Thursday, June 17, 2010

Aku melangkah..

Alhamdulillah segalanya sudah tamat amanah di alam kampus. Alam kampus yang saya kira sudah saya cuba gunakan semaksimum mungkin tenaga saya untuk diri, untuk masyarakat dan apa yang pasti untuk Islam. Malu rasanya diri untuk mengaku memaksimumkan tenaga untuk Islam di kampus kerana saya kira terlalu banya kelompangan yang saya tidak sedari sewaktu berpencak di medan mahasiswa. Namun kelompangan itu telah mendidik saya untuk berfikir dengan lebih matang.

Kini saya sudah berada di medan luar. Sungguh ini satu lagi fasa untuk mengarahkan hala tuju masa depan dan hidup. Bukan mudah untuk merancana setiap langkah. Cukup sukar. Kali ini sekali lagi saya memilih untuk berada jauh dengan keluarga. Banyak pendapat yang saya terima sebelum saya memutuskan untuk bermusafir lagi. Tapi kali ini saya tekad untuk bermusafir kali kedua setelah tamat alam kampus. Moga sesuatu yang saya akan pelajari untuk kepentingan Islam, masyarakat dan diri saya. Walaupun hati ada tercelit dengan perasaan rindu dengan keluarga, namun segera ditepiskan jauh-jauh. Dihari pertama melangkah keluar, saya sudah tinggalkan keluarga dalam jagaan Allah. Doa tidak akan putus buat mereka.

Sudah menghampiri penghujung bulan Jun, terlalu banyak yang saya pelajari dengan gerak kerja di medan sebenar. Pengurusan emosi saya penting di medan sebenar. Berfikiran positif dan berlapang dada perlu dipasakkan dalam jiwa. Kerana lain suasana alam kampus dan medan luar. Kini, saya bermula dari kosong. Belajar dari bawah. Seperti seorang anak kecil yang baru pandai berjalan. Terjatuh bila suba bangun. Namun semangat untuk berjalan membuatkan anak kecil tidak pernah kenal erti putus asa dan kesakitan.

Diri ini terasa amat rendah diri bila berusrah dan berdiskusi dengan sahabat sahbiyah yang sudah lama berkecimpung di medan luar. Tahap ilmu dan pengetahuan mereka amat hebat. Semangat mereka sentiasa berkobar-kobar. Setiap isu semasa hadam dalam otak mereka. Sungguh, langkah yang saya pilih tidak menjanjikan kemewahan dan kesenangan dunia. Tidak saya nafikan susah untuk saya berdikari pada mulanya. Dilahirkan dalam kehidupan sederhana dan satu-satunya puteri tunggal sudah tentu setiap keperluan dijaga sedari kecil. Namun, saya yakin rezeki Allah di mana-mana.

Terima kasih buat ayahanda dan bonda yang sentiasa redha dan mengizinkan langkah yang anakmu pilih. Saya tahu sukar bagi mereka. Namun, hati mereka Allah pegang. Keredhaan mereka, pasti Allah kurniaan balasan yang baik di akhirat kelak. Moga pengorbanan mereka Allah balas dengan balasan syurga.

Moga kaki ini terus melangkah!

2 comments:

Ros Illiyyuun said...

Salam :)

Selamat melangkah ke alam baru. Semoga ilmu yang didapati di kampus mampu menjanakan diri kita sebagai seorang muslimah yang sejati dalam menghadapi pelbagai dugaan yang lebih mencabar ...salam ukhuwah :)

Norhafizawati Bt Mahmad Rozali said...

ros illyyuun:
syukran ya ukht