Wednesday, November 19, 2008

Rasional atau tidak..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Huh sudah lama tidak masukkan apa-apa entry dalam medan penulisan maya ni.Terlalu banyak tuntutan-tuntutan yang saya kena laksanakan selepas exam. Alhamdulillah selesai sudah sesi untuk semester ini. Bila ingat pasal belajar, otak saya ni ligat teringat mak kat kampung. Mungkin dah musim cutikan, perasaan rindu kat mak dan ayah tidak boleh nak elak walaupun baru sahaja balik menziarah mereka sebelum exam final hari tu.

“ Mek, gano ni study tok abeh lagi ni. Esok pekso dah ni. Malahnyo jaa nak study” saya mengadu pada mak .Sengaja nak menarik perhatian dia.hehe. Dan saya pasti jawapan mak...
“ Dah malah, xleh nak tulon la.xleh nak buat gapo-gapo” jawab mak. Sinis sindiran mak tapi saya ketawa sebab dah tahu jawapan dia.
Satu lagi kata-kata trademark mak..
“Mek , jaa nak exam esok. Mek doa banayak-banyak deh. Mek solat hajat ko jaa deh”...belum sempat mak jawab..Aku terus cakap.. “cop jaa tahu dah mek nak kato gapo, ye jaa mek sokmo doakan jaa..mok mano tak doake untuk kejayae anok2”kata ku..
Kata-kata aku tu buatkan mak saya ketawa. “ Awak ni jaa tak dan lagi mek nak jwb awk jwb doh”, ngomel mak sambil ketawa. Gurauan itu buatkan aku senang dan tenang. Panjang pulak cerita pasal mak.Dah rindu sangat kot.

Sebenarnya saya nak kaitan perkataan ‘belajar’ ni dengan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Tapi tidak ada kaitan dengan mak pun.Dah rindu sangat tu yang jadi panjang cerita.
Mula-mula dulu bila saya dapat cerita pasal dasar yang kerajaan buat tentang Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), saya tidak rasa ada sebrang masalah tentang dasar ini. Mungkin satu sudut saya lihat ianya bagus kerana untuk memantapkan bahasa Inggeris di kalangan anak melayu. Itu persepsi saya dulu. Tapi bila saya fikirkan semula ada juga masalahnya. Terutamanya kepada pelajar luar bandar yang mana sesetengah guru-guru juga tidak berapa mahir dalam bahasa Inggeris. Contohnya adik saya, syafiq.Memang kesian. Bila saya soal memang dia tidak faham. Sebelum menduduki UPSR saya lihat die membaca buku rujukan dalam versi bahasa Melayu.Saya tanya dia kenapa baca buku bahasa Melayu sedangkan dia belajar bahasa Inggeris. Dia kata dah tak faham macamana nak baca buku bahasa Inggeris. Menurutnya cikgu juga membenarkan mereka membaca buku versi bahasa Melayu. Saya tanya lagi adik, maklumlah saya bakal guru..Saya tanya bukan ke exam in English. Dia kata ada dua-dua. Maksudnya boleh pilih samada nak jawab dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris. Erm apa maknanya?Rasa-rasa rasional tak dasar ini dibuat. Wajibkan belajar in english, tapi last sekali jawab exam dalam bahasa Melayu..Saya cuba kaitkan dengan diri saya. Erm dah hampir 3 tahun saya belajar sains dan matematik dalam versi Inggeris, dari matrik lagi.Memang susah nak adapt tapi kadang-kadang timbul jugak keseronokan sebab kita boleh explore banyak buku dalam versi English. Itu situasi berbeza ,tidak boleh dikaitkan dengan isu PPSMI di sekolah. Tapi secara peribadinya, saya rasa lebih baik isu ini dikaji semula. Ya kementerian ada mengatakan bahawa keputusan UPSR kali ini memuaskan walaupun berlaku penurunan pelajar yang mendapat 5A. Tapi bolehkah ini menjadi skala jaminan untuk mengukur keputusan masa depan kelak? Pendapat personal saya, sebenarnya banyak lagi alternatif untuk memantapkan bahasa Inggeris dikalangan pelajar.

Teringat kata-kata Aminuddin Baki:
"Anchaman datang daripada ... golongan Melayu yang ... kurang perchaya tentang kebolehan bahasa Melayu ... sehingga timbul-nya ... rasa tidak tahu membuat apa2 bila bahasa Inggeris chuba hendak digantikan dengan bahasa Melayu. Ini adalah keadaan biasa di-kalangan bangsa2 yang dijajah, ... hasil penjajahan di-'alam fikiran dan kehidupan pendudok."

Di atas hanyalah pendapat dangkal saya sebagai seorang rakyat biasa, sebagai mahasiswa dan bakal guru.

p/s: sangat tertarik dengan petikan ini:
“Berdasarkan kenyataan pemimpin Melayu kini, kita dapati agak sukar untuk meneruskan usaha kembalikan dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah-sekolah.
Antara alasan popular ialah, kerajaan telah banyak menghabiskan wang dan masa ke arah penyediaan pakej prasarana teknologi termasuk latihan kemahiran, kepakaran sebelum ini ke atas guru-guru Sains dan Matematik bagi menggalas tugas ini.
Jadi, kata mereka, jika hal ini terbatal, akan sia-sia dan rugilah semua hasil usaha mereka selama ini.
Ada dua jawapan ke atas alasan kerajaan ini. Pertama, ketika kerajaan mahu melaksanakan dasar ini, mereka tidak pernah menghirau pandangan khalayak awam. Jadi, wajarlah kerugian ini ditanggung mereka sendiri.
Kedua, jika parti pemerintah bijak, daripada rugi sedikit pada masa sekarang dan rugi banyak dalam tempoh jangka panjang, yang manakah mereka akan pilih?
Jika hal di atas ini tidak dijawab, bolehkah gerakan radikal Keranda 152 kali kedua kita laksanakan bersama?” (sumber:harakahdaily.net)




No comments: