Thursday, November 13, 2008

KEPUTUSAN UPSR..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..


Alhamdulillah, setelah selesai solat zohor tadi saya sempat beruzlah seketika menanti jam 3. Pada pukul 3, saya berjanji dengan cikgu di sekolah memandu saya untuk belajar kereta. Namun, niat itu terhenti bila hujan renyai-ranyai mula turun. Tiba-tiba saya teringat kata-kata ayah malam tadi.

"Esok, male-male esok jaa tepon lah adik. Esok keputuse UPSR tubik,"kata ayahanda saya dengan tenang.
Teringat kata-kata itu terus sahaja saya menekan keypaid telefon saya mendail nombor adik.


"Assalamualaikum, pik(panggilan untuk adik) wak gapo?tubik doh ko result? Dapat bapo?," tanya saya direct tanda tidak sabar.


"Waalaikumsalam. Tubik doh. pik dapat 3A 2B," jawabnya tenang.


Itulah adikku, Muhammad Eizlan Amir atau lebih mesra kami panggil Syafiq atau pik. Seorang yang sentiasa tenang tidak kira dalam apa jua sekalipun. Begitu juga keadaannya bila dia di marahi saya kerana dia lambat solat atau terlupa solat. Walaupun mulut dia muncung tanda protes di marahi saya, namun dia tidak pernah membantah. Melalui percakapan dia , saya sedar ada bibit kekecewaan kerana tidak dapat penuh A, namun dia tetap bersyukur dan gembira. Begitu jugak mak dan ayah. Mereka bersyukur untuk itu.


"Adik sedih ko mek(panggilan untuk mak)?,"tanyaku


"dok eh, dia kato doh staro tuh rezeki nak wak gano. Sedih pom buke bulih wak gapo dio kato," jawab mak


Terfikir seketika saya lepas saya bercakap dengan mak dan adik tadi. Adik yang baru berusia 12 tahun begitu tegar dan akur kepada rezeki Allah. Budak sebesar itu tahu untuk memegang konsep redha. Saya kira adik saya cukup tahu untuk itu. Namun kita mahasiswa terutamanaya yang dah menganjak ke alam remaja masih lagi ada yang tertekan, terkilan malah menyalahi takdir setiap kali mendapat ujian dan musibah. Tidak kiralah samada dari segi keputusan peperiksaan dan sebagainya. Kita sepatutnya lebih matang kerana kita telah mengalami berbagai-bagai pengalaman berbanding dengan anak kecil seperti adik saya. Ya, mungkin budak sekecil itu tidak tahu apa-apa namun kita sepatutnya matang dalam setiap perkara. Tekanan, kekecewaan atau ujian adalah perkara biasa yang menyerabutkan fikiran. Saya juga begitu, sentiasa ada tekanan. Teringat kata-kata seorang sahabat.


"Tekanan itu biasa.Kalau tiada tekanan itu yang luar biasa,"


Nabi Muhammad semasa berdepan dengan masalah akan memperbanyakkan sembahyang kerana bagi baginda sembahyang adalah penyejuk hati.



"Ketahuilah dengan berzikir kepada Allah hati akan akan tenang" (Ar-Ra'd:28)



"Wahai orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu"
(Al-Baqarah:153)

Ayuh sahabat, ayuh teman kuatkan semangat dalam apa jua ujian. Jadikan setiap ujian, tekanan, kekecewaan, keletihan sebagai semangat dan tarbiyah diri. Jangan berputus asa, yakinlah dengan pertolongan Allah. Ketahuilah bahawa setiap urat sarat yang menjalar dalam badan, setiap molekul darah yang mengalir, setiap signal impuls yang terhasil untuk bertindak balas adalah milik Allah. DIA maha tahu apa yang selayaknya untuk kita.





adikku yang sentiasa tenang


p/s: untuk adikku, jika awak tahu kak jaa amat kagum dengan awk.

1 comment:

Mohabar said...

masalahnya dia tak tahu..so, talipon la dia..dia xleh baca blog..ke umah anti ada internet??