Thursday, November 27, 2008

wanita oh wanita


"Memancar sang suria, menyinar cahayanya..begitulah berseri wajah ummiku sayang, aku sayang ummi, ummiku sayang ummi.."

Tiba-tiba hansetku berbunyi.Ringtone ummi nyanyian shoutul safwan amat saya gemari..huh, siapa la call saya pagi-pagi ni.Getus hati kecil..saya capai hanset saya, nombor abang long terpapar..

"Assalamualaikum abe,"salam saya berikan pada abg long

"Waalaikumsalam, em jaa bilo nok balik ni?"tanya abg long..

Saya tahu itu soalan yang dia akan tanyakan..sudah banyak mesej kakak ipar yang tak terbalas juga menanyakan soalan yang sama..maafkan adikmu ini..

"InsyaAllah male ni, jaa bertolak balik..nati abe g amik kat stesen bah deh..lebih kure kul 4 atau 5 sampai lah," jawab saya ringkas.

"Ok lah kalu mace tuh,"..

Kecut perut juga nak menjawab soalan abang long. Nasib tidak banyak yang dia soalkan.

Mungkin mak yang mintak dia call saya..Hari tu pun mak ada call menanyakan benda yang sama..bukan mak tidak tahu apa yang saya buat kat sini, tapi mak dah rindu dengan anak perempuan tunggal dia ni, walaupun setiap pergerakan saya, saya laporkan..Mak atau ayah tak pernah menyekat apa yang saya buat asalkan perkara yang baik..Tapi mungkin melihat anak-anak orang lain dah pulang ke kampung menyebabkan dia hilang sabar seketika..maafkan saya mak!!!

Itu lah naluri seorang ibu atau seorang wanita...saya amat memahami kerana saya juga seorang wanita..Dan perasaan seorang ibu itu makin saya selami bila saya meningkat makin dewasa..Hanya seorang ibu faham apa yang mereka alami...


"Anakku, saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya,walaupun demikian, bahu itu harus cukup nyaman dan lembutuntuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayidari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu.
Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walauletih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.
Kuberikan wanita, perasaan peka & kasih sayang untuk mencintai semuaanaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya.
Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yangmengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanansaat didekap dengan lembut olehnya.
Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masasulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yangmelindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikanpengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernahmelukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan mengujisetiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar,saling melengkapi dan saling menyayangi.
Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya.Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bilapun mereka inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupunsebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan.


Subhanallah..betapa indahnya ciptaan Sang Pencipta..Betapa tingginya martabat wanita Allah anggkat..namun apa yang anak gadis dan remaja kita hari ini perdagangkan????Rasulullah mengangkat mandat seorang wanita yang dulu dijadikan hamba dan di perlekehkan, namun hari ini kaum hawa ini sendiri yang menjatuhkan kemuliaan itu...


Suatu hari saya mendapat mesej dari seorang sahabat.."

Jaa, awak bukak UPSI portal..ada kes yang awak kena amik tahu..ssebagai exco latihan dan pembangunan sahsiah awak kena tahu"katanya..

Saya buka forum di UPSI portal..Allahuakbar...laporan kes "pelajar UPSI bercium di dalam bas"..Allah apa yang saya nak buat..nak menangis pun ada...

Banyak lagi laporan semacam itu saya dapat..semuanya berkaitan masalah pergaulan anak muda pada masa kini..Bukan nak mengaibkan sesiapa tapi itu lah realiti rentak hidup pemuda pemudi sekarang..Lagi sedih bila mereka itu adalah bakal guru..

Kenapa cara itu yang kita pilih??Adakah kehidupan sebegitu yang kita impikan???Bagaimana jika ibu bapa kita tahu??Bila kita akan berubah???Adakah bila sang gadis mempunyai isi dalam perutnya??itukah skala jaminan..???


Saya amat sedih dan kesal sebab saya seorang perempuan...bukan saya tidak menyalahkan kaum adam..tapi saya terkesan dengan kata-kata seorang sahabat "jika perempuan menolak, sudah semestinya lelaki tidak akan bertindak"..

Kes-kes lain seperti rogol, cabul dan sebagainya itu lain..iti tanpa rela..kondisi amat berbeza..ini masalah sosial yang berlaku tanpa unsur paksaan...

Allah tetapkan cara hidup untuk hamba-hambanya cukup cantik..Allah suruh kita jaga pandangan, suruh tutup aurat, jaga pergaulan dan banyak lagi Allah dah tetapkan..namun kita still lagi mengblokkan fikiran kita bahawa itu semua kolot..itu semua menyusahkan...itu tak berkembang dan sebagainnya..natijahnya???Apa yang berlaku sekarang..

Bila sang dara menyedari dia semacam tidak normal, perut makin berisi,ada seperti makhluk lain yang bergerak..mulalah risau dan takut..Bila si teruna dapat tahu, mula gabra dan tak nak tunjuk muka..tak nak beranggungjawab..Maka lahirlah seorang insan yang langsung tidak bersalah..lalu nasibnya di campak di dalam tong sampah dan ditiggalkan di mana-mana..Malah sebelum terbentuknya sifat, telah digugurkan oleh sang ibu..Alasan malu jika orang tahu..Tapi sebelum itu tidak pernah fikir perasaan malu itu...

Saya sebagai exco latihan dan pembangunan sahsiah MPP dan seorang hamba Allah menyeru, buka lah minda, sedarlah wahai sahabat-sahabat..jangan kita merosakkan masa depan kita..hidup ini hanya sekali...

Wednesday, November 19, 2008

HAPPY HOLIDAYS


Sunyi betul rasa rumah ni. Semua orang dah balik. Kat rumah saya hanya tinggal saya, roomate saya dan seorang lagi housemate saya. Kebanyakan pelajar UPSI sudah balik kampung. Ya musim cuti sudah bermula. Patut la sunyi semacam. Malam tadi tak perasaan sangat. Bila siang hari baru tersedar yang ramai dah balik kampung.

"Mak cik saya nak beli ais lima posen boleh?" tanya saya dekat kedai makan.

"Cuba tengok ais, banyak lagi tak,adik ni nak beli," arah mak cik kedai makan tu kepada pekerjanya.

"takdelah kak, ada sikit sahaja," jawab pekerja tadi.

"maaf dik, ramai pelajar UPSI dah balik,kita order pun sikit sahaja aisnya.Nanti takde orang datang makan ,rugi," ngomel mak cik tadi.
Saya hanya senyum tanda faham.Begitulah keadaan Tanjung Malim bila cuti semester bermula. Pekannya akan jadi sunyi.Sunyi dengan pelajar UPSI.Kepada semua warga UPSI, kawan-kawan dari universiti lain, kawan-kawan saya yang baru balik dari overseas , SELAMAT BERCUTI saya ucapkan.Manfaatkan cuti ini dengan sebaik mungkin. Gunalah masa yang ada untuk berbakti pada mak dan ayah serta keluarga.

ANAK PAPA..SUDAH BESAR


Alhamdulillah...besar sudah amir. Tidak sangka, anak saudara yang saya yang pernah jaga sewaktu dia seusia empat bulan sudah menginjak dewasa. 20 November maka genaplah umurnya 2 tahun. Dilahirkan dengan kaedah surgery disebabkan amir tidak dapat lagi untuk membesar dalam kandungan ibunya. Oleh itu doktor terpaksa menggunakan kaedah pembedahan kerana bimbangan keselamatan bayi walaupun dateline kakak ipar saya lambat lagi waktu itu.
Dihadapan saya amir membesar, sudah tentu saya ingin dia jadi seorang insan yang baik. Tidak kira apa yang di cita-citanya kelak, saya doakan dia jadi hamba Allah yang soleh. Amir atau nama penuhnya Mohammad Amir Asyraf bin Sukri sangat manja orangnya. Kadang-kadang rasa geram bila tengok aksi manjanya.Namun gaya itulah buat kami sekeluarga terhibur.

ANAK PAPA..Itulah gelaran amir di rumah. Amir sangat pelik.Kebiasaan anal lelaki akan rapat dengan ibunya. Tetapi amir tidak boleh berenggang dengan papanya(abang ngah saya). Hilang sahaja papanya, pasti dia cari..papa..papa..papa...dia akan panggil sampai dia jumpa papanya..Bila dia tengok kereta waja, tentu dia akan kata, PAPA..walaupun itu bukan kereta papanya. Janji kereta tu sama jenis dan warna dengan kereta papa nya..

Amir oh amir..besar sudah kau ye mir...cik su tak sangka dulu duk dodoikan awak dalam buai, sekarang awak sudah boleh berlari dan bercakap..walaupun kata-kata yang amir ungkapkan hanya amir yang faham sebab pelat bahasanya..
Allahuakbar insaf seketika saya..yang kecil akan besar, yang muda akan tua, yang tua akan pergi menghadap Sang Pencipta. Dulu ya, bila sebut tua pasti kita rasa kematian itu dekat. Namun maut itu tidak kira umur..bayi, muda, tua..mati itu pasti..Ya Allah pegang lah hati-hati ini.Biarlah kami mati dalam redhaMu dan jalan perjuangan Islam.

SAJAK KEMATIAN


Baru-baru ini, negara dan dunia pendidikan terutamanya digembar gemburkan dengan sajak kematian yang ditayangkan kepada pelajar sekolah rendah (tahun 1 dan tahun 2). Pelbagai respon yang kita dapat dari segenap lapisan masyarakat samada golongan akademik, mahasiswa,ibu bapa dan juga tidak terlepas juga golongan pelajar sendiri. Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang tidak bersetuju.


TV3 melaporkan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin membantah terhadap penayangan video sajak kematian kepada pelajar tahun satu dan dua. Katanya penayangan sebagai bahan pembelajaran itu tidak sesuai khususnya terhadap pelajar berusia tujuh dan lapan tahun.


Di bawah ini merupakan beberapa reaksi masyarakat terhadap video 'sajak kematian' ini.


"Profesor Mohd Hazwani B Abdul Rani dari petronas mahu semua material yang menakutkan tetapi menginsafkan perlu diteruskan. Apatah lagi ia berkaitan aqidah Islam yang kebelakangan ini dipndang ringan. Keperluan mengingatkan kematian kepada semua pihak adalah wajib"


"Pelajar UPSI yang dikenali Adi Putera Jagat berpendapat kesan visual lebih memberi impak kepada memori penerima.Sehubungan itu penayangan video ini boleh mencegah sesuatu amalan ke tahap 90% "


" Pelajar tingkatan 4,Mohd Rauf, menurutnya wajar pelajar sepertinya menerima input mengenai dunia akhirat. Namun dia tidak setuju untuk ditayangkan kepada pelajar sekolah rendah kerana mereka terlalu kecil untuk memahami seksa kubur"


Ini adalah antara respon-respon masyarakat yang dilaporkan oleh TV3. Namun ustaz Zawawi Yusoh, pendakwah dan perunding motivasi berpendapat bahawa pendekatan filem merupakan cara yang lebih dekat dan berkesan kepada kanak-kanak. Katanya zaman berubah cara berubah. Penayangan filem boleh memberi tarikan. Tambahnya,soal kematian boleh melembutkan hati"
Saya tertarik dengan kata-kata ustaz zawawi yang soal kematian boleh melembutkan hati.
Saya sendiri telah menonton video 'sajak kematian'. Memang tidak dinafikan saya yang berumur 21 pun ngeri bila melihat tayangan tersebut dan timbul rasa insaf. Ngeri disini kerana mengingatkan kematian itu sendiri. Dan pendapat personal saya, tidak salah andai kita memberi pendedahan awal kepada anak-anak kita. Itu lebih baik daripada kita terapkan mereka dengan budaya tom tom bak, raksasa yang di bunuh oleh ultraman ataupun wira pujaan ramai iaitu power rangers. Didikan awal adalah perlu untuk kanak -kanak yang membesar didalam dunia serba moden ini. Jika saya seorang ibu tentu sahaja saya membenarkan anak saya menonton sajak kematian ini. Disinilah ibu dan bapa serta guru perlu memainkan peranan kepada anak-anak tentang kematian dan alam kubur. Dan saya sebagai bakal guru merasakan pembelajaran ini adalah baik dan tidak salah untuk diteruskan. Namun saya tidak menafikan pendapat-pendapat orang lain. Masing-masing mempunyai view yang berbeza.


p/s : orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengingati kematian..wallahu'alam.

Rasional atau tidak..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Huh sudah lama tidak masukkan apa-apa entry dalam medan penulisan maya ni.Terlalu banyak tuntutan-tuntutan yang saya kena laksanakan selepas exam. Alhamdulillah selesai sudah sesi untuk semester ini. Bila ingat pasal belajar, otak saya ni ligat teringat mak kat kampung. Mungkin dah musim cutikan, perasaan rindu kat mak dan ayah tidak boleh nak elak walaupun baru sahaja balik menziarah mereka sebelum exam final hari tu.

“ Mek, gano ni study tok abeh lagi ni. Esok pekso dah ni. Malahnyo jaa nak study” saya mengadu pada mak .Sengaja nak menarik perhatian dia.hehe. Dan saya pasti jawapan mak...
“ Dah malah, xleh nak tulon la.xleh nak buat gapo-gapo” jawab mak. Sinis sindiran mak tapi saya ketawa sebab dah tahu jawapan dia.
Satu lagi kata-kata trademark mak..
“Mek , jaa nak exam esok. Mek doa banayak-banyak deh. Mek solat hajat ko jaa deh”...belum sempat mak jawab..Aku terus cakap.. “cop jaa tahu dah mek nak kato gapo, ye jaa mek sokmo doakan jaa..mok mano tak doake untuk kejayae anok2”kata ku..
Kata-kata aku tu buatkan mak saya ketawa. “ Awak ni jaa tak dan lagi mek nak jwb awk jwb doh”, ngomel mak sambil ketawa. Gurauan itu buatkan aku senang dan tenang. Panjang pulak cerita pasal mak.Dah rindu sangat kot.

Sebenarnya saya nak kaitan perkataan ‘belajar’ ni dengan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Tapi tidak ada kaitan dengan mak pun.Dah rindu sangat tu yang jadi panjang cerita.
Mula-mula dulu bila saya dapat cerita pasal dasar yang kerajaan buat tentang Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), saya tidak rasa ada sebrang masalah tentang dasar ini. Mungkin satu sudut saya lihat ianya bagus kerana untuk memantapkan bahasa Inggeris di kalangan anak melayu. Itu persepsi saya dulu. Tapi bila saya fikirkan semula ada juga masalahnya. Terutamanya kepada pelajar luar bandar yang mana sesetengah guru-guru juga tidak berapa mahir dalam bahasa Inggeris. Contohnya adik saya, syafiq.Memang kesian. Bila saya soal memang dia tidak faham. Sebelum menduduki UPSR saya lihat die membaca buku rujukan dalam versi bahasa Melayu.Saya tanya dia kenapa baca buku bahasa Melayu sedangkan dia belajar bahasa Inggeris. Dia kata dah tak faham macamana nak baca buku bahasa Inggeris. Menurutnya cikgu juga membenarkan mereka membaca buku versi bahasa Melayu. Saya tanya lagi adik, maklumlah saya bakal guru..Saya tanya bukan ke exam in English. Dia kata ada dua-dua. Maksudnya boleh pilih samada nak jawab dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris. Erm apa maknanya?Rasa-rasa rasional tak dasar ini dibuat. Wajibkan belajar in english, tapi last sekali jawab exam dalam bahasa Melayu..Saya cuba kaitkan dengan diri saya. Erm dah hampir 3 tahun saya belajar sains dan matematik dalam versi Inggeris, dari matrik lagi.Memang susah nak adapt tapi kadang-kadang timbul jugak keseronokan sebab kita boleh explore banyak buku dalam versi English. Itu situasi berbeza ,tidak boleh dikaitkan dengan isu PPSMI di sekolah. Tapi secara peribadinya, saya rasa lebih baik isu ini dikaji semula. Ya kementerian ada mengatakan bahawa keputusan UPSR kali ini memuaskan walaupun berlaku penurunan pelajar yang mendapat 5A. Tapi bolehkah ini menjadi skala jaminan untuk mengukur keputusan masa depan kelak? Pendapat personal saya, sebenarnya banyak lagi alternatif untuk memantapkan bahasa Inggeris dikalangan pelajar.

Teringat kata-kata Aminuddin Baki:
"Anchaman datang daripada ... golongan Melayu yang ... kurang perchaya tentang kebolehan bahasa Melayu ... sehingga timbul-nya ... rasa tidak tahu membuat apa2 bila bahasa Inggeris chuba hendak digantikan dengan bahasa Melayu. Ini adalah keadaan biasa di-kalangan bangsa2 yang dijajah, ... hasil penjajahan di-'alam fikiran dan kehidupan pendudok."

Di atas hanyalah pendapat dangkal saya sebagai seorang rakyat biasa, sebagai mahasiswa dan bakal guru.

p/s: sangat tertarik dengan petikan ini:
“Berdasarkan kenyataan pemimpin Melayu kini, kita dapati agak sukar untuk meneruskan usaha kembalikan dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah-sekolah.
Antara alasan popular ialah, kerajaan telah banyak menghabiskan wang dan masa ke arah penyediaan pakej prasarana teknologi termasuk latihan kemahiran, kepakaran sebelum ini ke atas guru-guru Sains dan Matematik bagi menggalas tugas ini.
Jadi, kata mereka, jika hal ini terbatal, akan sia-sia dan rugilah semua hasil usaha mereka selama ini.
Ada dua jawapan ke atas alasan kerajaan ini. Pertama, ketika kerajaan mahu melaksanakan dasar ini, mereka tidak pernah menghirau pandangan khalayak awam. Jadi, wajarlah kerugian ini ditanggung mereka sendiri.
Kedua, jika parti pemerintah bijak, daripada rugi sedikit pada masa sekarang dan rugi banyak dalam tempoh jangka panjang, yang manakah mereka akan pilih?
Jika hal di atas ini tidak dijawab, bolehkah gerakan radikal Keranda 152 kali kedua kita laksanakan bersama?” (sumber:harakahdaily.net)




Thursday, November 13, 2008

KEPUTUSAN UPSR..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..


Alhamdulillah, setelah selesai solat zohor tadi saya sempat beruzlah seketika menanti jam 3. Pada pukul 3, saya berjanji dengan cikgu di sekolah memandu saya untuk belajar kereta. Namun, niat itu terhenti bila hujan renyai-ranyai mula turun. Tiba-tiba saya teringat kata-kata ayah malam tadi.

"Esok, male-male esok jaa tepon lah adik. Esok keputuse UPSR tubik,"kata ayahanda saya dengan tenang.
Teringat kata-kata itu terus sahaja saya menekan keypaid telefon saya mendail nombor adik.


"Assalamualaikum, pik(panggilan untuk adik) wak gapo?tubik doh ko result? Dapat bapo?," tanya saya direct tanda tidak sabar.


"Waalaikumsalam. Tubik doh. pik dapat 3A 2B," jawabnya tenang.


Itulah adikku, Muhammad Eizlan Amir atau lebih mesra kami panggil Syafiq atau pik. Seorang yang sentiasa tenang tidak kira dalam apa jua sekalipun. Begitu juga keadaannya bila dia di marahi saya kerana dia lambat solat atau terlupa solat. Walaupun mulut dia muncung tanda protes di marahi saya, namun dia tidak pernah membantah. Melalui percakapan dia , saya sedar ada bibit kekecewaan kerana tidak dapat penuh A, namun dia tetap bersyukur dan gembira. Begitu jugak mak dan ayah. Mereka bersyukur untuk itu.


"Adik sedih ko mek(panggilan untuk mak)?,"tanyaku


"dok eh, dia kato doh staro tuh rezeki nak wak gano. Sedih pom buke bulih wak gapo dio kato," jawab mak


Terfikir seketika saya lepas saya bercakap dengan mak dan adik tadi. Adik yang baru berusia 12 tahun begitu tegar dan akur kepada rezeki Allah. Budak sebesar itu tahu untuk memegang konsep redha. Saya kira adik saya cukup tahu untuk itu. Namun kita mahasiswa terutamanaya yang dah menganjak ke alam remaja masih lagi ada yang tertekan, terkilan malah menyalahi takdir setiap kali mendapat ujian dan musibah. Tidak kiralah samada dari segi keputusan peperiksaan dan sebagainya. Kita sepatutnya lebih matang kerana kita telah mengalami berbagai-bagai pengalaman berbanding dengan anak kecil seperti adik saya. Ya, mungkin budak sekecil itu tidak tahu apa-apa namun kita sepatutnya matang dalam setiap perkara. Tekanan, kekecewaan atau ujian adalah perkara biasa yang menyerabutkan fikiran. Saya juga begitu, sentiasa ada tekanan. Teringat kata-kata seorang sahabat.


"Tekanan itu biasa.Kalau tiada tekanan itu yang luar biasa,"


Nabi Muhammad semasa berdepan dengan masalah akan memperbanyakkan sembahyang kerana bagi baginda sembahyang adalah penyejuk hati.



"Ketahuilah dengan berzikir kepada Allah hati akan akan tenang" (Ar-Ra'd:28)



"Wahai orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu"
(Al-Baqarah:153)

Ayuh sahabat, ayuh teman kuatkan semangat dalam apa jua ujian. Jadikan setiap ujian, tekanan, kekecewaan, keletihan sebagai semangat dan tarbiyah diri. Jangan berputus asa, yakinlah dengan pertolongan Allah. Ketahuilah bahawa setiap urat sarat yang menjalar dalam badan, setiap molekul darah yang mengalir, setiap signal impuls yang terhasil untuk bertindak balas adalah milik Allah. DIA maha tahu apa yang selayaknya untuk kita.





adikku yang sentiasa tenang


p/s: untuk adikku, jika awak tahu kak jaa amat kagum dengan awk.

Wednesday, November 12, 2008

Cinta Yang Tragis


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..



Alhamdulillah..

Selepas isyak tadi,sempat saya membaca beberapa emel yang dikirimkan oleh teman-teman saya. Salah satu artikel yang menarik minat saya ialah artikel yang bertajuk "CINTA YANG TRAGIS".


- Cinta Yang Tragis-

Saya pernah hadir dalam satu pengisisan yang diberikan oleh salah seorang pensyarah saya. Beliau membawa kisah mengenai A,B,C dan D. A merupakan seorang perempuan yang sangat cantik. Dia digilai oleh ramai lelaki. Akhirnya, A jatuh cinta kepada B dan mereka pun bertunang. Mereka dipisahkan oleh lautan kerana B tinggal di sebuah pulau yang begitu jauh. Namun lautan tidak sesekali mampu memisahkan mereka kerana rasa cinta yang saling berputik di dalam nurani hati mereka.

Pada suatu hari, takdir Allah menentukan bahawa B jatuh sakit. B menghidap satu penyakit yang begitu kronik. A berasa sangat sedih. A ingin bertemu dengan B. Rasa cinta yang begitu menggunung menyebabkan A menebalkan muka bertemu dengan C kerana C sahaja yang memiliki bot. A merayu kepada C untuk meminjamkannya bot tersebut agar dia dapat bertemu dengan B.

C pula meletakkan syarat. A perlu tidur dan bermalam dengan C. Kerana rasa cinta yang begitu tinggi kepada B, A sanggup tidur bersama C. Maka keesokan harinya, A pun merentasi lautan untuk bertemu dengan kekasihnya, B. A menceritakan segala-galanya kepada B dan akhirnya B memutuskan hubungan mereka. A pulang dalam keadaan sedih dan bertemu dengan D. A menceritakan kisahnya dari mula kepada D. D bersimpati dengan A dan akhirnya berkahwin dengan A. Inilah pengakhiran sebuah kisah cinta yang tragis.

Lantas pensyarah saya menanyakan kepada kami, apa pendapat kalian mengenai A, B, C dan D? Maka bermulalah sesi kutuk-mengutuk A, B,C dan D. A dikatakan perempuan murahan, gedik, bodoh dan lain-lain lagi. B pula dikatakan zalim, tidak memahami hati wanita dan seterusnya. C pula dikatakan mengambil kesempatan, menindas wanita dan lain-lain. D yang begitu baik kerana melakukan pengorbanan pun dikatakan sebagai dayus.

Kemudian, pensyarah kami pun menceritakan perkara tersirat di sebalik kisah tersebut. C rupa-rupanya merupakan seorang wanita tua dan A sebenarnya bermalam dan tidur dengan wanita tua tersebut. Dan B pula tidak mahu mengahwini A kerana dia hanya akan hidup di dunia buat beberapa hari sahaja lagi dan dia
tidak mahu menzalimi dan menghancurkan masa depan A dengan hanya mengahwininya buat beberapa hari. D pula sememangnya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan hanya bersimpati dengan nasib A.

Akhirnya kami sedar bahawa kami telah berprasangka buruk dengan A, B, C, dan D. Sama halnya kita. Kita slalu meluahkan komen dan pendapat kita tanpa mengetahui keadaan dan sitausi yang sebenar..


Begitulah kisah " Cinta yang tragis". Bukan perkara cinta yang menjadi pokok kupasan saya tetapi bagaimana sikap kita pada hari ini yang selalu bersangka buruk. Kita tidak pernah kenal si A namun kita secara membuta tuli menuduh dia yang bukan-bukan kerana khabar angin yang kita dapat. Begitu sebarang isu yang berlaku di kampus atau skop yang lebih luas lagi di negara kita sendiri. Contohnya kita katakan imam Samudera sebagai pengganas, namun kita sendiri tidak pernah mendalami dan menyusuli cerita dan sejarah beliau. Kita hanya tahu dari mulut orang yang mana sumbernya belum tentu benar. Analogi lain yang paling dekat dengan kehidupan kita ialah belajar. Kita dengar orang kata hidup di universiti susah.Dah la banyak pakai duit, belajar pun susah..Tu kita dengar orang cakap, namun realiti jauh berbeza. Hanya diri kita yang mengalami yang tahu susah senangnya.


Renungkanlah sebelum menilai atau menghakimi sesuatu perkara..


“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak membuat sangkaan buruk) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah DOSA dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Al Hujurat: 12)

p/s moga kita semua dapat sesuatu dari cerita ni.. Terima kasih kepada anak mithali kerana perkongsian artikel ini.

PUDING KASIH SAYANG

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...


Semalam, 11 November 2008, sedang saya sibuk bersiap-siap untuk ke dewan peperiksaan datang seorang insan amat saya sayangi ke bilik saya. Kak Khairun Bariyah atau lebih mesra saya panggil kak Ba atau pun ummi Ba..


" Dik, abeh exam pukul brapo? kul 4.30 ko? erm kito tubik g Brilliant nok pah jaa abeh pekso(exam)? Kak nak beli bare (barang-barang) nak buat puding. Kak hajat nak wak puding sebelum kak tubik UPSI, nak bagi adik-adik make. Bulih ko?"


Lebih kurang macam tu lah ayat kak ba menyatakan hasratnya. Kak Ba merupakan students semester 7 dan akan keluar untuk berpraktikal di Terengganu katanya. Walaupun pada waktu itu fikiran saya berada di dewan exam, saya mengiyakan soalannya menyatakan saya setuju.


"InsyaAllah kak, tapi jaa balik solat asar dulu deh kakre", balasku ringkas.


Lepas selesai menunaikan solat asar, seperti saya janjikan saya dan kak Ba pergi membeli bahan-bahan untuk membuat puding. Hampir pukul 10.00 malam puding berkuah itu siap.
"Jaa...jaa," panggil Kak Ba.


Waktu itu saya berada dalam bilik sedang melayari internet

"Ye kak, gapo?" sahut saya seperti seorang anak.

" Jaa, jom kito g beli ais. puding berkuoh ni sedak klu make ado sejuk-sejuk" terang kak Ba.

Saya tidak membantah. Terus saya balik bersiap-siap untuk keluar walaupun waktu itu jam hampir pukul 11.00 malam. Bukan aku tidak penat dengan exam petang tadi, tetapi bila mengenangkan inilah detik-detik terakhir saya menghabiskan masa bersama kak Ba sebelum dia keluar, persaan penat itu terus hilang. Terlalu banyak yang saya belajar daripada kak Ba. Dia banyak mengajar saya menjadi muslimat yang tegar. Ukhwah yang terjalin berlandaskan aqidah ini pasti tidak saya lupakan. Doa saya moga kak Ba terus istiqamah dalam jalan Islam tidak kira di mana dia berada.

" Naka la adik ni," ni la kata-katanya yang dia akan lontarkan setiap kali ada sesuatu yang tidak kena saya buat.

Bait kata-kata ini takkan saya lupakan.. moga ukhwah ini kekal selama-lamanya.



"SELAMAT BERPRAKTIKUM UMMI KU SAYANG"


p/s : Kalau la kak ba tahu saya letak gambar dia nih, mati kena pancung..huhu..

DIMANAKAH DI KAU

Assalamualaikum



Buku kesayangan yang hilang


Siti Khadijah sayap kiri Rasulullah S.A.W..saya syorkan bacalah buku ni terutamanya kepada insan yang bergelar muslimat. Baru beberapa ketika saya memiliki buku ini, namun sekarang buku ni telah hilang. Puas saya mencari. Sesiapa yang terjumpa sila bagitahu ya..



p/s : bila la agaknya saya mampu beli buku ni lagi..kalau ada bagi hadiah best jugak(berangan)

Tuesday, November 11, 2008

LANGKAH ITU BERMULA

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..




Majlis Watikah Perlatikan MPP 08/09


Kesyukuran saya panjatkan pada sang Pencipta kerana masih lagi memberi nikmat Iman dan Islam kepada saya. Pada tanggal 8 november 2008 dengan rasminya saya dimandatkan sebagai Exco Latihan Dan Pembangunan Sahsiah MPP 08/09. Dalam renyai hujan, saya dan dua orang lagi sahabat kuatkan semangat ke majlis watikah yang berlangsung di Bangunan Bitara Siswa.

Tidak timbul perasaan gembira pun malah rasa satu amanah yang amat berat sedang di pikul. Betapa tangan -tangan yang mengundi kami sedang menuntut hak-hak mereka. Saya terfikir panjang bila seorang teman saya berbangsa Cina menegur saya sejurus sahaja kami tamat peperiksaan TBC (Courseway Development in Biology). Teman ini boleh dikatakan agak rapat dengan saya.

" Wah, jaa kamu sudah jadi MPP ye sekarang? Tahniah jaa. Jangan lupa, kamu kena jaga kebajikan saya"

Kata-katanya membuatkan saya terfikir bahawa dalam apa jua sekalipun , dalam keadaan manapun, dalam kesempitan yang macamanapun langkah saya dan sahabat sahabiyah yang lain telah bermula. Amanah perlu kami laksanakan.

" Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakanketentuan bagi setiap sesuatu"
(At-Thalaaq: ayat 2-3)

Saya pasti, dengan izin Allah revolusi itu pasti berlaku, insyaAllah. Jika Obama telah mengejutkan dunia dengan revolusi kepimpinan berkulit putih kepada kepimpinan kulit hitam kenapa tidak kami. Pendidik mampu menjadi Pencetus Revolusi.

NORHAFIZAWATI BINTI MAHMAD ROZALI

EXCO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

MPP 08/09

UPSI

Saturday, November 1, 2008

salam imtihan


Assalamualaikum dan salam sejahtera..


sekali lagi saya mengumpul kekuatan untuk menulis entry kedua saya. Dikala saya memerah idea, dari jauh saya melihat roomate saya sedang memegang pen dan sebuah buku..saya tahu dia sedang mencari rentak untuk mentelaah pelajaran. Jauh disudut hati, terdetik alangkah masa itu berlalu pantas., dalam kesibukan saya, tanpa di duga saya sudah berada di akhir semester lima. Tinggal 3 sem berbaki lagi saya di bumi UPSI ini.


Kadang terdetik rasa cemburu di hati ini bila melihat sahabat-sahabat memenuhi masa untuk belajar. Alangkah baiknya jika saya juga di beri masa begitu. Namun saya mengharapkan tiap masa yang saya luangkan walaupun tidak sebanyak orang lain untuk mentelaah pelajaran, saya dapat manfaatkan betul-betul.


Ya Allah beri lah kekuatan kepada ku Ya Allah. Ilmu ini milikMu. Berkatilah ilmu yang aku tuntut ini. Sesungguhnya aku bakal pendidik. Moga ilmu yang aku perolehi bukan sekadar tamat di atas kertas peperiksaan semata. Harapanku agar ilmu dapat aku sampaikan pada anak didikku.

Kepada sahabat-sahabiyah yang akan menghadapi exam. Buatlah yang terbaik. Yakinlah dengan rezeki yang Allah tentukan untuk kita. Disamping kita sibuk mentelaah pelajaran namun jangan kita lupa hak-hak Allah dan tanggungjawab kita padaNYA.





kenangan mengajar di sek keb sri kota
p/s sukarnya menjadi pendidik

kekuatan akhirnya menjadi realiti

Assalamualaikum...

salam perkenalkan pada semua..Alhamdulillah dikala diri ini di ancam pelbagai serang saraf dari setiap posisi, akhirnya dengan izin Allah, dengan kekuatan yang Dia anugerah akhirnya saya mempunyai kekuatan untuk menjadikan blog peribadi saya ini sebagai satu realiti.
Hakikatnya, cukup sukar sebenarnya dikala saat akhir waktu berdetik di ambang final yang akan menjelang esok hari.
Perancangan yang cukup lama saya kira untuk membina blog ini, walaupun bukan lah sesuatu yang begitu sukar di zaman serba moden ini. Itulah perancangan manusia..kita merancang, namun perlu ingat Allah juga merancang.
Diharap blog ini dapat memberi manfaat kepada semua dan kita dapat berkongsi idea.
Selamat menempuh peperiksaan akhir terutamanya kepada semua warga UPSI...

p/s maaf atas bait susunan ayat yang tidak begitu tersusun dan menarik..tengah mencari kekuatan untuk menulis di kala diri dilimpahai dengan pelbagai ujian..