
Sama-sama kita menghayati sirah Sayyidatina Aisyah Ummul Mukminin ini. Kecerdikan,ilmu, Personaliti dan karisma Aisyah tidak dapat disangkal lagi. Buku yang sarat dengan perjalanan hidup Aisyah dari Aisyah dilahirkan sehingga berkahwin dengan Rasulullah.
Aisyah, seorang wanita yang mendapat asuhan dan bimbingan daripada seorang ayah bernama Abu Bakar As-Siddiq. Dikukuhkan lagi dengan bimbingan dan pendidikan oleh suami tercinta yakni Rasulullah s.a.w... Beliau merupakan contoh terbaik untuk semua khasnya wanita Islam dalam pelbagai bidang ilmu. Sama-sama kita menghayati karya oleh Sulaiman An-Nadawi ini..
Ya Allah, moga buku ini menjadi pemangkin untuk diri supaya terus bersemangat menggali ilmu Mu...menjadikan diri mencintai ilmu Mu..Dan berharap moga diri ini mampu melahirkan generasi muda secerdik Aisyah Ummul Mukminin kelak..Bijak akalnya untuk perjuangan Islam...
p/s: Tengah merancang untuk menghayati sirah Siti Khadijah pula selepas buku Aisyah Ummul Mukminin...Yang pasti buku The Last Ember: Bara Disebalik Penggalian Bawah Tanah Al Aqsa tulisan Daniel Levin sedang menunggu..
2 comments:
pinjam2..hehe.. mcm best je, ;)
khaulah:
hehe..nak pinjam buku yang mana tu sakinah? hehe...bleh2, insyaAllah...kadang2 duk gelak baca buku ni...sebab dapat menghayati watak saidatina Aisyah..cerdik sungguh..time dia cemburu dgn Rasulullah tu mcm comel je dia..hehe (^_^)
Post a Comment