Friday, April 23, 2010

Aku Bukan Sumayyahmu!!


Suamiku, bunga semalam telah layu

Gugur daripada jambangannya

Mujur cinta dan perjuangan kita

Bukan itu lambangnya


Mulutku kaku untuk merayu

Hatiku malu untuk terus cemburu

Tidak seperti dulu

Kerana kini kau mujahid

Yang rindu memburu syahid


Maaf kiranya tutur dan tingkaah

Senyuman dan seri wajah

Pudar dan hambar dimatamu

Padaku yang baru belajar

Menjadi seorang mujahidah


Aku kini hanya mendoakn

Agar kau menjadi Yassir

Walau kiranya....aku bukan Sumayyahmu


Dalam tangis kucuba senyum ketika

Kau bermusafir

Sepertinya Siti Hajar

Sewaktu ditinggalkan Ibrahim


Biar selalu kita berpisah

Selalu derita kerap susah

Kerana syurga menagih ujian berat

Sedangkan neraka dipagari nikmat


Dipegang jubah suaminya. Matanya yang jernih merenung sayu.

“ Apakah ini kerana Allah?”

“Ya, wahai isteriku. Semua ini kerana Allah,” jawab suaminya lalu berlalu pergi. Tanpa menoleh, tanpa berpaling.

Mendengar jawapan, Siti Hajar tidak berkata apa-apa. Mata dan hatinya menghantar suaminya Ibrahim a.s. berlalu pergi. Tega dan reda. Kalau suamiku bertindak meninggalkan kerana Allah, aku mesti rela ditinggalkan juga kerana Allah, mungkin itulah rasa hati Siti Hajar sewaktu ditinggalkan Ibrahim.


(MAJALAH SOLUSI NO 18)


P/s : Entry ini khas untuk sahabat sahabiyah yang sudah berumahtangga dan bakal berumah tangga. Moga ada sentuhan semangat melalui kata-kata entry ini...Lafaz kata " aku ingin menjadi mujahidah" tidak semudah aplikasinya..Mungkin puisi ini akan saya hayati dengan lebih mendalam bila tiba masanya..Buat masa ini saya hadiahkan pada sahabat sahabiyah dulu sebagai pencetus semangat..ngee (^_^)..Semoga istiqamah semua

No comments: