Friday, April 30, 2010
~ Ubat Jiwa ~ Qasidah Istighfar
Istimewa untuk semua Mujahid dan Mujahidah Islam (^_^), insyaAllah....~ Moga kita semua di bawah peliharaanNYA senantiasa (^_^)
Rasullulah bersabda:
Pada hari kiamat kelak dicampakkan orang berkenaan dalam api neraka lalu terburai perutnya. Ia berputar-putar didalamnya persis seperti keldai mengelilingi kincir pengisar gandum. Penduduk neraka berkerumun melihatnya. Mereka berkata :
" Si fulan (rupanya). Bukankah engkau dahulu menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar?"
" Benar" jawabnya
" Tetapi aku menyuruh yang baik sedangkan aku sendiri tidak melakukannya. Aku larang yang mungkar tetapi aku sendiri melakukannya"
Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang dapat memenangkan diri kita (dalam pertarungan dengan nafsu), walaupun kita kelilangan dunia dan orang yang banyak. Moga kita terhindar dari tergolong dalam kalangan orang yang rugi yakni orang yang mensia-siakna diri; dikalahkan oleh nafsu, walaupun dia memperolehi dunia dan sanjungan yang banyak.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Orang-orang yang beriman berkata bahawa orang yang merugi ialah merugikan diri dan keluarga mereka sendiri pada hari qiamat kelak. Bahkan orang-orang yang zalim akan kekal dalam seksa yang berterusan. (Al-Syura : ayat 45)
(Sumber rujukan : Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah, oleh Fathi Yakan )
Friday, April 23, 2010
Aku Bukan Sumayyahmu!!
Suamiku, bunga semalam telah layu
Gugur daripada jambangannya
Mujur cinta dan perjuangan kita
Bukan itu lambangnya
Mulutku kaku untuk merayu
Hatiku malu untuk terus cemburu
Tidak seperti dulu
Kerana kini kau mujahid
Yang rindu memburu syahid
Maaf kiranya tutur dan tingkaah
Senyuman dan seri wajah
Pudar dan hambar dimatamu
Padaku yang baru belajar
Menjadi seorang mujahidah
Aku kini hanya mendoakn
Agar kau menjadi Yassir
Walau kiranya....aku bukan Sumayyahmu
Dalam tangis kucuba senyum ketika
Kau bermusafir
Sepertinya Siti Hajar
Sewaktu ditinggalkan Ibrahim
Biar selalu kita berpisah
Selalu derita kerap susah
Kerana syurga menagih ujian berat
Sedangkan neraka dipagari nikmat
Dipegang jubah suaminya. Matanya yang jernih merenung sayu.
“ Apakah ini kerana Allah?”
“Ya, wahai isteriku. Semua ini kerana Allah,” jawab suaminya lalu berlalu pergi. Tanpa menoleh, tanpa berpaling.
Mendengar jawapan, Siti Hajar tidak berkata apa-apa. Mata dan hatinya menghantar suaminya Ibrahim a.s. berlalu pergi. Tega dan reda. Kalau suamiku bertindak meninggalkan kerana Allah, aku mesti rela ditinggalkan juga kerana Allah, mungkin itulah rasa hati Siti Hajar sewaktu ditinggalkan Ibrahim.
(MAJALAH SOLUSI NO 18)
Monday, April 12, 2010
Suara "MUSLIMAT POWER" bergema
Begitulah ulasan salah seorang penceramah untuk Bicara Wanita UPSI, Ustazah Rafidah Jannah. Perbualan singkat melalui Yahoo Messagger minggu lepas membuatkan saya tersenyum lapang. Bicara Wanita yang diasaskan pada 2009 masih lagi bersambung pada tahun ini oleh generasi penyambung saya. Tiada lafaz yang dapat diungkapkan selaian ALHAMDULILLAH.
"Fiza, enti sudah tinggalkan adik-adik yang hebat. Doakan mereka. Akak yakin mereka mampu sebab mentor mereka hebat"
Sekali lagi, kesyukuran dipanjatkan. Bukan siapa hebat yang menjadi ukuran disini, tetapi semangat dan usaha itu yang penting untuk menjayakan sesuatu yang kita perjuangkan. Sudah menjadi lumrah, yang patah hilang akan berganti. Tidak kira bagaimana generasi penyambung menggerakkan apa yang di tinggalkan, apa yang penting mereka mempunyai cara yang tersendiri. Bagi saya seseorang itu perlu ada cara dan gaya tersendiri dalam menguruskan dan memimpin sesuatu. Jika dulu saya mentor kepada generasi yang ada kini, saya secara peribadi tidak mengharapkan mereka mengikut cara saya meminpin. Tidak perlu sama sekali. Cuma jika ada yang baik sepanjang proses saya meminpin jadikan sebagai panduan.
Seorang pemimpin yang hebat akan menghasilkan pemimpin yang jauh lebih hebat daripadanya. Tiada guna jika dia hebat, tetapi dia tidak dapat mendidik generasi pelapis menjadi orang yang lebih baik kerana tiada kesinambungan disitu. Terutamanya dalam arena dakwah. Dakwah itu akan hanya hidup pada zaman dia sahaja, tetapi tidak ada siapa yang dapat menyambungnya. Lihatlah bagaimana Hassan Al-Banna mampu memberi kesan pada kita walaupun dia tidak ada lagi. Islam yang diperjuangan oleh Rasullullah mampu kita rasa hingga saat ini...
Saya gembira mendengar perkabaran baik daripada ustazah Rafidah tentang perkembangan muslimat di UPSI. Walaupun saya tidak melihat dengan mata saya, tapi keyukuran dan doa sentiasa saya titipkan untuk mereka. Sudah menjadi perangai saya, apabila saya sudah serahkan tanggungjawab pada pengganti baru, saya akan memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka. Walaupun cara dan pemikiran berlainan berlainan, itu tidak mengapa asalkan tetap dalam landasan yang betul. Saya akan hanya memberi pendapat jika mereka perlukan sahaja.
Moga laungan MUSLIMAT POWER terus bergema di UPSI. Moga kerinduan dan kecintaan mencari ilmu didalam setiap peribadi seorang MUSLIMAT itu sentiasa tersemat.
Diakhir perbualan saya dengan ustazah Rafidah sempat saya bergurau
" Nanti suatu hari nanti, moga saya dan akak dapat duduk sebaris dan berentap di pentas UPSI untuk majlis ilmu"
" InsyaAllah dik, akak tunggu saat indah itu"
Guraun itu sekadar pencetus semangat untuk saya (^_^)
Perkenalan yang saya kira baru setahun jagung dengan ustazah Rafidah cukup bermakna walaupun kami tidak pernah bersua muka. Itulah Ukhwah kerana Allah.
Selama maju jaya untuk MUSLIMAT-MUSLIMAT di alam kampus. Medan saya bukan dsitu lagi. Moga dimana sekalipun medan kita, moga kita sentiasa istiqamah dan laungan MUSLIMAT POWER itu tetap bergema dimana-mana kerana MUSLIMAT itu sayap kiri perjuangan.
Astaghfirullahal'azim 3X..Moga Allah pilih kita semua dan ampunkan kesalahan kita.