Tuesday, November 11, 2008

LANGKAH ITU BERMULA

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..




Majlis Watikah Perlatikan MPP 08/09


Kesyukuran saya panjatkan pada sang Pencipta kerana masih lagi memberi nikmat Iman dan Islam kepada saya. Pada tanggal 8 november 2008 dengan rasminya saya dimandatkan sebagai Exco Latihan Dan Pembangunan Sahsiah MPP 08/09. Dalam renyai hujan, saya dan dua orang lagi sahabat kuatkan semangat ke majlis watikah yang berlangsung di Bangunan Bitara Siswa.

Tidak timbul perasaan gembira pun malah rasa satu amanah yang amat berat sedang di pikul. Betapa tangan -tangan yang mengundi kami sedang menuntut hak-hak mereka. Saya terfikir panjang bila seorang teman saya berbangsa Cina menegur saya sejurus sahaja kami tamat peperiksaan TBC (Courseway Development in Biology). Teman ini boleh dikatakan agak rapat dengan saya.

" Wah, jaa kamu sudah jadi MPP ye sekarang? Tahniah jaa. Jangan lupa, kamu kena jaga kebajikan saya"

Kata-katanya membuatkan saya terfikir bahawa dalam apa jua sekalipun , dalam keadaan manapun, dalam kesempitan yang macamanapun langkah saya dan sahabat sahabiyah yang lain telah bermula. Amanah perlu kami laksanakan.

" Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakanketentuan bagi setiap sesuatu"
(At-Thalaaq: ayat 2-3)

Saya pasti, dengan izin Allah revolusi itu pasti berlaku, insyaAllah. Jika Obama telah mengejutkan dunia dengan revolusi kepimpinan berkulit putih kepada kepimpinan kulit hitam kenapa tidak kami. Pendidik mampu menjadi Pencetus Revolusi.

NORHAFIZAWATI BINTI MAHMAD ROZALI

EXCO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

MPP 08/09

UPSI

No comments: