Saturday, February 27, 2010

Ya Rabb berkati Umurku..

Alhamdulillah , hingga detik ini segala nikmat Allah masih lagi kita kecapi walaupun kita sering menidakkan perintahNYA. Moga dosa-dosa kita sentiasa diampunkanNYA dan taubat kita diterimaNYA.

Masih tidak terlambat untuk saya ucapkan salam Maulidur Rasul. Alhamdulillah masih kita ketemu tarikh itu. Moga kita sentiasa menghayati sirah kelahiran , kehidupan dan pemergian Baginda Rasulullulh.

moga diriku seperti mawar berduri ini

Hari ini 28 Februari 2010, genap umur saya 23 tahun. Syukur ke hadrat Ilahi. 23 tahun yang lepas, usai azan zohor maka berkumandanglah tangisan seorang bayi permpuan. Itulah saya , Norhafizawati. Kelahiran saya amat menggembirakan seluruh ahli keluarga kerana saya puteri tunggal yang lahir dalam keluarga itu. Tersenyum bila mengimbau cerita kelahiran saya. Mak kata, dia dan ayah sangat terkejut lihat saya waktu itu. Kulit dan wajah saya merah sangat-sangat. Macam udang kena rebus. Biasanya bayi berkulit gelap ataupun cerah, tapi saya warna merah. Suatu hari pernah saya tanya mak. Orang kata anak yang lahir waktu zohor ini degil dan keras hati. Mak senyum pada saya. Dia kata, tidak semestinya. Semuanya bergantung pada individu dan didikan. Saya tersenyum mendengar jawapan mak (^-^).

Malam tadi, usai mahgrib saya berdoa pada Allah. Mohon Allah berkati usia saya. Saya tidak boleh menipu, air mata saya menitis setiap kali patah perkataan yang saya lafazkan dalam doa itu. Semua perkara bermain-main dala fikiran saya. Teringat setiap dosa yang dilakukan. Teringat setiap nikmat yang tidak disyukuri. Hati merintih, dimanakah tempat saya disisi Allah. Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku.

Malam tadi juga saya menelefon ayah, tapi tidak sempat bercakap panjang sebab ayah ada hal. Tidak juga saya maklumkan pada dia yang hari ini hari kelahiran saya. Cuma dua tiga hari lepas ada saya sembang dengan ayah...

"Ayah, Ahad ni hari jadi ja yang ke 23..Yah, ja nak ayah tahu anak ayah dah besar. Bukan anak kecil lagi. Anak ayah dah habis belajar di UPSI. Ayah, anak ayah dah makin dewasa"..

Waktu tu ayah diam sediam-diamnya. Mungkin ayah baru tersedar yang saya bukan anak kecil lagi. Mungkin ada perasaan hiba dalam hati ayah. Cepat-cepat saya melawak, tidak mahu ayah bersedih. Saya berjanji akan menelofon mak dan ayah lagi. Saya nak minta maaf jika ada buat kesilapan selama 23 tahun kehidupan saya. Saya nak ucakapkan terima kasih kerana besarkan saya.

Tadi saya menghantar mesej pada abang long, abang ngah dan abang chik...Air mata saya menitis bila mesej itu selamat di hantar:

" Salam, abang-abang saya. Hari ini hari lahir saya yang ke 23 tahun. Besar sudah adik abang-abang ni. Bukan hadiah lagi yang saya minta. Cuma saya minta doa dari abang-abang saya setiap kali selepas solat kalian"...

Saya tidak boleh menyeka air mata. Mungkin pembaca pelik kenapa saya menitis air mata setiap kali berbicara hal keluarga. Ada sebab. Biarlah Allah yang tahu sebabnya...

Malam tadi housemate saya mendekati saya. Dia ingin bersembang dengan saya. Entah kenapa mengenali dia hanya hampir sebulan lebih terasa macam bertahun-tahun kami kenal. Begitu juga dia. Dia senang bercerita masalah dia pada saya. Banyak yang kami sembang dan bincangkan...Akhir perbincangan dia sempat nyatakan sesuatu. Pilu hati saya..

"Jaa, jaa sangat risaukan keluarga jaa??Jaa sangat sayangkan mereka??Saya dapat rasa....Perjalanan hidup ja tidak seperti orang biasa. Saya terasa macam berada di dalam novel bila mendengar kisah jaa..tp kisah saya tiada yang menarik, kisah hidup saya macam orang kebanyakkan"..

Saya senyum. Mata saya berkaca.Menahan sebak...

Hasrat

Terlalu banyak hasrat dalam hidup manusia. Cuma satu hasrat seorang yang amat saya kagumi berat untuk saya tunaikan. Banyak kali dia minta kebenaran pada saya untuk laksankan hasrat itu. Dan setiap kali itu saya meminta dia menangguhkan. Kini dia sudah pergi. Pergi yang tidak akan kembali. Dan setiap kali teringatkan dia, saya rasa bersalah dan bercambaur perasaan. Bila ada orang memberitahu saya tentang hasrat itu, bukan saya tidak tahu tapi saya pura-pura tidak tahu. Saya masih memerlukan ruang untuk mencari petunjuk. Bukan tidak redha dan tidak rela dengan permintaan diakhir hayatnya namun saya amat takut. Takut diri ini tidak mampu. Namun, saya tahu doa dia untuk saya sempurnakan hasrat itu masih saya terasa hingga ke saat ini. Sebab utama berat saya untuk melaksanakannya ialah ianya melibatkan jiwa lan jasad lain..Jika hanya melibatkan jiwa dan jasad saya mungkin saya rela, tapi bila mengigati jiwa dan jasad orang lain, itu yang terasa amat berat..Sungguh, setiap petanda yang Allah datangkan pada saya buatkan saya sebak. Sentiasa buatkan saya muhasabah diri. Terasa pada satu masa sakit sangat nak pikul. Ada satu masa berat sangat. Dan ada satu masa saya rasa tenang setenangnya. Tenang kerana dengan kehadiran ujian ini hati ini rasa lembut untuk mengadu padaNya.

Saya pendam dalam-dalam persoalan ini. Tidak mahu saya mengadu pada manusia. Biarlah Allah yang tahu. Cuma, ada seorang insan yang tahu akan hakikat hasrat itu. Insan yang ingin sangat untuk menunaikan hasrat sahabat saya dan juga sahabatnya yang telah pergi bertemu KEKASIHnya.Insan ini tidak putus-putus mendoakan untuk saya. Kata-katanya persis kata-kata sahabat saya yang telah pergi. Ingat ayat terakhir dia..
"moga ukht sabar dan tabah menghadapi ujian ini. Ujian itu menandakan Allah kasih pada ukht. Doa jangan putus..Moga Allah bagi petunjuk pada ukht"

Adakah perlu saya memberi jawapan??? Allah berilah petunjuk padaku. Berilah jawapan pada persoalan yang Engkau berikan padaku. Jika aku insan yang kau pilih mudahkanlah. Berilah aku kekuatan. Sungguh aku serahkan padaMu...Peliharalah semuanya....Aku tidak mampu jika Engkau jauh dariku Ya Allah..

Ingat bait-bait terakhir aku nyatakan pada sahabatku sewaktu hayatnya...

Ya akhi,
Jika ada yang bertanya siapa ana nyatakan saja:
ana bukan ahli ibadah yang tekun beribadah..
Ana bukan orang yang alim yang penuh ilmu di dada
Ana tiada kecantikan untuk menawarkan kecantikan
Ana tiada harta untuk infakkan
Ana tiada sejarah daripada keturunan yang hebat..
Ana cuma insan biasa yang cuba menjadi yang terbaik..


p/s: Bukan hadiah yang kudambakan..bukan juga ucapan yang aku dambakan...Tp aku dambakan doa kalian...Terima kasih pada sahabat-sahabat yang menghantar mesej (^-^)

6 comments:

Cikgu Fasiha said...

Insha'Allah semoga Allah memberkati usiamu ukhti..
Biarkanlah setiap titisan air mata itu hanya untuk ingatan kita kepada Rabb..
Ukhti, dalam kita meniti perjalanan usia, terlalu banyak ujian yang menerpa, sabarlah dengan apa yang terjadi. Moga pada usiamu yang semakin menghampiri senja ini,keredhaan yang Allah nukilkan buatmu sebagai jambatan ke SYURGA..

Norhafizawati said...

syukran dik...
mudah u kita berbicara..
amat sukar bila sesuatu kebenaran berada di depan mata..
Tambah2 ianya melibatkan jiwa dan jasad lain..
mg adik2 terus istiqamah di sana..(^_^)

Admin said...

Banyak kali dia minta kebenaran pada saya untuk laksankan hasrat itu. Dan setiap kali itu saya meminta dia menangguhkan. Kini dia sudah pergi. Pergi yang tidak akan kembali. Dan setiap kali teringatkan dia, saya rasa bersalah dan bercambaur perasaan

salamunalaik ya ukhti solehah..asif jiddan kaklong baru terbaca artikel ni..sungguh sayu..sungguh sebak dalam diri bila sampai bait- bait ayat diatas...jaa sabar bnyak 2 deh..kaklong doa sokmo ko ja dan adik -adik kaklong hok lain..uhibbuki fillah...kaklong faham sbb ja crita dah ko kaklong hari2..insyaallah ja..mohon petunjuk padaNYA, jgn sekali-sekali putus asa pada rahmahNYA..ALLAH tahu jaa boleh hdapi semua ini..kaklong benar-benar doakan supaya adik kaklong jaa diberi kekuatan dan ketabahan serta ketenangan dlm menghadapi setiap ujian diberiNYA..ku mohon perancangan ALLAH seiring dengan hasrat arwah..sementara itu, jgn gusar, jgn bimbang..arwah tahu jaa seboleh2 nak laksanakn hasrat nya..tetapi benar yang penting petunjuk dari allah yg jaa inginkan..

insyaallah..semoga ukhti ditunjukkan jalanNYA..amin..

uhibukki fillah ya ukhti solehah jaa..

;)salam sayang dari kaklong..jgn sedih2 tau..adik kaklong kena tabah setabah arwah sahabat ukhti tu ye..bi taufiq fii dunnia wa akhirahh..insyaallah

p/s:hehe..aif terpanjang comment..xsedar menaip;)

Norhafizawati Bt Mahmad Rozali said...

kak long: hehe..kak long ke memang suka membebel (kak long gtau bkn sy)..hehe..
InsyaAllah kak long..semuanya akan dimudahkanNYA..Alhamdulillah jaa tenang sekarang..serahkan padaNYA sebab DIA lebih tahu apa yang terbaik..
InsyaAllah...Ujian tu manis sebenar kak long wlaupun sakit..
Sama2 kita doa, moga apa yang bakal ditentukanNYA membawa kebaikan untuk semua terutama kepada Islam...(^_^)..syukran kak long..

Betul, tiada lain selain petunjuk dan keredhaan Allah y jaa dambakan..moga Allah permudahkan semuannya

Norhafizawati Bt Mahmad Rozali said...

Semangat arwah itu sentiasa ada..em, teringat plok time arwah marah/tegur bilo jaa buat salah..hehe..nakal jugok sy ni kak long..

Admin said...

afwan ya ukhti solehah..hehe..xpe2..nakal2 pun solehah.baguslah..alhamdulillah..semoga ukhti sentiasa dalam rahmat dan jagaan ALLAH..;)