Wednesday, November 19, 2008

SAJAK KEMATIAN


Baru-baru ini, negara dan dunia pendidikan terutamanya digembar gemburkan dengan sajak kematian yang ditayangkan kepada pelajar sekolah rendah (tahun 1 dan tahun 2). Pelbagai respon yang kita dapat dari segenap lapisan masyarakat samada golongan akademik, mahasiswa,ibu bapa dan juga tidak terlepas juga golongan pelajar sendiri. Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang tidak bersetuju.


TV3 melaporkan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin membantah terhadap penayangan video sajak kematian kepada pelajar tahun satu dan dua. Katanya penayangan sebagai bahan pembelajaran itu tidak sesuai khususnya terhadap pelajar berusia tujuh dan lapan tahun.


Di bawah ini merupakan beberapa reaksi masyarakat terhadap video 'sajak kematian' ini.


"Profesor Mohd Hazwani B Abdul Rani dari petronas mahu semua material yang menakutkan tetapi menginsafkan perlu diteruskan. Apatah lagi ia berkaitan aqidah Islam yang kebelakangan ini dipndang ringan. Keperluan mengingatkan kematian kepada semua pihak adalah wajib"


"Pelajar UPSI yang dikenali Adi Putera Jagat berpendapat kesan visual lebih memberi impak kepada memori penerima.Sehubungan itu penayangan video ini boleh mencegah sesuatu amalan ke tahap 90% "


" Pelajar tingkatan 4,Mohd Rauf, menurutnya wajar pelajar sepertinya menerima input mengenai dunia akhirat. Namun dia tidak setuju untuk ditayangkan kepada pelajar sekolah rendah kerana mereka terlalu kecil untuk memahami seksa kubur"


Ini adalah antara respon-respon masyarakat yang dilaporkan oleh TV3. Namun ustaz Zawawi Yusoh, pendakwah dan perunding motivasi berpendapat bahawa pendekatan filem merupakan cara yang lebih dekat dan berkesan kepada kanak-kanak. Katanya zaman berubah cara berubah. Penayangan filem boleh memberi tarikan. Tambahnya,soal kematian boleh melembutkan hati"
Saya tertarik dengan kata-kata ustaz zawawi yang soal kematian boleh melembutkan hati.
Saya sendiri telah menonton video 'sajak kematian'. Memang tidak dinafikan saya yang berumur 21 pun ngeri bila melihat tayangan tersebut dan timbul rasa insaf. Ngeri disini kerana mengingatkan kematian itu sendiri. Dan pendapat personal saya, tidak salah andai kita memberi pendedahan awal kepada anak-anak kita. Itu lebih baik daripada kita terapkan mereka dengan budaya tom tom bak, raksasa yang di bunuh oleh ultraman ataupun wira pujaan ramai iaitu power rangers. Didikan awal adalah perlu untuk kanak -kanak yang membesar didalam dunia serba moden ini. Jika saya seorang ibu tentu sahaja saya membenarkan anak saya menonton sajak kematian ini. Disinilah ibu dan bapa serta guru perlu memainkan peranan kepada anak-anak tentang kematian dan alam kubur. Dan saya sebagai bakal guru merasakan pembelajaran ini adalah baik dan tidak salah untuk diteruskan. Namun saya tidak menafikan pendapat-pendapat orang lain. Masing-masing mempunyai view yang berbeza.


p/s : orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengingati kematian..wallahu'alam.

No comments: