Friday, December 12, 2008

minyak turun, getah dan kelapa sawit juga turun

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. Semesta bertasbih memujiNYA..cuma kadang-kadang dan tersangat jarang manusia yang mengingati KEKASIH YANG SATU ITU. Padahal manusia lah sebaik-baik ciptaan Allah. Yang dikurniakan bukan sekadar otak tetapi juga akal yang mana tiada pada ciptaanNYA yang bernama haiwan mahupun tumbuhan. Sistem saraf lengkap dengan neuron dan impuls untuk untuk bertindak balas dengan setiap rangsangan dan untuk bertindak membuat keputusan supaya dapat wujudkan satu keputusan yang paling terbaik. Sistem respirasi yang lengkap yang mana bertindak secara automatik tanpa ada unsur arahan dari tuan empunya diri. Molekul darah mengalir dalam setiap saluran darah untuk memastikan darah beroksigen dapat dialirkan ke otak supaya manusia dapat berfikiran waras dan dapat dialirkan ke organ yang diperlukan. Allahuakbar.. Maha suci Allah. Melengkap ciptaanNYA.. namun jarang manusia bersyukur.

Hampir dua tahun, jika tidak silap saya harga getah naik begitu tinggi. Hampir mencecah RM5.00 jika tidak silap. Penoreh getah memang mewah waktu. Sampai ada yang berhenti kerja untuk balik menoreh getah di kampung. Income bulanan penoreh getah ada yang mencecah RM4000.00 untuk sepuluh hari. Tu sepuluh hari. Bayangkan kalau sebulan?Itu income bagi yang memiliki ladang sendiri. Waktu saya kecil dulu, rasanya harga getah hanya sekadar lingkungan RM2.00 sahaja. Begitu juga harga kelapa sawit yang mahal.

Namun kepulangan saya kekampung sewaktu aidilada hari itu tidak pulang dengan berita kosong. Saya dimaklumkan bahawa harga getah jatuh ke harga RM 0.80..huh bayangkan betapa mendadaknya turun. Mak yang juga surirumah yang merangkap penoreh getah juga memaklumkan memaklumkan benda yang sama. Nasib anak-anak semua sudah bekerja kecuali saya dan adik yang masih belajar dan ladang arwah nenek menyebabkan mak tidak terlalu gusar walaupun ada juga tercalit kegusaran kat hati mak dan ayah memandangkan harga barang yang semakin naik walaupun harga minyak semakin turun. Harga pasaran telur sekarang ialah RM2.00 bagi lima biji. Bayangkan taraf hidup sekarang. Saya ada juga tanya mak, mak cik dan yang lain macaman bagi orang yang ambil upah dan mempunyai anak bersekolah yang ramai. Mereka hanya tersenyum..maknanya?? saya kena faham sendiri..Detik-detik sukar lah maksudnya untuk mereka yang mempunyai tanggungan yang banyak..Saya sembang dengan ayah..saya kata kat ayah mungkin ada hikmah disebaliknya dan mungkin ini rezeki Allah tetapkan untuk kali ini..Saya tersengih kat ayah sewaktu berkata begitu. Ayah sekadar memandang dan senyum. Mungkin rasa kelakar dan poyo statement saya itu. Atau mungkin ayah rasa pelik anak dia yang nakal ini mengeluarkan statement begitu. Atau mungkin ayah mengakui kebenaran kata-kata saya.

Sehari sebelum aidiladha abang cik saya balik ke kampung. Dia bagitahu yang harga kelapa sawit juga jatuh. Isk biar betul abang ni..erm kebenaran itu tetap kebenaran. Mungkin betul kata-kata dia sebab dia bekas pegawai FELDA kat Trolak dulu sebelum bertukar bekerja di MADA. Abang cik juga bagitahu yang sekarang harga padi naik..uish banyak betul benda-benda naik turun ni. Pening saya dengar cerita-cerita sekarang..

Baru sahaja rakyat lega dengan harga minyak yang makin turun, dikejutkan lagi dengan benda-benda lain. Ada juga yang merungut minyak turun pun harga barang sama juga. Contohnya harga bas dari tanjung malim ke kelantan. Dulu RM35.50 sekarang dah jadi RM46.00..Huh kesian betul. Saya yang selalu balik kelantan terasa betul. Tapi sebab dah tanggungjawab sebagai anak saya kena balik untuk melawat ayah mak. Sekurangnya sebulan or dua bulan sekali..Duit boleh cari, mak ayah nak cari kat mana..itulah ayat2 yang saya pasakkan dalam hati.
Apa yang saya sampaikn bukan sekadar cerita dongeng, tetapi ada yang perlu kita sebagai rakyat ambil tahu. Cerita ini mungkin ada yang tahu atau pun mungkin tidak.Mungkin saya sebagai pelajar tidak rasa benda ini sebab saya ditanggung oleh parents dan saya tidak mempunyai tanggungan. Hanya mereka yang ada tanggungan yang rasa.Tapi saya rasa terpanggil untuk menyampaikan perkara ini walaupun tiada data dan analisis harga yang sahih setakat ini untuk saya tunjukkan. Saya berharap agar ada pihak yang bertanggungjawab yang alert tentang ini. Adakah kita yang hidup senang akan terus senang? Atau kita akan terus bergoyang kaki melihat nasib orang lain susah? Fikir-fikirlah dan berdiskusilah. Tapi jangan terus BERBINCANG KEMAS tanpa penyelesaian...

p/s: adakah kapasiti penoreh getah terlau kecil sehingga berita ini tak terlalu tersebar?

No comments: