Tuesday, February 2, 2010

Sihat sebelum sakit. hidup sebelum mati


Alhamdulillah. Masih lagi mengecapi nikmat Iman dan Islam. Seminggu kebelakangan ini rasa diri ini terlalu rajin menulis entry. Bukan tiada kerja, terlalu banyak kerja yang menimbun. Kelas pun sudah bermula. Biasala bila praktikal, lesson plan perlu di siapkan setiap hari. Tapi fikiran semenjak dua menjak ini terlalu asyik berfikir. Tidak tahu berfikir tentang apa.

Banyak topik hendak dikongsi. Tidak kira isu ilmiah , pengalaman praktikal atau isu semasa. Tapi setiap kali menekan key board, topik-topik tersebut hanya di hadam di dalam fikiran sahaja. Tidak dapat diterjemah melalui penulisan. InsyaAllah, panjang umur saya akan kongsi sedikit sebanyak tentang pengalaman menjadi guru pelatih.

Entry kali ini saya ingin berkongsi dengan kesihatan tubuh badan. Saya terlalu cemburukan mak saya. Walaupun sudah berumur 53 tahun, dia masih lagi sihat. Tiada sebarang sakit. Berlainan dengan ayah. Padahal umur mereka tidak la berbeza terlalu jauh. Saya pernah memasang impian untuk menjadi macam mak. Pancaindera, kesihatan semua itu nikmat yang Allah anugerah pada kita. Jadi sudah jadi tanggungjawab kita untuk menjaga sebaik mungkin. Jika kita sakit, itu satu tanda kasih sayang Allah. Yang penting kita jaga amanah yang Allah anugerahi.

Saya selalu jatuh sakit. Tapi bagi saya itu ujian dan kasih sayang Allah. Yang penting saya istiqamah jaga kesihatan saya. Saya tidak suka makan ubat klinik. Saya akan ambil bila saya sangat terdesak atau sakit. Sebab bagi saya bila jatuh sakit, kita kena berikhtiar untuk cari penawar. Ubat-ubatan itu alsebab kita akan sembuh, hakikatnya dengan izin Allah.

Madu dan Herba


Antara suppliment yang saya ambil. Ubat klinik tu doktor bagi waktu saya demam teruk hari tu
Muka saya terlalu cepat menjadi pucat. Tambah-tambah jika saya terlalu sibuk. Mungkin kekurangan darah dalam badan menyebabkan badan saya cepat lemah. Jika saya terlalu lasak juga akan menyebabkan saya cepat sakit, tapi yang tidak boleh buat itulah yang saya selalu buat. Faktor lain juga mungkin disebabkan waktu makan saya yang tidak teratur. Kadang-kadang bila terlampau sibuk saya sampai terlupa untuk makan.

Jadi bagi mengelakkan saya menzalimi diri sendiri, saya memastikan saya mengambil sarapan pagi. Paling tidak air dan madu. Saya amalkan madu dari semester satu lagi, tapi tidak istiqamah. Baru hampir setahun lebih saya mula istiqamah memakan madu.
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w.,"Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Bermula setahun yang lepas juga saya mula mengamalkan sejenis herba dari produk HPA.Herba ini elok untuk kesihatan badan dan kesihatan wanita. Dulu mula-mula makan saya amat kekok. Tapi sekarang sudah biasa kerana sudah lama jadikan herba itu sebagai makanan tambahan. Seorang mak cik berjumpa saya, dia kata dia dah amalkan herba tersebut hampir 10 tahun. Patut nampak awet muda mak cik tu. Kalau nak tengok kesan herba tersebut, kena tunggu 10 tahun lagi la gayanya (^-^).

Satu lagi makanan yang saya amalkan jus pegaga. Mula-mula saya minum jus tersebut, Allah je tahu rasanya. Tapi sekarang dah setahun lebih saya minum jus tersebut. Dah rasa macam air sirap, rasa daun pegaga dah hilang (^-^). Jus ini saya dinasihatkan minum sebab badan saya cepat letih dan pucat. Kadang-kadang bila boring saya minum jus Roselle atau red guava. Jus pegaga rasa daun sangat, tu yang tak tahan nak minum.

Point disini, jagalah kesihatan kita sebaik mungkin. Jaga pemakanan dengan makanan yang baik dan halal. Hargai waktu sihat kita sebelum sakit. Waktu hidup kita sebelum mati.

p/s: siapa-siapa nak jaga kesihatan boleh berkunjung ke stokis HPA yang berhampiran.

No comments: