Wednesday, February 10, 2010

Kerana Nila Setitik Habis Susu Sebelanga


" Huhu, fiza hari ini hari sedih kami sedunia" Tiba-tiba sapa seorang sahabat praktikum saya, Rina Hassan.

Saya memandangnya pelik. Mana tidaknya, baru sahaja beliau tiba di sekolah terus dia mengeluarkan kenyataan begitu. Petang itu saya dan dia ada latihan rumah sukan. Mula-mula saya agak tidak mengambil peduli dengan percakapan beliau..Ibarat input itu tidak di proses..Terus keluar melalui gegendang telinga saya tidak sampai ke otak..

Bicara Rina tidak berhenti di situ. Dia seakan-akan ingin meluahkan sesuatu yang terbuku di lubuk hatinya. Memang melalui raut wajahnya, dia amat terkilan sekali. Saya tarik nafas dalam-dalam, membuang segala persoalan diri dan kepenatan yang ada dalam diri waktu itu. Saya mula memberi respon pada setiap luahan dia.

" Kenapa Rina?"Saya mula merespon.

" Fiza, tadi saya dan faridah pergi makan dekat kedai makan selepas waktu sekolah. Awak tahu tak , waktu kami sedang makan, datang seorang lelaki menaiki motosikal. Lelaki itu berserban fiza. Awak tahu dia buat apa kat kami?? Dia cakap , oii muka je cantik kamu berdua, tapi sayang tak pakai tudung" Luah Rina tanpa memberi peluang saya merespon.

Saya hanya mengangguk tanda faham. Rina terus menyambung cerita dia.

" Bila lelaki tu cakap begitu, saya jawab la saya dan faridah bukan Islam. Awak tahu apa dia balas..Dia cakap kat kami, kesian kat kamu berdua"Luah Rina dalam pelat Sabahnya.

"Allah" kalimah itu sahaja yang terpancul dari bibir saya. Terasa malu semalu malunya pada Rina waktu itu.

"Dia tak sepatutnya fiza. Mungkin dia orang hebat tapi dia tidak boleh menuduh macam itu. Dia tidak boleh menegur begitu. Saya bukan Islam. Hari ini hari sedih kami. Sedih dan kecewa sangat. Ibarat hari sedi sedunia kami berdua" Sambung Rina.

Saya terdiam. Saya hanya pandang wajahnya dan mengangguk. Dia memahami perbuatan saya itu.

Pernah waktu kami makan di kantin. Rina bertanya. Kenapa ada orang Islam buat sesuatu perkara yang Allah tetapkan. Tetapi kenapa sesetengah mengingkari perintah Allah.

'Rina, kamu kristian kan? Adakah semua orang kristian itu taat pada ajaran Kristian? Adakah semuanya patuh pada ajaran agama kamu?"Soal saya sambil senyum.

Dia tunduk tanda faham..

" Begitu juga jawapan yang saya boleh bagi pada persoalan kamu. Kita manusia. Fikiran tidak sama. Kehendak tidak sama. Kita ada nafsu menguasai.." sambung saya lagi.

Dia tidak memanjangkan persoalan itu kerana dia faham dan boleh menerima persoalan saya. Alhamdulillah saya lega.

Rina dan Faridah merupakan guru pelatih seperti saya. Rina berketurunan Dusun, beragama kristian. Faridah Huda, free thinker, orang Temerloh dan berbangsa Asli. Itulah kedua-dua kenalan saya di sini. Mungkin wajah mereka persis melayu menyebabkan orang yang tidak mengenali mereka mentafsir mereka orang melayu dan Islam.

Namun, bukan mereka sahaja kecewa dengan tindakan lelaki yang berserban itu. Malah saya terasa tempisnya. Rasa malu sangat. Bila mana seorang yang sudah lengkap pemakaian tetapi bersikap begitu. Dimana qudwah yang sepatutnya kita tubjuk kepada orang bukan Islam??Jangan kerana perbuatan segelintir, habis tempiasnya kepada orang yang turut berpakain begitu.

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 tafsirnya :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."

Rasulullah SAW: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya.”
(HR Tirmidzi, dari abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, diriwayatkan juga oleh Ahmad. Disahihkan Al Bani dalam Ash Shahihah No.284 dan 751).

P/s: benar aku mengambil iktibar dari peristiwa ini..Allahurabbi, mengingati arwah Fadhiri dan arwah Faizol yang sangat suka berserban dan berjubah..Masih segar dalam ingatan, arwah faizol memastikan semua rakan exco kami memakai serban di setiap kali program anjuran LPS..Al-Fatihah untuk kedua-dua arwah..

1 comment:

Anonymous said...

tugas berat awak betulkan persepsi mereka terhadap islam.:)