Alhamdulillah sudah sebulan saya dan sahabat-sahabat yang lain menempuh alam praktikal. Seronok saya mendengar cerita dan pengalaman dari sahabat-sahabat. Kadang-kadang nak tergelak pun ada kerana stress dengan kerenah pelajar-pelajar mereka. Itulah lumrah seorang guru. Tidak seperti yang diperkatakan. Guru yang benar mengakui dirinya seorang guru akan sentiasa bermuhasabah diri untuk memastikan proses mendidik pelajarnya berkesan.
Kadang-kadang diri ini terfikir, kayu ukur yang bagaimana seorang guru itu gunakan untuk menggambarkan seorang guru itu hebat. Sentiasa diri ini mencuri masa untuk memahami diri, untuk mencari rentak yang terbaik untuk berpencak di medan pendidikan. Namun, setiap kali itu diri ini terasa gundah gulana dan resah. Ramai guru yang bersahaja ke sekolah untuk menghabiskan silibus, namun sejauh mana anak murid itu menghadam silibus yang disampaikan. Sejauh mana pelajar tersebut terdidik di setiap detik seorang guru itu habiskan bersama mereka?
Saya yakin. Malah saya amat yakin. Pelajar-pelajar tidak akan faham 100% apa yang disampaikan. Saya cukup yakin sebab kita pernah menjadi seorang pelajar. Teringat ketika bersembang dengan seorang rakan..
"Level pelajar ni lain-lain. Bukan mudah nak jadikan mereka pandai. Bagi aku pandai ke tak anak murid kita bukan ukuran. Aku tidak kisah. Yang penting, dengan tangan kita, kita didik mereka. Supaya besarnya mereka kelak, menjadi manusia. Manusia bukan sekadar manusia. Tetapi manusia yang berguna pada masyarakat. Jika hari ini kita bangga dengan kepandaian mereka, tetap kelak mereka tidak berguna untuk masyarakat, itu sia-sia"
Berada di Pengkalan Hulu, bukan sesuatu yang mudah bagi saya. Terlalu banyak dilema yang bermain diminda. Allah sahaja tahu dilema yang kian melanda. Kadang-kadang terlalu berserabut. Namun, setiap kali melihat anak mata anak-anak pelajar, diri ini semacam beroleh satu kekuatan. Jika hendak bercerita tentang nakal pelajar, saya kira masing-masing tahu itu semua.
Alhamdulillah, sebulan berkenalan dengan pelajar-pelajar, hati mula terasa sayang. Cuma pendekatan yang digunakan perlulah sesuai dengan jiwa mereka. Saya suka menggunakan kaedah give and take. Saya tidak suka menjadi seorang cikgu yang garang (memang tidak pandai jadi garang), cuma saya suka bersikap tegas dengan setiap perkara yang saya rasa perlu.
Di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Hulu (SMKPH), saya mengajar sains pelajar tingkatan 1 dan sains tingkatan 4. Dua karakter yang berbeza perlu ada pada diri saya. Bila bersama dengan pelajar tingkatan 1, saya tidak boleh terlalu mendidik mereka seperti orang dewasa. Mereka terlalu suka bermain. Jadi saya kena memikirkan kaedah yang sesuai dengan umur mereka. Bagi tingkatan 4 pula berlainan. Pelajar kadang-kadang lebih besar dari cikgu. Jadi metod yang lebih matang perlu digunakan bersama pelajar tingkatan 4.
Kelas pertama saya. Saya membuat beberapa perjanjian yang mana memerlukan mereka memberi persetujuan.
Perjanjian 1
Cikgu merupakan guru kamu. Kamu perlu hormati cikgu sebagai seorang guru. Kamu adalah pelajar cikgu, cikgu akan menghormati kamu sebagai pelajar cikgu. Tapi, pada masa yang sama, cikgu adalah kawan kamu. Kita boleh menjadi kawan yang paling baik, asalkan kita saling menghormati. Tiada antara kamu yang berbeza pada mata cikgu. Kamu semua, cikgu sayang sebagai pelajar sama rata. Point di sini, hormat menghormati.
Perjanjian 2
Cikgu memerlukan pelajar yang aktif bukan pasif. Cikgu tidak kisah kamu banyak bercakap, tetapi untuk pembelajaran. Baik putera atau puteri, kamu semua bebas bersuara dan memberi pendapat. Tiada pendapat yang salah pada cikgu kerana itu pendapat kamu. Pendapat adalah hak peribadi. Pendapat boleh diterima mahupun tidak diterima, tapi cikgu perlukan keberanian kamu. Point di sini berani bersuara, jangan takut salah.
Perjanjian 3
Siapkan kerja rumah yang cikgu berikan. Dan jumpa cikgu jika tidak faham. Mesti jumpa. Dan tegur cikgu bila jumpa kat mana-mana.
Perjanjian 4
Setiap kali mula kelas, bagi muslim dimestikan baca doa. Bukan muslim, berdoa mengikut agama masing-masing. Setiap kali usai kelas, dimestikan membaca doa penutup. Sebelum bersurau, pelajar perempuan perlu datang bersalaman dengan cikgu. Pelajar lelaki tidak perlu (sebab cikgu, cikgu perempuan). Tapi perjanjian ini bukan untuk kelas cikgu sahaja. Semua kelas kamu perlu buat. Lelaki perlu bersalaman dengan cikgu lelaki, perempuan dengan cikgu perempuan. Siapa yang ingkar, cikgu akan jumpa. Dan cikgu akan tanya cikgu lain, jika kamu tidak buat.
Itu antara perjanjian saya. Mereka bersetuju. Alhamdulillah setakat ini mereka masih lakukan. Paling terharu, mereka saling ingat mengingati jika ada antara mereka terlupa. Selesai sesi kelas, memang saya kawan mereka. Mereka boleh bersembang dan bergurau asalkan tidak melampaui batas.
Itu semua sekadar ingin mendisiplinkan mereka. Tidak mudah berada di tapak seorang pendidik. Moga ketabahan dan semangat sentiasa dikurniakan Allah.
p/s: Aku akan tenang, sekiranya setiap ilmu yang aku curahkan dan setiap didikan yang diberikan akan membentuk mereka menjadi manusia yang berguna. Sungguh aku akan pergi dengan tenang sekiranya setiap didikan aku itu mereka kenang dalam titip doa mereka.

No comments:
Post a Comment