Sunday, October 18, 2009

TERFIKIRKAN PESANAN MEREKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah.


Rasa kaku tangan untuk menaip. Rasa beku otak untuk berfikir. Tapi bila tengok gambar budak ni macam berfikir, rasa malu pula kat dia sebab malas nak berfikir.

"Jaa, saya sedih sebab tidak boleh menulis sekarang, rasa macam tersekat bilamana tanggungjawab ini masih belum selesai"

Masih segar ayat ini yang mana dilontarkan oleh seorang teman saya. Namun teringat pula pada satu pesanan seorang senior.

"Jangan membiarkan medan dakwah penulisan ini lesu, kerana kamu akan membunuh pengunjung kamu"

Saya ada menjenguk blog-blog teman saya sambil menyiapkan beberapa kerja yang menuntut saya selesaikan sebelum saya keluar untuk berpraktikum. Banyak blog teman-teman saya tidak diupdate. Ya macam blog saya. Saya tahu tugas mereka. Masa mereka yang menuntut banyak benda untuk diselesaikan. Orang tidak nampak, tapi Allah nampak kerja mereka. Moga Allah mudahkan semuanya.

Teringat teguran seorang ustaz

" Apa masalah yang menghalang awak untu buat sesuatu perkara sekarang?"soalnya

" Em, saya kira masa ustaz" jawab seorang teman saya

" Em, ye kan. Awak ada masa 24 jam, saya ada masa 25 jam, Dato' Najib ada 26 jam"balas ustaz tersebut dengan makna yang sungguh tersirat.

Sama-sama kita fikirkan sebab Allah itu adil untuk hamba-hambaNya.

Amanah Mereka

Semalam abang chik saya datang ambil beberapa dokumen penting yang saya bawa dari Kelantan untuk dia. Ada beberapa pertanyaan dr beliau dan perbincangan yang sempat kami bincang dalam beberapa minit semalam:


1) Telefon mak ayah dah minggu ni?

2) Perbincangan tentang pilihanraya kampus yang mendatang ( sebab, jika ini berlaku bermakna adiknya ini akan dalam situasi pembubarankabinet MPP)

3)Praktikal

4) Balik kampung


Saya jawab padanya, saya belum menelefon mak dan ayah minggu ni. Bermakna saya tidak menjalankan tanggungjawab untuk kedua-dua ibu bapa saya pada minggu ini. Terima kasih abang ingatkan.


Persoalan kedua. Saya tidak boleh mejawab tentang pilihanraya kampus yang akan datang. Mungkin lambat lagi. Abang chik amat tahu situasi saya. Malah dia kenal kawan-kawan saya walaupun dia tidak pernah bersua muka. Dia tahu keadaan saya meminpin sekarang. Dia antara orang yang mengikuti perkembangan saya dari awal-awal saya ingin menceburi bidang ini. Dia tahu pemikiran saya. Dia tahu kesukaran saya. Dia juga tahu cara saya melaksanakan tanggungjawab saya. Kalau ada yang cakap saya tidak pandai memimpin, saya tidak melaksanakan amanah dan sebagainya, saya terima sebab orang bebas menilai. Dan saya perlu akui kelemahan dan bukan untuk terus lemah tapi untuk dijadikan catalyst untuk jadi lebih baik. Ini permulaan. Tapi abang chik saya kenal saya. Dia kenal saya 22 tahun. Pernah dia cakap..

" Tentu sukar di tempat jaa sekarang..."

Dia cakap begitu sebab dia kenal adik dia.


Soalan ketiga. Praktikal. Ya saya berpraktikal di Pengkalan Hulu, Perak. Dia minta saya kenal tempat itu. Tahu daerah mana. Mungkin dia lupa adik dia ni dah 22 tahun, dah makin matang. InsyaAllah saya boleh berdikari. Asing tempat itu bagi saya. Tapi saya terima saya dicampakkan kemana sekalipun, yang penting saya diberi peluang oleh Allah membawa sinar Islam bersama-sama dengan setiap derap langkah kaki saya-amin


Soalan keempat. Balik kampung. Tidak tahu. Jika diizinkan Allah, maka sampailah saya di rumah dalam masa terdekat.


Pesanan Abang Long


" Hidup kita ni perlu ada aim. Apa matlamat kita. Kena susun. Kita perlu ada satu cita-cita. Xpe, besar cita-cita kita. Takpe kalau kita gagal. Tidak semestinya kita bercita-cita, kita rancang perlu jadi. Tapi merancang itu perlu. Apa yang kita mahu, apa yang kita perlu. Kena rancang betul-betul. Buat slow2. Biar lambat, janji terancang" pesan abang long waktu raya.


Serius waktu itu diskusi dan pesanan dia pada saya. Mungkin selama ini dia sedar adiknya ni selalu bergurau di rumah, tidak pernah serius bercakap tentang masa depan. Apa yang ada adiknya terima, dia nak adiknya berfikir untuk masa depan dengan lebih matang lagi. Bukan main-main. Terima kasih abang. Abang Long suka ingatkan saya tentang politik dan pentadbiran negara. Selalu kami berbahas. Walaupun berbeza idea, tapi ini bagus untuk pengembangan minda.


Harapan mereka


Harapan ayah untuk saya mencebur diri dalam bidang pendidikan tercapai walaupun tidak pasti saya dapat posting atau tidak. Yang penting harapan itu tercapai. Dia tahu jiwa saya dahulunya bukan disini. Tapi saya akui, saya makin jatuh cinta dengan dunia pendidikan. Terima kasih ayah.


Harapan mak pun sama. Cuma sedikit penambahan dari mak. Mak risau sebab saya makin aktif dengan masyarakat. Risau bukan sebab saya akan melupakan dia. Tidak juga dia risaukan tentang akademik saya, sebab dia tahu dan yakin dengan anak dia. Tapi dia risau saya tidak fikir untuk berumah tangga. Saya terkejut bila dia utarakan tempoh hari. Mungkin saya tidak pernah sentuh langsung bab ini. Cuma kadang-kadang bergurau, tapi dia tahu itu memang gurauan. Saya tersentak. Bukan tidak berfikir dan buat persediaan. Sudah tentu berfikir sebab itu masa depan. Tapi jika ingin menunaikan harapan mak buat masa terdekat ini, saya tidak mampu tunaikan. Saya minta maaf mak. Saya tahu, jika saya cakap waktu sekarang saya hendak menamatkan zaman 'singgle' saya pun mak izinkan. Tapi saya tidak mampu nak laksanakan harapan mak buat masa ini. Fikiran saya masih 'blur'. Bukan sebab persediaan, tapi masa belum tiba. Moga mak doakan ianya berlangsung pada masa yang betul-betul tepat.


Abang chik berpesan lagi pada saya tentang rumahtangga

" Jaa, tidak boleh dikira jodoh selagi tidak akad. Walaupun dah bertunang, dah ada rumah, ada peralatan rumah. Boleh kata semua persediaan dah lengkap la. Tapi kalau kata bukan jodoh, esok nak kahwin pun boleh putus"..

" Apa-apa pun jaa, tidak kira orang mana sekalipun kita jumpa untuk jadi teman hidup kita, moga carilah orang yang tidak berkira dengan kita. Yang terima apa sekalipun yang ada pada kita"


Pada Kak Syuhadah dan Kak Bariyah...

InsyaAllah, sampai masa, sampai seru, panjang umur saya akan inform akak-akak. Cepat atau lambat tidak penting yang penting masa yang betul-betul sesuai yang Allah tetapkan. Terima kasih akak-akak kerana selalu bertanya dan saya pasti doa kalain sentiasa mekar dibibir akak-akak untuk saya. Syukran kathtr.

Moga pesanan-pesanan mereka memberi manfaat bukan sahaja pada saya malah pada pengunjung blog ini. Terima kasih pada mereka kerana menyebabkan saya berfikir dengan lebih mendalam...Yang penting mereka sebabkan otak saya tidak berhenti berfikir.
p/s: Tahniah kak Nurul Munirah dapat baby Boy. Selamat jadi UMMI. Setapak lagi ke alam baru..ngee

No comments: