Monday, April 12, 2010

Suara "MUSLIMAT POWER" bergema

Dimana-mana kita berada moga istiqamah

"Alhamdulillah dik, laungan MUSLIMAT POWER bergema dalam auditorium".....
Imbang Penuh
Begitulah ulasan salah seorang penceramah untuk Bicara Wanita UPSI, Ustazah Rafidah Jannah. Perbualan singkat melalui Yahoo Messagger minggu lepas membuatkan saya tersenyum lapang. Bicara Wanita yang diasaskan pada 2009 masih lagi bersambung pada tahun ini oleh generasi penyambung saya. Tiada lafaz yang dapat diungkapkan selaian ALHAMDULILLAH.

"Fiza, enti sudah tinggalkan adik-adik yang hebat. Doakan mereka. Akak yakin mereka mampu sebab mentor mereka hebat"

Sekali lagi, kesyukuran dipanjatkan. Bukan siapa hebat yang menjadi ukuran disini, tetapi semangat dan usaha itu yang penting untuk menjayakan sesuatu yang kita perjuangkan. Sudah menjadi lumrah, yang patah hilang akan berganti. Tidak kira bagaimana generasi penyambung menggerakkan apa yang di tinggalkan, apa yang penting mereka mempunyai cara yang tersendiri. Bagi saya seseorang itu perlu ada cara dan gaya tersendiri dalam menguruskan dan memimpin sesuatu. Jika dulu saya mentor kepada generasi yang ada kini, saya secara peribadi tidak mengharapkan mereka mengikut cara saya meminpin. Tidak perlu sama sekali. Cuma jika ada yang baik sepanjang proses saya meminpin jadikan sebagai panduan.

Seorang pemimpin yang hebat akan menghasilkan pemimpin yang jauh lebih hebat daripadanya. Tiada guna jika dia hebat, tetapi dia tidak dapat mendidik generasi pelapis menjadi orang yang lebih baik kerana tiada kesinambungan disitu. Terutamanya dalam arena dakwah. Dakwah itu akan hanya hidup pada zaman dia sahaja, tetapi tidak ada siapa yang dapat menyambungnya. Lihatlah bagaimana Hassan Al-Banna mampu memberi kesan pada kita walaupun dia tidak ada lagi. Islam yang diperjuangan oleh Rasullullah mampu kita rasa hingga saat ini...

Saya gembira mendengar perkabaran baik daripada ustazah Rafidah tentang perkembangan muslimat di UPSI. Walaupun saya tidak melihat dengan mata saya, tapi keyukuran dan doa sentiasa saya titipkan untuk mereka. Sudah menjadi perangai saya, apabila saya sudah serahkan tanggungjawab pada pengganti baru, saya akan memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka. Walaupun cara dan pemikiran berlainan berlainan, itu tidak mengapa asalkan tetap dalam landasan yang betul. Saya akan hanya memberi pendapat jika mereka perlukan sahaja.

InsyaAllah semoga kita semua sentiasa dipilih untuk jadi MUSLIMAT POWER

Moga laungan MUSLIMAT POWER terus bergema di UPSI. Moga kerinduan dan kecintaan mencari ilmu didalam setiap peribadi seorang MUSLIMAT itu sentiasa tersemat.

Diakhir perbualan saya dengan ustazah Rafidah sempat saya bergurau

" Nanti suatu hari nanti, moga saya dan akak dapat duduk sebaris dan berentap di pentas UPSI untuk majlis ilmu"
" InsyaAllah dik, akak tunggu saat indah itu"

Guraun itu sekadar pencetus semangat untuk saya (^_^)

Perkenalan yang saya kira baru setahun jagung dengan ustazah Rafidah cukup bermakna walaupun kami tidak pernah bersua muka. Itulah Ukhwah kerana Allah.

Selama maju jaya untuk MUSLIMAT-MUSLIMAT di alam kampus. Medan saya bukan dsitu lagi. Moga dimana sekalipun medan kita, moga kita sentiasa istiqamah dan laungan MUSLIMAT POWER itu tetap bergema dimana-mana kerana MUSLIMAT itu sayap kiri perjuangan.

Astaghfirullahal'azim 3X..Moga Allah pilih kita semua dan ampunkan kesalahan kita.

UNTUKMU WANITA: " Wanita, dirimu begitu berharga. Seindah-indah hiasan dunia adalah Wanita Solehah. Peribadinya terjaga dan terpelihara. Duhai wanita, dalam kelembutanmu, suburkan ketegasan, berlandaskan ilmu keredhaan Tuhan"

2 comments:

MawarMaSs said...

Salam..ja, miss u
alhamdulillah...seorang kakak yang hebat telah menghasilkan adik2 yang hebat..semoga mereka akan terus istiqamah..kita sama2 doakan mereka..

Norhafizawati Bt Mahmad Rozali said...

wsalam mass..
InsyaAllah, moga kita semua terus istiqamha dan terus dipilih o Allah (^_^)