Tuesday, June 22, 2010

Sesuatu yang tidak pasti...

Ketika lahirnya satu kelahiran baru, pasti setiap ibu bapa berkehendak atau berhasrat sesuatu kepada si anak kecil itu. Tidak kiralah dari segi sahsiahnya, material mahupun tahap pendidikan. Malah sedari kecil ibu bapa sudah pasakkan bahawa anak kecil ini akan menjadi seorang yang baik akhlaknya, hebat ilmunya dan baik pekerjaannya. Itu normal. Keinginan itu pasti ada. Malah sebelum lahirnya permata hati itu, keinginan sebegitu sudah ada.

Begitu juga terjadinya si anak tadi bila sudah membesar. Pada mulanya, apa yang dipasakkan oleh 'ummi' dan 'abi' itulah yang menjadi panduaannya. Tapi bila mula membesar, ada pendirian dan pemikiran sendiri, anak tadi mula memasang hasrat dan keinginan sendiri. Malah skop keinginan jauh lebih luas. Anak tadi sudah nampak 'view' untuk mengarahkan hala tuju kehidupannya sendiri. Cuma hasrat dan pesanan ibubapa dijadikan sandaran agar tidak terbabas dari kawalan. Ibu bapa masih dijadikan co driver walaupun anak kecil itu sudah boleh memandu tanpa di arah.

Begitulah kehidupan ciptaan Allah yang bergelar manusia. Manusia diciptakan sebaik-baik kejadian. Dikurniakan akal untuk berfikir dan mentadbir kehidupan. Dikurniakan akal dan tenaga untuk berfikir dan berusaha mencapai keinginan dan matlamat. Cuma matlamatnya macamana? Faktor pentarbiyahan sedari kecil inilah yang akan membantu seorang anak yang mana membesar menjadi pemuda pemudi ini akan mempengaruhi keputusan. Asas pendidikan agama yang kuat sangat penting. Mengenal pencipta yang maha Agung terlebih dahulu sebelum mengenal dunia. Takut jika berkenalan terlebih dengan dunia, bimbang tidak sempat untuk berkenalan dan bercinta dengan yang pertama dan kekal yakni sang Pencipta, Allah S.W.T...Hakikatnya iman itu tidak boleh diwarisi dan di jual beli. Itu satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan. Tidak dijamin anak seorang imam akan menjadi ustaz malah pejuang Agama. Semuanya pilihan Allah. Namun, darah yang baik tetap akan mengalir dalam batang tubuh zuriatnya. Ada juga Allah takdirkan seorang yang dari keluarga yang biasa, malah tidak dapat didikan agama yang sempurna mampu menjadi pejuang Agama yang amat disegani. Kerana apa? Kehendak Allah tiada yang dapat menghalangnya bila mana Allah menyebut 'kun fa yakun'. Banyak sirah yang meriwatkan bahawa hidayah itu milikNya. Dia yang berkuasa memberi dan mnghilang. Tidak seorang pun manusia dapat mengubah manusia lain melainkan Allah mengubahnya. Cuma kita perlu berusaha untuk hidupkan syiar Islam.

Sungguh kehidupan itu ibarat roda. Kita tidak pasti pengakhiran bagaimana. Samada di atas atau di bawah. Namun jangan jadikan itu untuk kita berserah pada takdir. Allah amat menyukai hamba-hambanya yang berusaha.

Jika sekarang, fenomena bagi saya dan kawan-kawan yang baru habis praktikum ialah menunggu hari konvokesyen dan juga tarikh di postingkan. Situasi ini sudah pasti buatkan setiap orang rungsing memikirkan masa depan. Menunggu satu jawapan yang tidak pasti kepada sebuah perjuangan selama empat tahun di kampus. Maka disinilah kita akan diuji dengan pergantungan yang mutlak pada Allah S.W.T..Doalah moga Allah permudahkan setiap urusan. Rancanglah sesuatu supaya setiap langkah ke depan sarat dengan pengisian. Sungguh, cita-cita yang kita pacakkan belum tentu jadi realiti. Namun teringat saya pada pesanan abang Long saya..

'Dik, penting untuk kita merancang hidup kita. Memang kadang-kadang perancanagn kita nampak besar. Orang lihat semacam pelik. Namun kena ingat dik, merancang sebuah perjalanan hidup penting. Tidak mengapa kita tidak berjaya. Itu bukan persoalannya. Yang penting kita ada angan-angan, cita-cita dan tekad untuk mencapainya. Ingat tu'

Begitu juga keadaannya dengan pencarian pasangan hidup. Tidak boleh saya nafikan di usia sebegitu ada perancangan itu ada tersenarai dalam takwim hidup. Cuma mungkin berbeza aim setiap orang. Ada yang mengingikan awal dan ada menginginkan sedikit lambat. Bergantung pada setiap individu. Malah sudah ada ciri-ciri atau target yang sudah ditetapkan. Ada mensyaratkan cantik, ada mensyaratkan kaya dan bermacam-macam guide yang disenaraikan. Semua itu juga bergantung pada individu. Teringat perbincangan beberapa hari lepas dengan seorang kawan. Katanya:

" Yelah, kau kan berjiwa rocker. Mana la fikir sangat tentang bait dakwah ni"

Tersenyum saya. Saya faham rocker yang dikatakannya itu bukan lah saya ni berjiwa amy search, ella mahupun awie..Tapi jiwa yang agak kering dan tidak ambil peduli. Jawapan saya waktu itu mudah..

" Nampak begitu, hakikatnya jiwa ini sungguh lembut. Cuma buat apa fikirkan sesuatu yang kita belum pasti hakikat kesudahannya? Sesuatu yang kita tidak bersedia untuk menggalasnya.."

Hakikatnya saya juga manusia biasa. Doa itu pasti ada setiap waktu kearah menyempurnakan kehidupan beragama itu. Melaksanakan sunnah Rasulullah itu. Tunggulah bila Allah dah datangkan waktunya.

Apa yang penting, saya kini sungguh optimis untuk melaksana satu projek yang agak besar untuk 15 tahun pertama ini. InsyaAllah untuk kepentingan bersama. Gerakan itu perlu bermula. Gelombang sahaja tidak mencukupi. Sesuatu perancangan itu perlu disusuli dengan strategi dan tindakan yang kemas bukan gelojoh. Moga Allah mudahkan. Syukran Kathr ukht Sakinah, atas semangat dan sokongan yang diberikan. Moga ketenangan dan keredhaan Allah yang ukht perolehi seperti indahnya maksud namamu ~sakinah~..

Walaupun sesuatu itu tidak pasti kesudahannya, usahalah dan doalah padaNYA....fighting (^^,)

Allah pasti makbulkan doa kita,
Jika lambat, Allah ingin menguji kesungguhan kita,
Jika tidak, Allah ada percaturan yang lebih baik yang kita tidak tahu,
Jika bukan di dunia, insyaAllah di Syurga (^_^)

------Teruskan-----

No comments: