Thursday, June 17, 2010

Dia hadir lagi?


Awan putih yang sentiasa bergerak mengikut tiupan angin cukup menenangkan hati Nur. Bintang yang berkelipan di langit biru cukup membuatkan Nur tersenyum dan berfikir bahawa bertuahnya bintang itu kerana menghiasi langit luas itu. Membuatkan setiap mata yang memandang tenang. Hebatnya kuasa sang pencipta. Menjadikan alam sebagai guru yang paling setia bagi manusia yang berfikir.

Nur mengusap lembut perutnya, sambil membisikkan satu doa.

“Moga benih yang akan membesar kelak menjadi mujahid mujahidah soleh solehah. Yang sepenuh hati berjuang untuk Islam yang tidak pernah gentar dengan setiap ujian dan cabaran. Peliharalah diriku ya Allah”

Astaghfirullah. Nur tersedar dari ilusi. Memerhati keadaan sekeliling, takut ada mata yang memandang gelagatnya. Itulah Nur, sedari usia muda sehingga hampir memasuki fasa awal dewasa. Suka mendoakan sebegitu. Pernah Nur bercerita dengan kawan karibnya bahawa itu doanya untuk anak-anaknya jika dia dipertemukan jodoh di dunia dan dikurniakan zuriat. Nur sudah pasakkan dalam dirinya untuk sentiasa berdoa sebegitu walaupun dia tidak pernah tahu siapa bakal suaminya kelak dan bila masa Allah akan tetapkan jodohnya. Perbuatan itu sudah sebati dengannya. Nur yakin pada doa itu sebab dia yakin dengan janji Allah.

Tiba-tiba nur terasa kelopok matanya bergenang dengan mutiara jernih. Nur terasa sebak teramat. Sungguh masa berlalu bergitu pantas. Nur pasti semua ummat Islam dimuka bumi Allah ini tengah menghitung hari untuk bertemu Ramadhan. Masa berlalu begitu pantas. Namun sempatkah untuk bertemu Ramadhan ini? Kali ini Nur betul-betul berazam untuk bersedia sepenuh hati sebelum Ramadhan kali ini tiba. Masi segar dalam ingatan Nur Ramadhan lepas yang penuh dengan ujian. Allah uji Nur sangat hebat. Adakah kali ini Allah akan menguji lagi? Atau Allah akan kurniakan sesuatu untuk Nur. Kali ini Nur makin tenang. Tenang menerima setiap ujian walaupun terdetik kegusaran di hati kecilnya..Akan tumpah lagikah air mata Nur untuk kisah lama?

Apa yang pasti Nur masih lagi menunggu kad jemputan Allah untuk bertandang ke rumahNya sebagai tetamuNya. Bilakah dan layakkah?

" Tuhanku, aku ingin menjadi bintang yang sentiasa berkelipan di langit luas itu..menyinari langit untuk menjadi sentiasa indah dgn kehadiran diri..menjadi penenang kepada setiap jiwa2 yang memandang"

* sambungan entry 'Makin dekatkah DIA?'


No comments: