kadang bagus bergaul dengan mereka, bolehkan saya untuk berfikir dan bersedia. Wanita, rumahtangga dan kerjaya. Memang sukar hendak handle jika tidak bersedia. Malah kekuatan emosi paling penting. Sebab kita akan berdepan dengan hati dan perasaan orang lain.

sama tak dengan gambar muslimat kat atas (^_^)..pelajar-pelajar saya yang paksa pegang baby ni..ntah anak siapa mereka rembat..


Sungguh saya tidak dapat ulas panjang tajuk ni. Sekadar perkongsian dari pengalaman yang saya dapat. Jika hendak mengulas dari persepsi diri saya sudah tentu saya tidak dapat sebab saya tidak berada di alam perkahwinan lagi.

Teringat wacana bicara wanita yang pertama saya pernah buah yang bertajuk Pengurusan Rumahtangga : Peranan wanita dari persepsi anak, isteri dan Ibu.

Sewaktu saya berbincang dengan ustazah mengenai tajuk tersebut di rumah beliau. Saya bertanya...

"Ustazah susah ke jadi isteri dan ibu?"..

" Tak susah dik. Bila kita kahwin maka jadi isterilah kita. Bila kita ada anak maka jadi ibulah kita..apa yang susah? senang je" balas beliau. Dia tahu saya kurang berpuas hati dengan jawapan tersebut.

"Dik, dengar sini.. Tak susah jadi isteri dan ibu..tapi sangat susah untuk menjadi isteri dan ibu yang BAIK"..sambung beliau...

Kini saya mengerti...

5 comments:

ummu insyirah_tam said...

nak jadi istri dan ibu yang baik jugak=p

Norhafizawati Bt Mahmad Rozali said...

insyaAllah naib pres..
doa jangan putus..
indahnya wanita ini kalau jaga betul2 (^_^)

Norhafizawati Bt Mahmad Rozali said...

entry wanita,rumahtangga dan kerjaya ini sekadar perkongsian drpd pengalaman bergaul dgn masyarakat..tiada membawa ap2 maksud tersurat mahupun tersirat(^_^)

Mujahideen said...

macam kekok je pegang baby tu :-)

Norhafizawati Bt Mahmad Rozali said...

mujahideen: dio nak tido tuh..dio tengah menggeliat tu ( cover2)..=)