Tuesday, October 13, 2009

FEMINA 09, semoga berjaya Yun!

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih lagi diberi nikmat terbesar Iman dan Islam walaupun terkadang diri ini selalu melupai KEKASIH nan satu ini. Namun DIA tetap sentiasa mengasihi hamba-hambaNYA. Moga biarlah hidup dan mati dalam Islam, amin. Sungguh, pernah seorang ustaz berpesan pada saya, jika dulu iman ini adakalanya turun dan adakalanya naik. Namun katanya zaman kian berubah, pemikiran kita makin dijajah oleh kemodenan dan keasyikan serta keseronokan dunia. Iman kita pada zaman ini bukan lagi turun naik statusnya. Jika iman itu turun naik xpe lagi, sebab sekurang-kurangnya iman itu masih bersisa dalam diri kita. Menyedihkan iman yang ada pada ummat manusia hari ini menjadi kadang-kadang ada kadang-kadang tiada. Keadaan itu menakutkan. Jika iman itu hilang bagaimana? Masihkan kita berpeluang untuk memperolehi nikmat iman kali kedua? Moga Allah melindungi kita semua.



FESTIVAL MAHASISWI NASIONAL 2009 (FEMINA 09)

Butiran FESTIVAL adalah seperti di atas. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi:

Shah Rizul Ayuni (0136353936)
Nurbahiyah (0179655196)

Kepada sahabat saya Ayuni, fiza doakan moga Yun berjaya. InsyaAllah Yun pasti berjaya dan fiza doakan senantiasa. Komitmen yun tunjukkan pasti beroleh ganjaran dan Allah permudahkan. Semua gagasan idea yang yun dan sahabat-sahabat buat adalah semua yang terbaik. Moga masa ini, saat ini kita mula mengorak langkah dengan ketumbukan mahasiswi.

1 comment:

Ummu Qaseh (UQ) said...

Allahuakbar, FEMINA, memang terkesan buat saya, walaupun tidak sepenuhnya saya mengikuti porgram ini atas sebab2 tak dapat elak, jadi terpaksa balik awal,

perancangan FEMINA begitu teliti, mendalam sehinggakan merungkai aspek-aspek yang selama ini kita abaikan, terutama ekonomi yang saya kira kita sangat berkeperluan terhadapnya tapi masih menadang enteng dalam konteks mahasiswa.

Semuga berjaya kepada pengarahnya ayuni... kepimpinan enti terserlah!..

Subhanallah semuga kita semua sentiasa tsabat dalam segala usaha ke jalan Allah, menuju MARDHATILLAH.

wallahu 'alam!